Tular di laman sosial penyokong Tun Dr Mahathir “CHE DET Supporters” mengaitkan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin (KJ) hadir pada majlis pengumuman calon oleh Tun Dr Mahathir di Slim River.
Perbuatan tersebut adalah satu fitnah terdesak daripada mereka. Ini adalah salah satu langkah menanguk di air keruh bagi mencemarkan nama baik KJ, tapi tindakan tak jadi tersebut dapat dikesan. Baca lagi>>>
Amokkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang melancarkan gerakan operasi besar-besaran di sekitar Bandar Baru Sungai Buloh pada Rabu, susulan video tular yang dikongsikan oleh Asri Janggut baru-baru ini, mengundang keluhan dan rungutan para peniaga yang menyifatkannya sebagai ‘membalas dendam’.
Luahan seorang pemilik kilang percetakan, Zaidi Abdul Jalil, 56, berkata, MBSA seharusnya memberi tempoh sekurang-kurangnya seminggu.
“Sejak dua tiga hari hari ini (operasi) terlalu drastik. Cara dia (MBSA) bergerak ini seperti ‘membalas dendam’, bila orang mengadu, dia bertindak balas. Baca lagi>>>
Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid hari ini tampil memohon maaf di atas keterlanjuran beliau sebelum ini yang mendakwa kebanyakan mereka yang menyertai polis dan tentera tidak menjaga solat.
Permohonan tersebut dibuat susulan rakaman video sidang medianya yang mendapat pelbagai respons daripada warganet yang menyatakan bahawa ia suatu tindakan tidak berasas dan satu bentuk fitnah.
Isu pihak berkuasa yang berat sebelah dan melindungi premis perniagaan tanpa lesen menjadi perbualan hangat pada minggu ini.
Antara yang paling mendapat liputan tentunya dakwaan seorang pemilik rangkaian burger, Asri Janggut sehingga dia bertemu dengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador, di Bukit Aman, Kuala Lumpur pada Isnin
EXCO kerajaan negeri Melaka itu menyifatkan situasi itu sebagai ‘barah’ sehingga wujud perpecahan dalam kalangan pemimpin yang telah lama menyumbang tenaga dan kewangan.
“Dengan itu kami menganggap keputusan untuk melepaskan jawatan secara serta-merta adalah tepat,” katanya. Baca lagi>>>
Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil ke atas pegawai atau anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melindungi aktiviti perjudian dan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, jika didapati terlibat, mereka akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin PDRM untuk tindakan selanjutnya.
Terdahulu, Hamzah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Asri Janggut' bagi mengetahui pendedahan yang ditularkan lelaki itu berhubung aktiviti perjudian dan perniagaan haram di Sungai Buloh, baru-baru ini. Baca lagi >>>
Demikian luahan pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, yang mengakui tidak berniat mencetuskan kontroversi sehingga tular di media sosial.
Menurut Mohd Asri, apa yang dilakukannya itu hanya bertujuan untuk membuka mata semua pihak mengenai aktiviti perjudian yang berlaku di kawasan Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang tidak diambil perhatian walaupun banyak laporan polis sudah dibuat.
Baru-baru ini negara digemparkan dengan pendedahan ‘berani mati’ oleh Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid (Asri Janggut) berhubung kewujudan kegiatan judi haram dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh pada Sabtu.
Justeru itu Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berasa kebimbangan keatas tindakan Asri Janggut yang mendedahkan lokasi-lokasi kedai perjudi haram di sekitar Sungai Buluh. Baca lagi>>>
“Sepatutnya polis ucap terima kasih kepada saya," demikian ujar Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid, 42, berhubung pendedahan beraninya mengenai kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh di sini semalam.
Mohd Asri bagaimanapun berkata, perkara sebaliknya berlaku apabila anggota polis membuat laporan terhadap dirinya dengan mendakwa pendedahan itu sebagai tohmahan.
Berita penuh respon Asri Janggut kepada KPD Sungai Buluh Baca lagi>>>
Seorang lelaki yang merupakan pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa terdapat kegiatan premis perjudian serta penjualan rokok seludup yang dijual seperti tiada pemantauan daripada pihak berkuasa di kawasan Sungai Buloh.
Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia itu turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.
Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada tauke kedai mesin judi.
Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih empat juta tontonan dan lebih 67,000 perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lubuk kepada aktiviti haram berkenaan.
Mereka mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dijangka menubuhkan sebuah parti baharu dinamakan Parti Bersatu Rakyat Malaysia (PBRM) pada petang ini.
Satu majlis pengumuman bagi penubuhan parti baharu itu oleh kem Dr Mahathir bersama enam lagi pemimpin Bersatu yang dipecat difahamkan akan diadakan di sebuah hotel di Bangsar pada jam 4.30 petang nanti, kata sumber. Baca lagi >>>