Wednesday, April 4, 2012

Kerajaan Pas Kelantan Gagal Lihat Keistimewaan Pengkalan Chepa


Ketua UMNO bahagian Pengkalan Chepa, Dali Husin melihat penduduk di kawasan itu mengalami kerugian yang cukup besar setelah kegagalan kerajaan negeri membangunkan kawasan berkenaan yang mempunyai banyak keistimewaan.

Menurut beliau walaupun kawasan tersebut merupakan kawasan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ianya masih lagi gagal dibangunkan sebaik mungkin yang menyebabkan penduduk hilang keistimewaan walaupun kawasan tersebut berpeluang meningkat maju.

“Penduduk Pengkalan Chepa sebenarnya rugi besar sebab dulunya kawasan ini ketika di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) merupakan salah satu kawasan perindustrian. Sebut sahaja Pengkalan Chepa inya satu kawasan untuk memberikan kemudahan kepada rakyat mendapatkan peluang pekerjaan. Dulu mempunyai banyak kilang besar…hari ini kebanyakannya dah tutup….Kenapa berlaku sedemikian?

“Ini merupakan kegagalan kerajaan negeri….. pertamanya kegagalan menyediakan insentif kepada pelabur, keduanya menyediakan prasarana. Bahkan ‘airport’ itu hasil sumbangan kerajaan persekutuan.

“Di Pengkalan Chepa kerajaan pusat bina kompleks Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia untuk beri kemudahan kepada nelayan kita mendaratkan ikan tetapi gagal…. kerana apa…kompleks ini gagal kerana muara airnya cetek. Kerajaan negeri tidak dapat menyelesaikan masalah ini yang akhirnya pelaburan begitu besar seolah-olah hari ini menjadi gajah putih tidak berdaya maju dan inilah kegagalan kerajaan negeri,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Katanya lagi banyak kawasan strategik di Pengkalan Chepa tidak digunakan serta dibangunkan dengan sebaik mungkin oleh kerajaan negeri pimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Kita dulu mempunyai Pantai Cahaya Bulan yang merupakan kawasan industri pelancongan yang mana menjadi tarikan kapada pelancong….tetapi hari ini kawasan ini mula tidak dikenali lagi.. sebab apa …gagalnya kerajaan negeri nak mengurus tadbir untuk menjaga kawasan strategik yang ada di Pengkalan Chepa. Begitu juga kawasan kilang kita,” katanya.

Tambah beliau sepatutnya kawasan berkenaan yang merupakan kawasan Menteri Besar dimajukan dengan pembangunan yang pesat dan berdaya maju.

“Secara lebih jelas kalau kita bandingkan apabila kawasan ini adalah kawasan MB, sepatutnya menggambarkan ianya satu kawasan kemajuan. Contohnya di Terengganu….Datuk Seri Idris Jusoh daripada Besut ketika menjadi MB Terengganu membangunkan kawasan berkenaan.

“Besut dulunya yang jauh ketinggalan hari ini membangun dengan pesat. Begitu juga di Perak… Gerik dulu tidak dikenali tetapi apabila Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali menjadi MB maka Gerik dimajukan dan menjadi jalan utama penghubung antara pantai Timur dan Utara. Tetapi di Kelantan kawasan MBnya hidup segan mati tidak mahu…itulah realitinya yang berlaku kepada kita,” katanya.

Serentak itu beliau memberikan jaminan sekiranya rakyat Kelantan khususnya di Pengkalan Chepa berani melakukan perubahan, insyaallah akan ada pembaharuan di negeri berkenaan dan Pengkalan Chepa.

“Insyallah, kita cukup yakin jika rakyat memberi kepercayaan terutama di Pengkalan Chepa ini, kita akan cuba membuat lonjakan baru dengan penstrukturan semula kawasan ini untuk melihat ianya memberi faedah kepada rakyat Kelantan terutama di kawasan ini untuk sama-sama membangunkan Pengkalan Chepa.

“Kita mempunyai kemudahan yang cukup lengkap, cuma bagaimana kaedah untuk kita memajukan dan dengan sokongan padu pucuk pimpinan pusat, Kelantan termasuklah Pengkalan Chepa ini akan berubah wajah,” katanya. -MediaUMNO

Janji Palsu Anwar Untuk Tutup Kegagalan


Semakin dekat desas desus pilihan raya umum dan semakin kuat khabar angin mengenainya bertiup, semakin kuatlah pihak pembangkang membuat janji-janji manis.

Malang, kesemuanya hanya tinggal manis pada bibir sahaja kerana hakikatnya ia adalah palsu dan sekadar halwa telinga semata-mata.

Paling kedepan dalam membuat janji-janji palsu ini ialah tidak lain tidak bukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim.

Anwar menjanjikan bulan dan bintang kepada rakyat kerana mahu tagih undi daripada rakyat.

Impiannya untuk menjadi Perdana Menteri dan duduk di kerusi empuk Putrajaya masih hangat membara, walaupun sebenarnya semakin hari harapan tersebut semakin pudar.

