Wednesday, September 7, 2011

Pemuda Rembau Bersama Sepuluh NGO Buat Laporan Polis Keatas Mat Sabu


Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Rembau bersama sepuluh NGO hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan Mohd Sabu, Timbalan Presiden PAS berhubung kenyataan beliau di dalam ceramah di Tasik Gelugor Pulau Pinang pada 21/08/2011 berkaitan tragedi Bukit Kepong.

Antara kenyataan yang dibuat oleh Penolong Setiusaha Pemuda Umno Rembau, Mohd Safariladira bin Abdullah :

1.Menyatakan wira sebenar adalah Mat Indera yang bersekongkol dengan Goh Peng dan 200 angota komunis adalah hero sebenar dan bukannya 25 angota polis yang mempertahankan balai polis Bukit kepong.

2.Beliau juga menghina Tengku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar sebagai pengkhianat kepada negara.

Justeru itu kami memohon agar pihak berkuasa dapat membuat siasatan berhubung kenyataan tersebut supaya fakta yang sebenarnya tidak dimanupulasikan pihak tertentu dan di politikkan agar generasi muda tidak terpesong dengan fakta sejarah yang sebenar, gesaan juga dibuat agar tindakan yang sewajarnya diambil kepada Mohd Sabu sekiranya dakwaaan yang dibuat adalah dusta dan berniat jahat.


Sementara itu wakil NGO The Young Independent Artis of Negeri Sembilan (Thyians) sdr Rommi Suhendra berkata akan lebih ramai lagi wakil NGO tampil kehadapan bagi mengecam Mat Sabu sebagai individu yang berfikiran cetek dan suka melakukan tindakan yang tidak beratika bagi mempopularkan dirinya yang akhirnya memakan diri sendiri.

Katanya lagi, Mat Sabu perlu menyuluh dan mencermin diri terlebih dahulu apakah beliau layak untuk berdebat dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam isu tragedi Bukit Kepong.

Gelangan sudah dibuka kalau hendak debat sangat jumpa, lawan dengan Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin dulu, jangan terus menjadi tikus yang bacul.

Terdahulu, Khairy menggelar Mat Sabu sebagai pemimpin yang bacul dan penakut kerana tidak berani berdebat dengannya, meskipun jemputan mengenai perkara itu dihantar sendiri oleh Kerajaan Pas Kelantan.

Politik Harian/Bro Jinggo

Berani Kerana Benar! NGO Mahu Mat Sabu vs KJ

Presiden Jaringan Gerak Usaha Pasir Mas (Jaguh), Zul Karnain Mat Junoh menyeru pengikut Mat Sabu meninggalkan pemimpin yang tidak beretika itu.

"Mat Sabu bagi saya 'buta sejarah'. Dia tidak boleh menilai antara kebenaran dan kepalsuan. Sekarang ini, dia lebih rela membela orang yang menyusahkan nenek-moyang kita," ujarnya.

Tambahnya, jika benar Mat Sabu tidak takut untuk menegakkan kebenaran, dia harus berdebat dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin.

Terdahulu, Khairy, beliau tetap menanti kemunculan Mohamad Sabu, yang merupakan punca kontroversi semasa, untuk berdebat dengannya walaupun sudah ada tiga tawaran lain sekarang manakala timbalan presiden PAS itu sendiri enggan berhadapan dengannya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

YB PAS Penceramah Tidak Bertauliah, JAIS Ambil Tindakan Terhadap Khalid Samad!


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad akan dihadapkan ke Mahkamah Syariah Klang pada 24 November ini atas dakwaan menyampaikan ceramah tanpa tauliah di sebuah surau, bulan lalu.

Beliau hadir di pejabat Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kira-kira pukul 10 pagi ini untuk memberikan keterangan terhadap tuduhan yang didakwa dilakukannya di sebuah surau di Taman Seri Sementa, Kapar, Klang.

“Memang saya hadir untuk berikan keterangan kepada JAIS pagi ini kerana didakwa memberi ceramah agama tanpa tauliah dan saya difahamkan sebutan kes akan didengar di Mahkamah Syariah Klang, 24 November ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Khalid yang juga Timbalan Pesuruhjaya II Pas Selangor mendakwa kehadirannya di surau berkenaan hanya mengadakan ceramah mengenai Islam sahaja.

Sementara itu, Pegawai Perhubungan Awam JAIS, Nur Hamizah Othman ketika dihubungi menyatakan Ahli Parlimen itu dipanggil oleh Bahagian Penguat Kuasa JAIS hari ini bagi membantu siasatan mengenai kes itu.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini JAIS tidak menetapkan sebarang tarikh untuk perbicaraan Khalid di mahkamah memandangkan siasatan atas dakwaan itu masih lagi berjalan dan sedang dalam proses untuk disiapkan.

“JAIS menerima aduan daripada orang ramai atas dakwaan Ahli Parlimen (Khalid) itu menyampaikan ceramah tanpa tauliah. JAIS memanggil beliau pada pagi ini untuk memberi keterangan,” katanya.

Seksyen 119, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 memperuntukkan bahawa individu yang mengajar agama Islam atau perkara-perkara tentang Islam tanpa tauliah di bawah Seksyen 118, melakukan kesalahan dan boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu difahamkan, tauliah mengajar yang diterima oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Rani Othman pada tahun lalu tidak disambung oleh JAIS setelah tamat tempohnya bulan lalu.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone