Monday, August 8, 2011

Murtad : Akibat Golongan Berpendidikan Agama Banyak Berpolitik?

Murtad di Selangor - Pemimpin Melayu-Islam dalam PR terlalu bergantung kepada pemimpin Melayu-Sosialis yang tidak jelas aqidah?

Menarik hujah dari Tun Faisal Exco Pemuda UMNO Malaysia :

Tidak perlu berpusing-pusing mencari kesalahan ke sana ke mari. Jelasnya gejala murtad di negeri Selangor sudah semakin parah. Hujah saya:

1. Apakah aqidah umat Islam terlalu nipis dan rapuh sehingga sanggup mereka menukar agama hanya kerana diRASUAH sebanyak ratusan ringgit sebulan? Jika aqidah mereka rapuh, siapa yang gagal mengajar dan mendidik mereka selama ini?

2. Pada ketika golongan paderi, pastor dan sukarelawan agama lain sibuk mendekati golongan yang miskin ini, apa yang dilakukan oleh ulama dan ustaz/ustazah? Sibuk berperang sesama sendiri tentang Wahhabi? Sibuk berperang tentang jawatan? Sibuk berperang tentang bab feqah yang furu'? Atau sibuk mengumpul pengikut dan berpolitik?

3. Jelas aqidah umat Islam begitu rapuh dan boleh ditukar dengan rasuah. Jadi kenapakah golongan agama seperti dalam PR dan Dr Asri Zainal Abidin begitu yakin kalimah Biblical God yang digantikan dengan Allah tidak akan menjahanamkan lagi aqidah umat Islam yang rapuh ini?

4. Jika ulama dan golongan agama pun turut mempromosikan ideologi ciptaan manusia sosialisme di masjid-masjid dan di surau-surau, tidakkah ini semakin mengelirukan umat Islam dan akhirnya kesesatan dan kemurtadan hanya di sepan mata?

5. Apa sudah jadi dengan janji-janji PR untuk membela golongan ibu tunggal dan miskin? Apa sudah jadi dengan retorik negeri berkebajikan? Bukankah masalah ini tidak akan timbul jika PR benar-benar menunaikan janji mereka?

6. Tidakkah ini menunjukkan kegagalan pemimpin-pemimpin Melayu-Islam dalam PR? Di manakah dasar dan hala tuju yang jelas mengenai usaha memartabat agama Islam di dalam PR Selangor? Cuba terangkan kepada rakyat Selangor, apakah pendekatan yang berkesan PR dalam usaha memerangi gejala murtad di negeri Selangor?

Jelasnya, pemimpin Melayu-Islam dalam PR telah lalai dari melaksanakan tugas mereka memelihara umat Islam kerana mereka gagal merangka sebarang dasar yang jelas tentang Islam dan umat Islam di dalam PR. Malah dalam kes tertentu, mereka juga secara langsung dan tidak langsung telah menunjukkan sokongan terhadap usaha memurtadkan umat Islam secara halus.

Inilah akibatnya apabila Melayu-Islam dalam PR tiada peranan terlalu bergantung kepada pemimpin Melayu-Sosialis, Melayu-Pluralis dan Melayu-Atheis di dalam PR dan akibat kerana sanggup berimamkan pemurtad dalam PR!

Isu Gereja DUMC: MB Selangor Minta Semua Media Tutup Mulut


SMS diterima sila beri arahan semua Media mesti tutup mulut! Kes CLOSED!

Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim meminta pihak media menghentikan perbincangan (tutup mulut) mengenai kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semasa Majlis Makan Malam Muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama pada malam Rabu lepas, sehinggalah laporan lengkap diberikan oleh jabatan itu.

"Oleh sebab itu saya suruh ia tidak payah dibincangkan, kita hanya akan bincangkan selepas fakta yang lengkap sudah ada dan keputusan dah dapat dilakukan" kata Khalid sambil tergagap-gagap.

Abdul Khalid berkata isu yang penting ialah JAIS telah pergi ke gereja tersebut dan jabatan itu bersetuju untuk membuat laporan lengkap tentang apa yang dilakukan supaya ia dapat dibincangkan.

Justeru beliau menjangka JAIS akan mengambil masa yang panjang untuk menyediakan laporan yang lengkap dan teratur berhubung serbuan itu.

"Saya tidak menjangka laporan akan berlaku dalam dua tiga hari ini. Pada pandangan saya apapun pengumuman yang akan dibuat ialah selepas Hari Raya Aidilfitri," katanya.

Wah lamanya nak siasat kes ni? nak tunggu sampai basi lepas tu semua orang akan lupakan kes murtad di Selangor! perghhh! Kalau tak mampu nak selesaikan dengan segera, bagi sahaja kerajaan pusat Barisan Nasional buat siasatan la...


Kalau kes ni terjadi pada BN sudah pasti pihak pembangkang akan jajakan hingga keluar negara!

Apa Lagi Alasan Anwar Elak Bela Diri Selepas 15 Ogos ?


AIDCNews : Keputusan mahkamah hari ini mengundang kesukaran untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim menyusun langkah yang seterusnya.

Pada awalnya pihak Anwar menjangkakan mahkamah akan menolak permintaannya untuk menemubual 15 saksi terlebih dahulu sebelum beliau memberi keterangan membela diri.

Jika perkara itu berkata, pihak Anwar mempunyai ruang untuk menangguhkan perbicaraan dalam jangka masa yang lebih lama, sekurang-kurang dalam jangka masa tempoh satu bulan untuk beliau merayu ke peringkat yang lebih tinggi.

Namun apabila Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah memutuskan untuk membenarkan permohonan Anwar untuk menemubual 15 saksi terlebih dahulu menyebabkan strategi baru terpaksa dirangka oleh pihak Anwar.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membenarkan permohonan pembelaan untuk menemuramah kesemua 15 saksi termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimanapun, temubual itu tertakluk kepada persetujuan saksi-saksi terbabit.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin turut memutuskan bahawa pihak pendakwaan bertanggungjawab memastikan kehadiran saksi-saksi itu di mahkamah untuk ditemubual dan tempoh diberikan sehingga pertengahan Ogos ini untuk menyelesaikan urusan proses temu bual itu kerana pada 15 Ogos hingga 26 Ogos, mahkamah menetapkan tempoh untuk Anwar membela dirinya.

Pihak pendakwa tidak membantah arahan mahkamah itu dan akan menjalankan tanggungjawabnya seperti mana yang telah diarahkan oleh mahkamah.

Jadi, pada tarikh 15 Ogos dan selepasnya, apa lagi strategi Anwar untuk mengelakkan dirinya daripada menjadi saksi di mahkamah ?

Sumber - AIDC