Tuesday, August 9, 2011
Isu Gereja DUMC: Jais Pohon Waran Ke Atas 12 Individu Yang Engan Hadir Beri Keterangan
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) akan memohon perintah mahkamah ke atas 12 indvidu beragama Islam yang menghadiri majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama, Rabu lalu.
Penolong Pengarah Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Jais, Sharom Maarof berkata perintah mahkamah akan dipohon dalam tempoh terdekat berikutan kegagalan kesemua mereka tampil memberikan keterangan.
Jelas beliau, pihaknya akan membuat permohonan di Mahkamah Syariah.
“Kita telah meminta kesemua 12 individu ini agar hadir di pejabat (Jais) memberikan keterangan tentang kehadiran mereka dalam majlis itu tapi sehingga kini mereka tidak menghadirkan diri dan saya difahamkan mereka dinasihatkan peguam masing-masing supaya tidak hadir.
“Kita akan mohon perintah mahkamah ini dalam tempoh terdekat, kita hanya mahu mereka memberikan keterangan dan membantu siasatan,” katanya kepada The Malaysian Insider.
Jelas Sharom, sekiranya kesemua 12 individu itu tetap enggan menghadirkan diri walaupun perintah mahkamah dikeluarkan kelak, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk memohon perintah tangkapan terhadap mereka.
“Kita akan pohon supaya mereka hadirkan diri ke pejabat untuk memberikan keterangan dan kalau mereka tetap enggan hadir, kita mungkin akan dapatkan perintah menahan ke atas mereka,” katanya.
Tambah beliau, kesemua 12 individu yang ditahan semasa serbuan ke atas majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petalin Jaya Rabu lalu rata-rata berasal dari Selangor.
Kenapa isu Agama dijadikan isu politik tuduh Barisan Nasional BN? Amat Kecewa PAS tidak sokong JAIS dalam usaha banteras gejala Murtad! PAS Sesat!
Berita terdahulu : Cerita Sebenar Yang Berlaku Ketika Pemeriksaan JAIS Di Gereja DUMC
Liwat II: Temubual Saksi Bekas Polis Dibatalkan Kerana Kehadiran Anwar
Satu lagi usaha Anwar untuk melengah-lengahkan kes liwatnya... sengaja sabotaj temubual saksi!
Temu bual terhadap dua saksi bagi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dibicarakan, dibatalkan selepas kedua-dua mereka membantah kehadiran Anwar semasa temu bual itu.
Peguam S.N.Nair, yang mewakili Anwar, ketika dihubungi berkata anak guamnya berhak untuk hadir semasa temu bual dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodwan Mohd Yusof, yang diadakan di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini hari ini.
Beliau berkata memandangkan kedua-dua saksi membantah kehadiran Anwar semasa temu bual itu, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah menetapkan esok untuk bertemu pasukan pendakwaan dan pembelaan.
Ditanya sama ada pihak pendakwaan telah mengatur untuk menemu bual saksi yang lain, Nair berkata pendakwaan belum memberi maklumat mengenainya kepada pembelaan setakat ini.
Kepada soalan sama ada Musa dan Rodwan datang ke mahkamah bersama peguam mereka, Nair menjawab “tidak”.
Semalam, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar untuk menemu bual 15 saksi termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, isterinya Datin Sri Rosmah Mansor, Musa, Rodwan dan 11 orang lagi.
Hakim turut menetapkan 15 hingga 26 Ogos bagi kes pembelaan. Pada mulanya mahkamah menetapkan 8 hingga 26 Ogos dengan Anwar dijadual sebagai saksi pertama memberi keterangan.
Di akhir kes mereka, pendakwaan menawarkan 71 saksi, termasuk Najib dan Rosmah. Pihak pembelaan memilih untuk menemu bual hanya 25 orang dan setakat ini, hanya lima orang yang telah pun ditemu bual.
Mereka ialah bekas ratu pecut negara, Datuk Mumtaz Jaafar, Dr Mohd Osman Abd Hamid, yang sebelum ini bertugas di Pusrawi, adik perempuan bongsu Mohd Saiful Bukhari Azlan iaitu Saidaiti Azlan, seorang doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang hanya dikenali sebagai Dr Daniel, dan Khairil Anaz Yusof, pembantu khas Najib ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.
Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.
Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, tahun yang sama – bernama
Pakatan Pembangkang Terus Berebut Kerusi Di Sabah
Pakatan pembangkang sekarang semakin kelam kabut apatah lagi mereka impikan sebuah kerajaan di Sarawak menjelangnya pilihan raya yang akan dilaksanakan akan datang.
Sabah, dipercayai gerombolan Pakatan yang dianggotai PKR, DAP dan PAS sudah mengatur langkah awal bila berebut mengenai kawasan-kawasan yang berpotensi dan bakal dimenangi parti masing-masing pada PRU13.
DAP yang merupakan parti paling dominan dalam gerombolan Pakatan sudah meminta untuk bertanding di kawasan yang dikuasai oleh PKR iaitu Parlimen Tenom yang merangkumi dua kawasan DUN iaitu Dun Melalap dan DUN Kemabong.
Berikutan tindakan DAP itu, penyokong-penyokong PKR kawasan Parlimen Tenom melenting terhadap keputusan itu.
Ramai yang menyifatkan keputusan itu tidak adil kerana DAP tidak mempunyai ‘Political base’ di situ berbanding PKR yang sudah bertungkus lumus mengukuhkan pengaruhnya sejak lebih tiga tahun lalu, berserta dengan penubuhan beberapa ranting.
Beberapa pemerhati politik di Tenom berpendapat DAP kurang pengaruh jika dibandingkan dengan PKR atau SAPP kerana kedua-duanya mempunyai Pejabat Perhubungan dan siap dengan kakitangan menjalankan jentera pentadbiran parti masing-masing.
DAP bersikap diktator dan kuku besi didalam pembahagian kerusi untuk ditandingi didalam PRU13 akan datang.
Jelas Pakatan pembangkang terbukti tidak sehaluan apabila masing-masing cuba menegakkan benang yang basah dengan mahu bertanding dalam setiap pilihan raya tanpa sebarang kompromi dengan anggota dalam pakatan tersebut.
Info- MPP
Subscribe to:
Posts (Atom)



