Tuesday, August 23, 2011

KDN Akan Saman Zuraida...

Kementerian Dalam Negeri hari ini menafikan pendaftaran Program Penyelesaian menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) sebagai muslihat kerajaan untuk menyeludup pengundi, sekali gus "cubaan untuk menjual kedaulatan negara".

Sehubungan itu, menurut timbalan menterinya, Datuk Lee Chee Leong, mereka yang berbuat demikian cuba memfitnah kerajaan.

"Ini satu lagi (dakwaan) fitnah," kata Lee pada sidang medianya di Putrajaya hari ini. Menurutnya, laporan polis juga telah dibuat ke atas ahli parlimen PKR bagi kerusi Ampang Zuraida Kamaruddin kerana membuat dakwaan palsu itu.

Katanya, laporan dibuat di balai polis Seksyen 11, Shah Alam oleh Jabatan Imigresen Selangor dan akan disusuli dengan saman fitnah tidak lama lagi. "Kita sedang menyiapkan saman itu... ia akan serentak (dengan laporan polis)," katanya.

Menurut Lee, kerajaan telah memberikan Zuraida tempoh masa yang mencukupi bagi membekalkan bukti tetapi beliau gagal berbuat demikian.

Namun, katannya, pihak kementerian belum. menyiasat dakwaan ahli parlimen itu berhubung wujudnya "skrip bersumpah" yang perlu dibaca pendatang asing tanpa izin ketika berdaftar dengan Program 6P."Kita tidak boleh menyiasat tanpa bukti (berhubung dakwaan itu)," katanya.

Zuraida pada 16 Ogos lalu dilaporkan mendakwa mendapati wujudnya 'skrip bersumpah' yang jelas daripada anggota PKR yang menyelinap masuk ke lokasi tertentu.

Kerajaan Tak Boleh Saman Zuraida Sebab Dia Hantu Mak Lampir...

Ketua Wanita PKR Zuraida a.ka.a Mak Lampir dilihat cuba berdolak dalih dengan menyalahkan kerajaan, katanya kerajaan tidak boleh menyaman individu yang mengkritik, khususnya berhubung dakwaannya pendatang tanpa izin (PATI) diberikan 'skrip bersumpah' menyokong BN.

Zuraida Kamaruddin berkata, beliau tidak gentar berdepan kemungkinan dikenakan tindakan itu walaupun menganggapnya "terkeluar" daripada peruntukkan undang-undang.

"Kalau terjadi (saman), kita dapat bukti (PATI) mengangkat sumpah, ada dolak dalih dalam kerajaan. "Apa-apa tindakan kita buat sesuatu, kita tidak buat tanpa asas. Kita bertanggungjawab," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Eh.... apa yang dia meroyan ni? Kenapa tak buat laporan polis kalau ada bukti?

Tau pula Mak Lampir takut bila kerajaan nak saman dia... mula la menyalak siang malam... hahaha...

Silap-silap bukti kukuh (PATI) pun tak ada lagi... Berani buat tak berani tanggung pula tu....

Lain kali bila buka mulut tu cover sikit, jangan suka buat fitnah sana sinun...

Tiada Usaha Musnahkan Karier Politik Khairy


Pemuda Umno menolak ura-ura bahawa terdapat usaha dalaman memusnahkan karier politik Khairy Jamaluddin.

“Tidak ada usaha sedemikian,” kata exco Pemuda Umno, Tengku Azman Tengku Zainol Abidin.

Khairy memenangi jawatan ketua Pemuda Umno dalam pemilihan 2009 setelah mengenepikan Datuk Seri Mohd Khir Toyo dan Datuk Mukhriz Mahathir.

Bagaimanapun, selepas bapa mertuanya Tun Abdullah Ahmad Badawi tidak lagi menjdai perdana menteri cakap-cakap semakin kencang kedengaran mengenai karier politiknya.


Khairy juga merupakan ahli Parlimen Rembau sejak pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Tengku Azman menegaskan Pemuda Umno akan akur keputusan pucuk pimpinan pusat dalam penentuan calon pilihan raya umum ke-13.

“Pucuk pimpinan tahu dan akan tentukan siapa calon boleh menang dari pergerakan ini,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Khairy Jamaluddin yang sanggup untuk tidak dicalonkan sekiranya kepimpinan mendapati beliau bukan calon yang boleh menang.

Khairy mengumumkan kesediaannya kepada pemberita setelah perasmian Program Jom Ramadhan dan Majlis Berbuka Puasa Pemuda Umno di Kota Bharu, Kelantan, lapor Utusan Malaysia semalam.

Tengku Azman turut menolak cadangan sama ada ahli Pemuda sanggup tidak dicalonkan dalam pilihan raya umum akan datang.

“Kami di dalam pergerakan Pemuda akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan. Tiada soalan sama ada sanggup atau tidak sanggup sama sekali,” kata Tengku Azman yang juga merupakan ketua Pemuda Umno bahagian Bukit Bintang.

Sementara itu, bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir menafikan bahawa kedudukan Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Umno akan tercabar sekiranya Khairy tidak dicalonkan.

“Soal calon pilihan raya adalah bidang kuasa Perdana Menteri (Datuk Sri Najib Tun Razak).

“Jawatan di dalam parti pula ditentukan ahli,” kata Khir lagi.

Beliau memberi contoh Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang pernah menjadi naib presiden tetapi tidak menjadi calon pilihan raya. -FMT