Sunday, July 31, 2011

KJ: Dana Belia RM15 Juta Untuk Diagihkan Kepada Persatuan Belia Dan Individu

Belia menfaatkan Dana Belia 1Malaysia bagi 
membantu golongan yang kurang bernasib baik


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin malam ini meminta belia melontar idea kreatif berkaitan program kemasyarakatan yang boleh membantu golongan kurang bernasib baik.

Beliau berkata idea yang baik dan memanfaatkan itu layak menerima bantuan daripada Dana Belia 1Malaysia.

Borang boleh didapati di Facebook KJ : 

Beliau berkata dana itu masih mempunyai kira-kira RM15 juta untuk diagihkan kepada persatuan belia dan individu yang menampilkan idea kreatif untuk program kemasyarakatan.

"Kita masih menunggu idea kreatif dari belia untuk membuat permohonan bagi menganjurkan aktiviti kemasyarakatan," katanya selepas merasmikan Big Belly Brothers and Fairies Food Handout, malam Sabtu.


Seramai 150 orang yang kurang bernasib baik termasuk kanak-kanak menerima bantuan makanan dan alas tempat tidur pada majlis itu yang dianjur Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia.

Aktiviti setiap dua minggu itu dilaksanakan dengan mengguna dana belia 1Malaysia.

Selama ini aku tidak pernah ambil kisah tentang kehidupan warga kota... 
Tersentap hati apabila melihat adik-adik ini hidup merempat di Ibu kota KL

ATM, PDRM Cipta Sejarah

Mantap MB N9 Datuk Seri Mohamad Hasan segak bergaya
bersama PM Dato' Seri Najib Razak

Ini baru betul Menteri Besar,... bukan macam MB Selangor dan MB Kedah... MB PR asyik ritorik je lebih, negeri masing-masing penuh dengan rumah urut dan pusat hiburan. Umno/BN buat kerja lebih untuk rakyat, sediakan rumah kos rendah dan sebagainya, bukan macam PR sediakan rumah urut!.

TELUK KEMANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Perbarisan Tamat Latihan Perdana membabitkan dua pasukan keselamatan iaitu tentera dan polis buat julung- julung kalinya telah memahat satu sejarah penting dalam bidang keselamatan negara.

Malah, beliau turut menyifatkan perbarisan yang berasaskan strategi lautan biru itu sebagai titik permulaan ke arah menyatukan dua pasukan keselamatan itu demi memelihara keamanan dan keharmonian negara ini. Baca lagi...

Khabar angin mengatakan puak pembangkang sedang sibuk merancang untuk membuat kacau BERSIH Siri 3 selepas Raya Aidilfitri nanti... Elok sangat lah bila PDRM dan Tentera bersatu, aman damai Malaysia.

Kalau BERSIH berani, aku nak tengok diorang buat kacau dengan tentera pulak hahaha... Makan tapak kasut lah korang nanti.

Seniman Negara 1995, Syed Ahmad Meninggal Dunia

Seniman Negara Datuk Syed Ahmad Jamal mencipta nama 
di dalam dan luar negara

Al-Fatihah...Seniman Negara 1995, Datuk Syed Ahmad Syed Jamal meninggal dunia di kediamannya di Gombak, kira-kira 10 malam semalam.

Perkara itu disahkan sumber dari Unit Perhubungan Awam Balai Seni Lukis Negara.

Allahyarham berusia 82 tahun dan meninggalkan balu Datin Hamidah Mohd. Noor dan dua anak lelaki.

Syed Ahmad yang berasal dari Muar, Johor mendapat pendidikannya di Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Baharu sebelum melanjutkan pengajian di Birmingham School of Architecture pada 1950 hingga 1951 dan Chelsea School of Art, London pada 1951 hingga 1955.

Syed Ahmad merupakan seorang pelukis yang berbakat besar dan telah menghasilkan karya seni yang penuh penghayatan untuk tatapan para pencinta seni.