Ke mana-mana sahaja beliau pergi dalam siri ceramah dan jelajah bertemu penyokong, tidak ada bukti tentang kemajuan yang di bawa oleh Pakatan Rakyat kecuali janji-janji untuk mengelirukan rakyat.

Anwar memang pandai berpidato dan menabur janji, sebab itu kelebihan ini digunakan sepenuhnya.

Antara janji pertama yang seringkali ditabur kepada orang-orang kampung ialah Pakatan Rakyat akan menurunkan harga minyak sebaik sahaja beliau menjadi Perdana Menteri.

Lihat betapa teringinnya Anwar kepada jawatan Perdana Menteri hingga sanggup membuat janji yang tidak masuk akal.

Alasan yang diberi Petronas memperolehi keuntungan puluhan bilion ringgit setiap tahun dan atas alasan itu harga minyak seharusnya diturunkan.

Walaupun mendabik dada lapan tahun menjadi Menteri kewangan, malangnya Anwar menunjukkan pemikiran cetek dan terlalu asas dalam hal pengurusan kewangan negara.

Kalau begitulah cara beliau berfikir, tidak payahnya susah-susah menjadi Menteri Kewangan untuk mengeluarkan buah fikiran sebegitu rupa.

Semua rakyat faham, harga minyak petrol, disel dan lain-lain bahan api di dalam pasaran bergantung secara keseluruhannya kepada harga di pasaran dunia.

Walaupun Malaysia secara amnya masih menjadi negara pengeksport minyak mentah, namun harga bahan api di pasaran tempatan tetap berkait rapat dengan pasara dunia.

Sebab itulah kerajaan tetap memberi subsidi dalam jumlah yang besar walaupun harga minyak terpaksa dinaikkan.

Cadangan Anwar untuk menurunkan harga minyak, tidak berpaksi kepada realiti kewangan negara dan pada jangka panjang akan melemehkan kedudukan ekonomi Malaysia.

Tengok sahaja di Selangor bagaimana Pakatan Rakyat mentadbir negeri terkaya di Malaysia tersebut.

Kalaulah Pakatan Rakyat berbangga sangat kerana rizab kerajaan negeri telah mencecah lebih RM1.2 bilion di bawah pentadbirannya, mengapa perlu menambah hutang sebanyak RM200 juta hanya untuk mensubsidi air percuma yang dijanjikan kepada rakyat?

Jika setiap janji Pakatan Rakyat semasa kempen pilihan raya memerlukan penambahan hutang maka lambat laun negeri yang paling kaya sekali pun akan jatuh bankrap!

Ini baru termasuk janji air percuma, bagaimana pula bermacam-macam lagi janji hendak beri percuma itu dan ini, seperti khairat kematian, pelajar univerisiti, bayi baru lahir, bantuan warga emas dan sebagainya.

Pakatan Rakyat tidak pernah mendedahkan kepada rakyat apakah sumber-sumber kewangan yang diperolehi dan bagaimana cara untuk mengotakan semua janji-janjinya itu.

Kini yang dibaca di dalam laporan media, Pakatan Rakyat bercadang untuk menjual tanah dan aset negeri kononnya untuk pembangunan, sampaikan bangunan dan tanah menempatkan pelajar miskin di bawah Yayasan Selangor di Kampung Pandan ingin dijual kepada syarikat swasta.

Inilah cara Anwar mengurus kewangan negeri Selangor selaku Penasihat Ekonomi Negeri Selangor.

Bunyi jawatannya amat gah dan mengerunkan tetapi ide yang diberikan untuk bangunkan ekonomi akhirnya hanya akan merugikan negeri dan negara.

Mungkin sebab itu mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menganalisis Anwar sebagai seorang Menteri Kewangan yang gagal!

Nurul Izzah Di Halau Keluar Dari Flat 4 Tingkat Kerinchi


Kisah Sebenar Insiden Flat 4 Tingkat Kerinchi.... Berdasarkan makulmat perkara ini sudah dirancang awal sebelum terjadinya protes di kawasan Flat 4 Tingkat Kerinchi tersebut.

Dimana kumpulan tersebut tekah menerima sms dari ketua mereka untuk melakukan provokasi dan sekumpulan siswa seramai di arahkan untuk berkumpul di LRT Universiti menunggu kehadiran, Nurul Izzah.

Pergaduhan bermula apabila dalam kemarahan beberapa orang anak muda dari Persatuan cuba untuk mengambil bendera hitam yang tergantung di bangunan. Kumpulan Adam Adli yang memang sudah terkenal dengan provokasi bendera mula bertindak liar. Insiden tolak menolak berlaku. Beberapa orang sempat mengambil rakaman video insiden bendera yang memulakan pergaduhan ini.

Beberapa anak muda mula berang dan meminta Nurul Izzah dan orang-orang luar ini untuk tidak memasuki tanah mereka.Baca lagi...