Wednesday, July 13, 2011

Kasi Bongkar Bersih 2.0: Punca Sebenar Anwar Cedera, 9 Julai



AIDCNews – 13/07/11 – Rakaman video Reuters di atas memberi gambaran lebih jelas tentang apakah faktor sebenar kecederaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam perhimpunan BERSIH, 9 Julai lalu.

Reuters atau Reuters Group Limited, syarikat media yang berpengkalan di London, United Kingdom merupakan salah satu rangkaian media antarabangsa yang dipercayai Ketua Umum PKR itu.

Wartawan Reuters dibenarkan merakamkan detik-detik 9 Julai, dari Anwar bertolak dari Hotel Hilton hingga Ketua Umum PKR itu mengalami kecederaan dalam perhimpunan haram BERSIH.

Berikut disertakan 19 keping foto yang dipetik dari rakaman video Reuters di atas.

Keratan foto-foto itu bermula ketika Anwar (dirujuk sebagai nombor 1) bersama dua orang pembantunya, Ibrahim Yaakub (dirujuk nombor 3), Ketua Staff Anwar di pejabat Ketua Umum, Seksyen 16, Petaling Jaya dan Fayyadh Afiq (dirujuk nombor 2), pengawal peribadinya ketika mereka bersama-sama menyertai perarakan BERSIH di KL Sentral.

Foto-foto itu disusun mengikut kronologi kejadian dari foto A hingga S dengan disertakan minit-minit kejadian.

Tumpukan pada minit 0.19 bermulanya kejadian asak mengasak hingga Anwar ditolak dan minit ke 0.24 ketika Anwar jatuh akibat tolakan peserta perarakan itu.

Kronologi kejadian dari minit 0.12 hingga 1.03

Minit 0.12 – 0.14 – kelihatan Anwar, Fayyadh dan Hadi Awang, Presiden PAS bersama-sama dalam perarakan di KL Sentral.

Pada awalnya perarakan kelihatan tenang dan perjalanan lancar, walaupun keadaan sesak dengan dikelilingi dengan para wartawan.


Minit 0.16 – Bermulalah suasana tegang, tolak menolak di antara peserta-peserta BERSIH. Bunyi bising dan jeritan di kalangan peserta.

Anwar tersepit di kalangan kesesakan peserta.

Manakala para wartawan pula dengan sibuk menghampiri perarakan untuk merakamkan foto terbaik untuk media mereka.

Minit 0.17 – Dalam kesesakan itu, Ibrahim Yaakub yang terpisah agak jauh dari Anwar menoleh ke belakang mencari bosnya, Anwar, dalam kesesakan perarakan.

Ketika itu Anwar hanya ditemani oleh Fayyadh yang sentiasa berada di sebelahnya, tertinggal di belakang.
Manakala peserta lain sedang berasak-asak untuk bergerak ke hadapan

Minit ke 0.19-0.24 – Ibrahim Yaakub tiba-tiba meluru ke belakang setelah menyedari bosnya, Anwar telah diasak teruk oleh para peserta lain.

Fayyadh, pengawal peribadinya yang sentiasa berada di samping Anwar tidak dapat mengawal Anwar yang semakin diasak dan ditolak oleh para peserta BERSIH hingga menyebabkan kedua-dua tumbang.
Ibrahim Yaakub cuba membantu menyelamatkan bosnya, Anwar supaya tidak jatuh, tetapi gagal.
Anwar dan Fayyadh jatuh di atas jalan raya bertar yang mempunyai kesan kekotoran.

Ketika dalam kesesakan perarakan itu dan ketika Anwar dan Fayyadh jatuh, tiada polis, pasukan FRU atau skuad penembak seperti yang didakwa Fayyadh sebelum ini. klik di sini
 
Anwar dan Fayyadh jatuh kerana ditolak dan asakan para peserta perarakan BERSIH.

Manakala para wartawan/media juga sibuk berasakan di kalangan peserta perarakan untuk merakamkan detik-detik menarik kejadian tersebut.






Minit ke 0.28 -0.33 – Ibrahim Yaakub menoleh ke hadapan berusaha untuk mendapatkan bantuan peserta lain di sekelilingnya untuk menyelamatkan Anwar yang telah jatuh dan dihimpit.

Ada seorang peserta berbaju kuning turut meluru ke belakang yang dipercayai mungkin untuk membantu Anwar.

Manakala peserta-peserta yang berada di barisan hadapan terus meluru ke hadapan yang kemudiannya diikuti oleh peserta lain dan para wartawan.

Manakala Anwar, Fayyadh dan Ibrahim masih tertinggal di belakang.




Minit 0.44 – 0. 52 – Anwar dipapah oleh Fayyadh dan Ibrahim dibawa keluar dari perarakan, keluar melalui sebuah esklator sempit dan tangga, menuju ke jalan bawah (underpass) KL Sentral untuk kembali semula ke lokasi asal, Hotel Hilton, KL Sentral.

Turut mengekori di belakang mereka adalah N Surendran, Naib Presiden PKR.

Anwar lega kerana berjaya keluar dari kesesakan orang ramai dan turut diberi makan ubat dan air mineral semasa meneruskan perjalanan di jalan bawah, Kl Sentral itu.

Terdapat kesan luka di pipi pembantunya, Fayyadh, manakala Anwar pula terdapat kesan comotan pada bahagian baju putih bahu belakang.





Minit 1.03 hingga seterusnya – Anwar kelihatan ceria kembali dan kembali membebel-bebel memarahi kerajaan kerana mengetahui wartawan Reuters sedang merakamkan apa yang diperkatakannya dan mengetahui wartawan itu sentiasa mengekorinya sepanjang perjalanan di jalan bawah, Kl Sentral menuju ke Hotel Hilton itu.

Mohon dirujuk kepada kronologi masa-masa yang tertera di foto-foto itu dan semak semula dengan menonton sekali lagi rakaman video Reuters di atas untuk membuat semakan dan analisis lanjut.
Sebarang maklumat tambahan atau sudut-sudut lain yang mungkin kami tidak nampak, harap diberi komen di bawah atau AIDC

Info: AIDC

Kenyataan Media PDRM: Gambar Sebenar Allahyarham Baharuddin Mangsa Bersih 2.0


Wajah sebenar Allahyarham Baharuddin Bin Ahmad.. 
Sama samalah kita sedekahkan Al-fatihah..

Pura pura mati... Lakon layar oleh Topeng Perak Faking SHIT

Kenyataan Media PDRM

Pada 9 Julai 2011, seorang lelaki telah meninggal dunia disebabkan serangan jantung. Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan gambar dan video di dalam media sosial untuk memberi gambaran bahawa seorang ahli perhimpunan yang kelihatan terbaring dan sesak nafas di atas jalanraya adalah merupakan Allahyarham Baharudin Bin Ahmad. Sehubungan itu, pihak polis telah menyiasat dan mengenalpasti bahawa gambar dan video yang disebarkan di media sosial tersebut adalah bukan gambar Allahyarham Baharudin Bin Ahmad. Gambar Allahyarham Baharudin Bin Ahmad adalah seperti yang dikepilkan.

Ramli Mohamed Yoosuf
Penolong Ketua Urus Setia KPN
PDRM

Info: Media Cyber
Konspirasi Pembunuhan Mangsa BERSIH Di Bongkar. Sila baca disini....

Hadi Sengaja Kantoikan Anwar!

(Gambar Anwar tersenyum selepas berjaya menangguhkan kes Jubo Saiful)

Anwar Ibrahim cakap Tok Guru Hadi dilayan teruk semasa ditahan demo bersih sabtu lalu. Tapi Tok Guru sendiri cakap layanan PDRM baik!

Anwar Ibrahim gagal untuk membohongi rakyat bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang diberi layanan buruk oleh polis selepas ditahan kerana menyertai perhimpunan haram Bersih pada Sabtu lalu.

Ia berikutan pengakuan Abdul Hadi sendiri di Kuala Terengganu bahawa beliau diberi layanan yang baik oleh polis sepanjang ditahan.

Kenyataan tersebut bercanggah dengan dakwaan Anwar ketika berceramah di Pulau Pinang bahawa Abdul Hadi telah diseret dan dihumban ke dalam lokap.

"Dengan pertolongan Allah SWT, semua kita dibebaskan dan saya tak mahu diberi layanan terlalu istimewa pergi hantar sampai ke rumah. Saya ucap terima kasih banyak. Saya ucap terima kasih layanan yang baik bukan untuk saya saja," katanya.

Kenyataan Hadi tersebut menunjukkan beliau sudah bosan dan meluat dengan pembohongan Anwar!
Anwar berlakon semata mata untuk meraih simpati dari rakyat. Kononnya kerajaan BN dan PDRM zalim!

Pujian harus diberikan kepada Hadi kerana 'ada berani sikit' untuk membongkar penipuan Anwar dan ianya sangat tepat dan sesuai pada waktunya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone