Friday, March 30, 2012

Nallakaruppan Tekad Berdepan Anwar Di Mahkamah


Beberapa hari berlalu sejak Anwar Ibrahim secara rasmi memfailkan notis saman terhadap bekas rakannya Datuk Nallakaruppan, namun tidak ada tanda langkah tersebut mampu menyebabkan Nalla mengunci mulut untuk seketika mahupun untuk satu tempoh yang panjang.

Tambahan pula Nalla tidak keseorangan untuk menghadapi saman Anwar di mahkamah kelak apabila turut mendapat sokongan rakan-rakan lain terutama sekali dari kalangan bekas pemimpin PKR seperti Ezam Mohd Nor, N. Gobalakrishnan, Zahrain Mohamed Hashim, Annuar Shaari dan beberapa yang lain.

Malah ugutan kekerasan oleh dua orang penyokong Anwar sehari lepas yang mahu Nalla berhenti bercakap isu berkaitan Anwar Ibrahim juga tidak berdaya menggugat tekadnya untuk terus membongkar salahlaku Ketua Umum PKR itu.

Semasa sidang akhbar semalam, sekali lagi secara terbuka Nallakaruppan menegaskan Anwar sebagai seorang biseksual dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri ataupun Ketua Pembangkang di parlimen - satu kenyataan yang agak memedihkan seumpama menambah garam pada luka.

Manakala itu, peguam terkemuka yang mewakili Nallakaruppan, Datuk Seri Shafie Abdullah pula meminta peguam bela Anwar segera menyerahkan writ saman di pejabatnya bagi mempercepatkan proses perbicaraan yang sekiranya mendapat kerjasama semua pihak berkemungkinan dapat diselesaikan kes tersebut dalam tempoh dua bulan ke tiga bulan.

Keyakinan di pihak Nallakaruppan banyak berkaitrapat dengan faktor beberapa bukti penting yang memihak kepadanya termasuklah berkaitan dengan penglibatan isteri Azmin Ali, Shamsidar yang pernah banyak kali menjadi 'santapan' Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, tekanan yang bertali arus dari Nallakaruppan telah menyebabkan Anwar seakan naik angin apabila mengherdik wartawan setelah soalan berkaitan samannya ke atas Nallakaruppan diajukan.

Menurut wartawan Agendadaily, Anwar Ibrahim seperti hilang kesabaran bila diminta mengulas isu saman. Suasana dilaporkan sedikit tegang tambah lagi bila wartawan terbabit menyarankan supaya Anwar mempercepatkan proses saman kes tersebut.

Dalam kes Nalla lawan Anwar ini, faktor bila kes perbicaraan saman akan bermula dan selama mana ianya berlangsung banyak bergantung pada pihak Anwar, itulah hakikatnya.

Pada masa sekarang Anwar hanya baru saja memfailkan saman, namun hingga kini writ saman tersebut belum juga diserahkan kepada Nalla sendiri mahupun peguamnya. Jika Anwar serius, sepatutnya sejak dari awal lagi selepas saja saman difailkan, writ saman segera diserahkan kepada pihak Nalla.

Apapun, kita tunggu dan lihat sehingga bila Anwar boleh bertahan dengan asakan & desakan umum yang mahu beliau menyegerakan kes ini. Di pihak Nalla, tekad dan kesungguhannya untuk menghadiri perbicaraan mahkamah sudah terserlah sejak awal lagi hingga kini tetap utuh tidak berganjak.

Ramai yang menantikan penghujung kes ini dengan penuh minat tinggal lagi cuma Anwar sahaja yang masih kelihatan seperti blur & tidak tentu arah, seakan mengiakan beberapa maklumat dalaman PKR yang menyebut game plan Anwar jauh tersasar daripada yang dijangkakannya.

Ketua Pemuda Umno P Pinang Cabar Guan Eng Saman Beliau!


Pemuda Umno Pulau Pinang meningkatkan asakannya terhadap Ketua Menteri Lim Guan Eng, dengan mencabar beliau menyaman pergerakan itu yang mempersoalkan penjualan tanah Bayan Mutiara.

Ketuanya, Shaik Hussein Mydin (kiri), berkata memandang Lim telah mengugut untuk menyamannya kerana didakwa membuat "hasutan berkaitan agama" kerana mempersoalkan penjualan tanah tersebut, maka tegasnya, lebih baiklah ketua menteri itu mengambil tindakan undang-undang berhubung dakwaan- dakwaan yang lain juga.

Ini termasuk dakwaan mengenai kemungkin berlaku "pecah amanah dan rasuah" dalam penjualan 41.6 hektar tanah di selatan Jambatan Pulau Pinang, kata pemimpin Umno.

Menurutnya lagi, Lim juga patut menyamannya berhubung dakwaannya bahawa penjualan tanah itu oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang kepada Ivory Kumpulan Properties Group Berhad, tidak dibuat melalui tender terbuka.

Lim dan Ivory Properties bertegas bahawa penjualan bernilai RM1 bilion itu dijalankan secara terbuka, dan dilakukan melalui tender terbuka, dengan mengurangkan tempoh pinjaman dari lapan kepada lima tahun.

Dalam satu sidang akhbar semalam, Shaik Hussein berkata beliau boleh menjelaskan kepada rakyat bahawa penjualan Bayan Mutiara adalah 100 peratus tidak melalui tender terbuka.

Shaik Hussein berkata, dalam isu tanah Bayan Mutiara itu, beliau mendakwa tanah itu telah dijual pada harga yang tidak realistik.

Malah, dakwanya, membenarkan pemaju membayar balik kepada kerajaan negeri dalam tempoh lima tahun itu juga tidak masuk akal.

Shaik Hussein berkata Lim (kanan) telah mengkhianati umat Islam dan bukan Islam, sambil menambah bahawa ketua menteri itu gemar mengalihkan isu dengan mendakwa ia masalah perkauman, sedangkan ia tidak begitu.

Dalam skandal Bayan Mutiara tanah ini, tegasnya lagi, beliau yakin ketua menteri Pulau Pinang itu salah.

Bagaimanapun, katanya, Lim enggan mengakui kesilapannya dan tambahnya, jika benar tanah untuk tapak masjid telah dijual, "mengakulah sahaja dan gantikan dengan tanah lain".

Khalid Ibrahim Memalukan Orang Melayu PKR!


MB Selangor melawat rakyatnya dan bersila diatas tikar dalam keadaan berkasut. Adakah itu menepati ciri-ciri adat melayu ?

Gambar diatas menunjukan Khalid Ibrahim dalam keadaan berkasut bertemu mangsa banjir di Hulu Langat dua minggu lepas.

Mana suara-suara yang lima tahun lepas yang menjerit penyapu bukan adat melayu ?