Thursday, December 15, 2011

Azmin Ali, Zuraida Apa Kamu Buat di Ampang?


Ketua Umno Ampang, Datuk Ismail Kijo mencabar pemimpin menyenaraikan projek yang dibuat di kawasan itu sejak mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri dalam pilihan raya umum 2008.

Bekas Adun Lembah Jaya tahun 1995 hingga 2004 berkata, tidak ada satu pun projek yang dibuat di Ampang.

“Saya tanya kepada Azmin Ali dan Zuraida Kamaruddin apa yang kamu buat sejak menjadi Adun dan ahli Parlimen?

“Jalan berlopak semakin parah, sampah sarap tidak diambil. Dulu Alam Flora yang angkat sampah tetapi kini kini Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tetapi sampah tidak terangkat.

“Mereka pandai bercakap tetapi tidak pandai buat. Macam-macam mala petaka telah berlaku di Selangor,” katanya.

Azmin merupakan ahli parlimen Gombak dan juga timbalan presiden PKR manakala Zuraida adalah ahli parlimen Ampang dan ketua wanita PKR.

Tuntut janji

Menurut Ismail lagi, kerajaan Selangor pernah berjanji mahu menurunkan cukai pintu tetapi sebaliknya pula yang berlaku iaitu dinaikkan sebanyak 20 peratus.

Beliau berkata, banyak harta milik syarikat kerajaan negeri telah dijual untuk kepentingan mereka.

“Rakyat Ampang tuntut janji dari Azmin dan Zuraida, rakyat Selangor pula tagih janji Pakatan Rakyat” katanya.

Ismail berkata, dari tinjauan yang dibuat di kawasan Ampang, ramai penduduk yang mengatakan mereka menyesal kerana menyokong Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum lalu.

“Mereka menangis apabila pemimpin Umno menemui merekadan menyatakan akan mengundi BN dalam pilihan umum akan datang,” kata beliau.-FMT

Nasharudin Pelik PAS Sudah Jadi Pas Pis Pus!


Bekas timbalan presiden Nasharudin Mat Isa membidas golongan tertentu dalam PAS, yang menurutnya “pelik” dan mendahului presiden dalam menentukan calon pilihan raya umum ke-13.

Nasharudin yang turut dinamakan sebagai antara calon yang akan digugurkan berkata, beliau hairan dengan perkembangan terkini dalam PAS.

Exco Kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali juga disebut-sebut akan digugurkan tetapi dinafikan oleh Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang Ahad lalu atas alasan pemilihan calon belum dimuktamadkan.

“Saya ada hubungi Dr Hasan dan menyatakan sokongan kepadanya. Saya pelik bila tengok ada pihak mendakwa beliau dan saya akan digugurkan sebagai calon pilihan raya umum.

“Mengikut amalan PAS, biasanya presiden yang umumkan siapa bertanding di mana. Tapi tiba-tiba ada pula individu peringkat bawah yang membuat kenyataan,” katanya dipetik Berita Harian.

Ia dilihat kenyataan media terbuka mengenai PAS sejak tewas mempertahankan kerusinya Jun lalu.

Nasharudin (gambar) turut mempersoalkan kenyataan pihak berkenaan bahawa pemilihan calon PAS berdasarkan pencalonan daripada kawasan sedangkan parti itu mempunyai beberapa Ahli Parlimen yang diimport dari luar kawasan.

Sebagai contoh katanya, PAS membenarkan Datuk Ibrahim Ali bertanding atas tiket parti itu di kerusi Parlimen Pasir Mas pada 2008 sebelum menjadi wakil rakyat Bebas.

Beliau juga merupakan calon luar tanding di Kelantan.

“Saya tak fikir banyak cawangan PAS di Pasir Mas mencalonkan beliau tetapi apabila pucuk pimpinan memberi lampu hijau, jentera bekerja untuk memastikan kemenangan parti.

“Sama juga apabila saya mendapat arahan presiden untuk bertanding di Yan pada 1999, Besut pada 2004 dan Bachok pada 2008,” katanya lagi.

Tambah beliau, PAS mempunyai proses saringan menyeluruh dalam memilih dan mengesahkan calon.

“Senarainya perlu melalui Biro Politik, Jawatankuasa Kerja Pusat dan Majlis Syura sebelum kata putus presiden,” katanya lagi.

Nasharudin juga menegaskan beliau berpegang kepada pendirian untuk menyerahkan soal bertanding atau digugurkan kepada pucuk pimpinan parti.

Katanya, masalah dalam PAS sekarang terlalu ramai orang yang hendak bercakap.

“Senario beberapa hari kebelakangan ini mewujudkan persepsi baru terhadap PAS.

“Dulu banyak pihak, terutama rakan media kata cukup susah nak dapatkan maklumat mengenai PAS sebab yang bercakap biasanya cuma presiden atau setiausaha agung,” katanya lagi. -FMT

Apa yang nak pelikkan... Orang PAS dah diktar kepada DAPAS!
PAS is Dead!

Video PAS-PIS-PUS : http://youtu.be/Rf4do_weFLI

Biawak Hidup : Pejabat Syed Ali Alhabshee Digegar NGO !


Seramai lebih kurang 80 orang daripada pelbagai NGO telah hari ini menyerbu Pejabat Dato’ Syed Ali Alhabshee, Ketua UMNO Bahagian Cheras di pejabat beliau di Jalan Peel, Cheras berkaitan kenyataan beliau yang mengumpamakan Dato’ Sri Shahrizat Jalil dan keluarganya ‘Biawak Hidup”.

Pada mulanya, beliau menyangkal dakwaan tersebut dan setelah di desak beliau mengaku dan berjanji akan memperbetulkan kenyataan tersebut secepat mungkin menggunakan blog beliau umnobahagiancheras.blogspot.com.

Hadir di bantahan tersebut adalah Persatuan Gabungan NGO Malaysia, Persatuan Bekas Tentera Malaysia, National Women Entrepreneurs of Malaysia (NAWEM), Kelab Sahabat Kebajikan Nusantara.

Ini cuma desakan dari Gabungan NGO, belum lagi dari Wanita UMNO yang naik angin!