Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham meminta semua pihak agar terus berjaga-jaga bagi mengelakkan bilangan kes terus meningkat, dengan menjadikan apa yang berlaku di Sabah sebagai contoh.
"Putuskan rantaian jangkitan dan kita boleh menang dalam 'peperangan' ini, menang atau kalah sekarang terletak di tangan kita. Setiap orang di Malaysia perlu mematuhi SOP (prosedur operasi standard).
"Sebaik sahaja kita alpa, virus akan tersebar. Contoh terbaik (adalah) di Sabah, apabila kita abaikan (SOP), ini yang terjadi.
"Jadi saya berharap kita semua ambil pengajaran supaya kita tidak mengulanginya lagi," katanya.