Saturday, July 9, 2011

Pengumuman Kepada Geng2 PATRIOT

Terkini: PATRIOT akan berkumpul di hadapan KFC Jalan Bukit Bintang, seterusnya akan bergerak ke Stadium Merdeka jam 12.30 tghri.

Kepada rakyat Malaysia yang cintakan tanahair, ayuh bangkit bersama kami!

P/S: aku baru kena tahan polis...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Terkini Bersih 2.0 Pelajar Ditahan

Rupa rupanya Bersih 2.0 memperalatkan pelajar sekolah di seluruh negara...

Terkini Polis menahan sekumpulan pelajar berhampiran hentian Putra The Mall.

Mereka didapati membawa baju dan logo Bersih.

Inilah taktik kotor Pakatan Haram Bersih yang akan melakukan apa sahaja demi untuk mengadakan perhimpunan haram yang tidak berfaedah dan membuang masa ini.

Kepada Ibu Bapa kepada pelajar pelajar ini sila ambil anak anda di balai polis Bukit Aman.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Perhimpunan Haram Bersih 2.0 KL Menjerit!

Keadaan di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) dikawal ketat pihak polis bermula jam 6 pagi tadi namun beberapa kenderaan awam yang datang dari arah Jalan Chow Kit dan Jalan Sultan Ismail masih boleh melalui laluan berkenaan.

Sehingga kini sepanjang laluan kiri dan kanan dari Maju Junction hingga ke Dataran Merdeka dikawal sepenuhnya oleh pihak polis.

Sementara itu, orang awam dilihat memenuhi sekitar kawasan Masjid India dan berkumpul di beberapa tempat ekoran laluan utama dipenuhi polis.

Manakala keadaan di Masjid Jamek terkawal. Operasi stesen Star LRT berjalan seperti biasa tetapi stesen Putra LRT ditutup. Difahamkan, sekumpulan anak muda yang datang dari Alor Setar, Kedah diminta meninggalkan Masjid Jamek selepas dikatakan cuba bermalam di situ.
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone