Saturday, August 6, 2011
JAIS Serbu Gereja DUMC : Hukum Masuk Gereja Mengikut Ulama Agama Kita
Panglima Perang Cyber:
Untuk tidak mengelirukan maka sayugia pandangan ulama di bawah ini digunakan agar tidak ada kekeliruan di kalangan masyarakat tentangnya.
Ini kerana ada orang menolak pandangan ulama sehingg salahlah langkahnya dalam memperlekeh tindakan JAIS yang menyiasat aduan orang Islam dibawa masuk ke dalam gereja.
Sila perhatikan dalil di bawah agar rakyat tidak berkecamuk kerana persoalan ini.
Hukum masuk gereja :-
Hukum Masuk Ke Gereja Hukum dasar seorang muslim masuk ke gereja adalah mubah atau boleh. Namun bila di dalamnya sedang diadakan upacara keagamaan, maka kita diharamkan hadir di dalamnya. Meski pun ada juga yang tidak mengharamkannya.
Namun para fuqoha berbeza pendapat tentang hukum seorang muslim memasuki gereja.
1. Yang Memakruhkan
Ulama di kalangan mazhab Al-Hanafiyah menyatakan bahawa makruh hukumnya seorang muslim memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir.
Sebab tempat tersebut merupakan tempat berkumpulnya syaitan bukan kerana seorang muslim tidak mempunyai hak untuk memasukinya.
2. Yang MembolehkanPara ulama di kalangan mazhab Malikiyah dan Hanabilah serta sebagian ulama Syafi'iyah berpendapat bahawa seorang muslim diperbolehkan memasuki gereja atau tempat ibadah orang kafir lainnya. Tapi sebahagian yang lainnya mensyaratkan harus ada izin dari mereka yang menggunakan tempat tersebut. Keterangan seperti ini boleh kita baca pada kitab Kasyful Qana' jilid 1 halaman 294 serta kitab Hasyiyatul Jamal jilid 3 halaman 572. Oleh karena itu hukum memasuki gereja seperti halnya untuk menghadiri perkawinan atau bertugas melakukan pekerjaan tertentu, bukanlah sesuatu yang diharamkan. Asalkan selama orang muslim tersebut tidak melaksanakan hal-hal yang bertentangan dengan aturan-aturan agama. Meskipun demikian, sebaiknya dia tidak melakukannya (masuk ke gereja) kecuali jika perlu dan mendesak.
Yang Mutlak DiharamkanSedangkan hukum memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka adalah haram. Sahabat Umar bin Al-Khattab ra berkata:
"Janganlah kalian memasuki tempat ibadah orang kafir pada saat mereka sedang merayakan hari agama mereka, kerana kemarahan Allah akan turun kepada mereka."
tulisan di atas dipetik dari sini :
http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/2010/03/hukum-orang-islam-masuk-gereja.html
Pesanan : satu group fb baru nama 'Facebooker 1Malaysia' telah diwujudkan oleh Panglima pada 6.6.2011. Sasaran 1 Juta sebelum 13 Julai 2012. Sila klik di sini http://on.fb.me/kFnvGS untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih
DAP Beri Jeff Ooi Amaran Keras
Anggota jawatankuasa pusat DAP dan Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi Chuan Aun dilepaskan dengan hanya diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin parti kerana mengkritik ahli parti yang juga Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Wong Hon Wai, dalam media.
Pengerusi jawatankuasa itu, Tan Kok Wai berkata, selepas mendengar keterangan Jeff Ooi di ibu pejabat parti di sini semalam, jawatankuasa memutuskan mengeluarkan ‘amaran keras’ terhadap beliau, yang juga Ketua Staf Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
"Beliau telah melanggar disiplin parti dengan menggunakan media tanpa menggunakan semua saluran dalaman yang ada. Ini telah mencemarkan nama parti,” kata Kok Wai kepada pemberita selepas pendengaran itu.
Jeff Ooi sebelum ini telah berbalas kenyataan di media dengan rakan ahli DAP, Hon Wai, yang juga Exco Perumahan Pulau Pinang berhubung kegagalan mendapatkan data lengkap mengenai pemohon-pemohon apartmen kos rendah di Batu Lanchang.
Jeff Ooi malah bersikap keterlaluan dengan menggesa Wong meletakkan jawatan.
Pertikaian itu diketahui umum apabila Hon Wai mendakwa Jeff Ooi tidak membuat penyelidikan semasa menyerahkan senarai nama 178 orang yang memohon untuk membeli rumah kos rendah di kawasannya.
Jeff Ooi kemudian menjawab dengan menyatakan ‘tuduhan itu tidak berasas’ dan menggesa Wong yang beliau labelkan sebagai ‘Napoleon kecil’, meletakkan jawatan.
Menjelaskan mengenai keputusan jawatankuasa itu hari ini, Kok Wai berkata, Jeff Ooi diberi amaran keras kerana perbuatannya menggelar Hon Wai dengan panggilan tidak baik adalah ‘contoh tidak baik kepada orang ramai’.
"Jeff Ooi sebagai seorang MP (Ahli Parlimen) dan ketua staf Lim Guan Eng sepatutnya bertindak sebagai seorang pemimpin parti yang tahu untuk memaparkan perpaduan antara rakan sekerja dan menggunakan saluran sesuai untuk membangkitkan isu.
"Reputasi DAP yang telah dibina dengan susah payah lebih 46 tahun, boleh dimusnahkan dengan mudah melalui tindakan sebegini,” katanya.
Gambar Di Bawah Menerangkan Siapa Jeff Ooi DAP...
Video Murtadkan Umat Islam Mula Disebarkan Di Malaysia
Sekarang mula heboh berita tentang pengedaran cereka AHMAD'S DREAM dalam bentuk VCD (kompilasi 3 video di bawah) yang memaparkan dakyah halus untuk memurtadkan ummat ISLAM/MELAYU di malaysia. video yang diedar secara PERCUMA tersebut dilakonkan oleh beberapa orang melayu/islam yang telah berjaya mereka murtadkan. gua harap JAIS dan jabatan agama lain akan mengambil tindakan tegas & drastik bagi menyekat pengedarannya demi menyelamatkan akidah ummat islam, terutamanya anak & keluarga kita... ALLAHUAKBAR!!
(TQ TINGGALKAN 1PELURU)
(TQ TINGGALKAN 1PELURU)
- AHMAD'S DREAM -
video ini sudah lama dihasilkan & diupload ke youtube (2008)
tapi baru skg mula disebar dalam bentuk VCD.... siapa dalangnya?
gua ingatkan kepada yang rasa imannya belum cukup kuat...
akidahnya belum cukup utuh...
JANGAN MENONTON VIDEO DI BAWAH!
JANGAN MENONTON VIDEO DI BAWAH!
JANGAN MENONTON VIDEO DI BAWAH!
sumber: http://gospelgo.com/Malaysia.htm
Video URL: http://youtu.be/rPaa9I3walk
Video URL: http://youtu.be/NhF7AntR80Y
Video URL: http://youtu.be/7bY_guxNF2c
Subscribe to:
Comments (Atom)


