Thursday, March 29, 2012

Biseksual: Nalla Harap Bertemu Anwar Segera Di Mahkamah


Bekas kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nallakaruppan meneruskan pendiriannya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan seorang biseksual dan tidak layak menjadi Perdana Menteri ataupun seorang pemimpin kepada rakyat.

Sehubungan dengan itu, beliau yakin sebab utama Anwar menyamannya ialah kenyataannya sebelum ini bahawa di dalam perlembagaan, tiada peruntukan seorang biseksual boleh menjadi Perdana Menteri atau ketua pembangkang.

“Saya tetap dengan pendirian saya, bahawa seorang biseksual tidak layak menjadi Perdana Menteri atau ketua pembangkang, bukan di negara ini tempatnya. Ini prinsip saya, prinsip yang tetap saya pegang walaupun saya disaman RM500 juta sekalipun.

“Saya tidak boleh menerima seorang biseksual sebagai menantu, apatah lagi menerimanya sebagai pemimpin kepada masyarakat,” ujarnya mengulas mengenai saman Anwar Ibrahim terhadapnya.

Selain Datuk Nalla, antara pemimpin PKR dan bekas sahabat baik Anwar Ibrahim yang bersama dalam sidang media tersebut ialah Datuk Seri Zahrain Hashim, Datuk Zulkifli Nordin, Datuk Gobalakrisnan, Anuar Shari, Zahid Mat Arip, Ruslam Kassim dan Ummi Hafilda Ali, adik kandung Azmin Ali.

Dalam masa yang sama, Ummi Hafilda sekali lagi mencabar abang kandungnya, Azmin Ali untuk menyamannya berhubung kenyataan bahawa beliau seorang yang dayus kerana mendiamkan diri walaupun mengetahui bahawa isterinya, Shamsidar Taharin mempunyai hubungan sulit bersama Anwar.

“Saya akan dedahkan segala-galanya, malah ahli keluarga akan turut sama turun padang. Saya berani kata, ada hubungan seks antara Anwar Ibrahim dan Shamsidar. Saya pergi mengintai Datul Nalla pada 30 Jun 1997, saya rakamkan segala-galanya. Saya cabar Azmin, Anwar dan Shamsidar saman saya,” tambahnya.

Datuk Nalla juga mahu perbicaraan dimulakan segera sebab beliau mahu rakyat Malaysia tahu kebenarannya tentang hubungan sulit Anwar dan Shamsidar.

“Saya disuruh oleh Anwar untuk mengatur pertemuan sulit ini. Saya juga akan beritahu hasil yang diperolehi Shamsidar dan Anwar dari pertemuan sulit ini,” ujarnya yang turut membuat laporan polis di IPD Sentul semalam terhadap dua ugutan yang diterimanya dari pihak yang tidak dikenalinya agar tidak meneruskan kempen memburukkan Anwar Ibrahim.

Wednesday, March 28, 2012

Al-Fatihah... Dua AJK Pemuda UMNO Hulu Langat Maut Kemalangan


Putrajaya: Dua Ahli Jawatankuasa (AJK) Pergerakan Pemuda UMNO bahagian Hulu Langat, Selangor maut manakala tiga lagi cedera, termasuk seorang parah apabila kereta yang mereka naiki terbabas lalu merempuh sebatang tiang lampu di Persiaran Timur, berhampiran susur keluar Desa Pinggiran Putra, hari ini.

Mereka yang meninggal ialah Khairul Isham Janarudin dan Saifuddin Kandar yang merupakan penumpang kereta berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semenyih, Datuk Johan Abdul Aziz berkata, beliau menerima panggilan daripada salah seorang mangsa yang terselamat dalam kemalangan itu yang memaklumkan bahawa kereta yang dinaikinya terlibat dalam satu kemalangan ngeri.

Katanya, mereka dalam perjalanan pulang ke Kajang selepas menghantar Ketua Penerangan Pemuda UMNO bahagian itu, Al Dita Aladin ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk menunaikan umrah.

Aman Kampus Membawa ASPIRASI Mahasiswa Yang Sebenarnya!


Setelah selesai siri pertama KEMBARA AMAN KAMPUS - MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT yang berlangsung pada 6 Februari - 19 Februari tempoh hari. Siri Jelajah AMAN KAMPUS kini memasuki fasa ke-2 sebelum ke acara kemuncak iaitu Himpunan Aman Anak Muda Bersama Perdana Menteri.

Jika jelajah siri pertama tempoh hari kumpulan ASPIRASI MAHASISWA ini mendekati masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang dalam usaha mereka menggali permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Siri ke-2 JELAJAH AMAN KAMPUS membawa kumpulan MAHASISWA yang rasional ini mendekati golongan mahasiswa di setiap IPTA di seluruh negara.

Setiap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dan para mahasiswa yang dikumpul oleh peserta JELAJAH AMAN KAMPUS ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bagi memastikan setiap permasalahan yang dihadapi dicari jalan penyelesaian oleh para pemimpin negara dalam memastikan negara serta kampus-kampus di Malaysia terus kekal aman di bawah pemerintahan kerajaan yang dipimpin oleh PM.

Sebelum serbu kampus-kampus di bahagian Utara esok, JELAJAH AMAN KAMPUS telah pun mendekati golongan mahasiswa di Kolej MARA Kuala Nerang Kedah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kolej Yayasan Antarabangsa Melaka, Universiti Teknologi Malaysia Johor, Institut Kemahiran Belia Pagoh dan Universiti Tun Hussein Onn. Laporan aktiviti JELAJAH AMAN KAMPUS minggu lepas baca di blog HARAPAN-ESOK [KLIK]


Siri JELAJAH AMAN KAMPUS kali ini juga agak menarik kerana menampilkan bekas mahasiswa yang pernah berjuang dengan kumpulan mahasiswa PRO-PEMBANGKANG yang kini telah sedar bahawa perjuangan yang dibawa oleh kumpulan minoriti itu sebenarnya tidak membawa ASPIRASI MAHASISWA yang sebenar, sebaliknya kumpulan pelajar PRO-PEMBANGKANG ini dijadikan alat oleh parti politik pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.

Kumpulan pelajar PRO-PEMBANGKANG mula mengirimkan sms ugutan kepada pelajar ini, tetapi walaupun menerima ugutan dan ancaman. Pelajar ini tetap akan meneruskan JELAJAH AMAN KAMPUS kerana beliau tidak lagi rela dirinya diperkudakan oleh parti politik pembangkang!

-YY