Monday, July 20, 2020
Mana Nak Lari! Dua Wanita Conteng Mural Pemimpin Negara
Sunday, July 19, 2020
Padan Muka Sharuddin dipecat dari Bersatu!
Bekas Timbalan Menteri Kerja Raya, Dr Sharuddin Mat Salleh dipecat keahlian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Perkara itu disahkan oleh Setiusaha Agung Bersatu, Hamzah Zainudin dalam satu kenyataan media hari ini.
“Bersatu mengesahkan Ahli Parlimen Sri Gading, Dr Sharuddin Mat Salleh telah mengeluarkan notis pemakluman Yang di-Pertua Dewan Rakyat berkaitan kedudukan kerusi beliau yang tidak bersama blok kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin merangkap presiden dan pemangku pengerusi Bersatu. Baca lagi >>>
Saturday, July 18, 2020
Lihat Pendakwah Ebit Lew Buka Elewsmart Dapat Sambutan Luar Biasa
Bantuan dana NTIS untuk syarikat pemula teknologi di buka
Syarikat pemula teknologi kini boleh mendapatkan bantuan dana dengan memohon menyertai National Technology & Innovation Sandbox (NTIS).
Melalui peruntukan dana RM100 juta bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), setiap syarikat pemula boleh memperoleh skim pembiayaan hingga RM4 juta. Seterusnya >>>
Friday, July 17, 2020
Akta Lompat Parti? Ini Cadangan KJ, Pinda Akta Pilihanraya Juga !
Pendakwah Saman Siti Kasim RM2 Juta
Pendakwah Firdaus Wong Wai Hung hari ini mengambil tindakan tegas dengan menyaman Peguam, Siti Kassim sebanyak RM2 juta berhubung satu kes fitnah.
Saman tersebut bertujuan memberi pengajaran selain membuktikan ketegasannya mempertahankan hak sebagai individu. Seterusnya >>>
Mengejutkan – Jalil Rasheed bukan graduan LSE
Mengejutkan, pihak London School of Economics and Political Science (LSE) mengesahkan bahawa bekas Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan (PGCE) Permodalan Nasional Bhd Jalil Rasheed yang memegang ijazah daripada University of London bukan graduannya.
“Berhubung latar belakang akademik Jalil Rasheed, penjelasan rasmi daripada pihak LSE mengesahkan bahawa seorang graduan yang memegang ijazah daripada University of London bukan merupakan seorang graduan daripada LSE.” Seterusnya>>>
Mira Filzah bertunang dengan anak Timbalan Menteri
Pelakon terkenal Mira Filzah akhirnya mengesahkan spekulasi bahawa dia dijangka berkahwin dengan anak kenamaan terjawab, apabila mengakui sudah bergelar tunangan orang.
Pengakuannya ini mungkin menyebabkan beberapa lelaki yang cuba mendekatinya berasa kecewa namun sudah tiba masanya bagi Mira mengenali seseorang demi masa depannya. Seterusnya >>>
Thursday, July 16, 2020
Isu Pekerja Asing – Ustaz Khairuddin Aman Libas Teresa Kok
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi (MPIC), Dato’ Dr Khairuddin Aman Razali PAS-Kuala Nerus menempelak bekas Menteri Industri Utama, Teresa Kok DAP-Seputeh yang tidak yakin dengan kebolehan rakyat untuk menerajui industri sawit Malaysia.
Teresa dalam soalan tambahan yang dikemukakan kepada Khairuddin mempersoalkan bagaimana MPIC akan merealisasikan Indeks Prestasi Utama (KPI) MPIC memandangkan kerajaan telah membekukan pengambilan pekerja asing sehingga penghujung tahun ini. Seterusnya >>>
SPRM Panggil Syed Saddiq Lagi
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi dipanggil oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan kehilangan wang didakwa milik Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada), hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Bekas Menteri Belia dan Sukan itu dalam satu hantaran di laman Facebook miliknya. Seterusnya >>>
Lesen Lynas boleh ditarik balik jika tidak mula bangunkan PDF – Khairy Jamaluddin
Kerajaan tidak teragak-agak untuk menarik balik lesen operasi pengeluar nadir bumi berpangkalan di Australia, Lynas Malaysia Sdn Bhd, jika syarikat itu tidak memulakan pembangunan Kemudahan Pelupusan Kekal (PDF) dalam tempoh setahun daripada kelulusan lesennya.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin berkata sebagai pemegang lesen yang telah diperbaharui selama tiga tahun mulai Mac lalu, Lynas disyaratkan memulakan proses itu pada tahun pertama dari tarikh kelulusan lesen. Seterusnya >>>
Isu Pekerja Asing - Ustaz Khairuddin Aman Libas Teresa Kok
Menurut Khairuddin, tindakan Teresa meragui kebolehan pekerja tempatan untuk bekerja di ladang sawit seolah-olah tidak meraikan hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk bekerja berbanding pekerja asing.
PKR Perak biadap, tak sabar umum calon PRK DUN Slim
Tak sampai beberapa jam pemergian Allahyarham Datuk Mohd Khusairi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengatur langkah untuk menjadi parti terawal mengumumkan calon sekiranya Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim diadakan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Allahyarham Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib meninggal dunia akibat serangan jantung. Seterusnya >>>
Wednesday, July 15, 2020
Khairuddin Berharap Azmin, Hishammuddin Jilat Tun Mahathir Semula!
Dek kerana terdesak, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan berharap Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat sokongan daripada beberapa pimpinan Perikatan Nasional (PN). Ianya berikutan Bekas Perdana Menteri itu hilang sokongan dan kepercayaan pemimpin parti komponen Pakatan Harapan (PH).
Bagi memastikan Tun Mahathir diangkat sebagai Perdana Menteri semula, Khairuddin menyeru Bekas Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan pemimpin UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berganding bersama Mahathir.