Friday, April 13, 2012

Pembangkang Hina Raja Melayu!


Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan hari ini mengesahkan apa yang diceritakan seorang petugas perubatan, Dr Rahman Kadir yang melaporkan kekecewaannya terhadap beberapa orang pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu semasa Majlis Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah adalah benar.

“Saya ingin mengesahkan artikel Dr Rahman Kadir adalah benar,” kata Kamalanathan dalam twitternya seperti dilaporkan The Mole.

Ahli Parlimen Hulu Selangor yang turut berada dalam majlis tersebut mengakui bahawa beberapa ahli parlimen pembangkang yang ditulis oleh Dr Rahman itu berkelakuan tidak sopan.

“Sebagai tetamu kehormat, mereka sekurang-kurangnya perlu peka dan berkelakuan baik.”

“Saya bersetuju dengan perkara-perkara tertentu yang ditulis dalam posting itu. Apabila kita dijemput untuk menghadiri satu majlis diraja, kita harus berasa bangga dan menunjukkan penghormatan kita,” katanya.

Dr Rahman dalam artikelnya yang dikirim ke laman ini pada 11 April menyebut beliau turut berada dalam majlis tersebut dan terkejut dengan sikap sesetengah ahli parlimen pembangkang yang tidak menghormati majlis kebesaran diraja.

“Di belakang saya, suasana cukup bising dengan hilaian ketawa dan apabila saya menoleh ke belakang, rupa-rupanya, ada beberapa ahli parlimen pembangkang yang duduk di belakang saya.

“Antara yang saya kenal adalah Azmin Ali, Timbalan Presiden PKR dan isterinya Shamsidar Taharin, Tian Chua Naib Presiden PKR, Dr Siti Mariah Mahmud PAS serta beberapa orang lain yang saya tidak kenal nama mereka. Nurul Izzah Anwar, Khalid Samad dan Loh Gwoh Burne duduk jauh sedikit dari mereka. YB Kamalanathan Ahli Parlimen BN dari Hulu Selangor duduk di belakang mereka ini.

“Saya amat terkejut dan kecewa apabila melihat mereka mempersendakan serta mengejek-ejek pemimpin negara seawal dari kemasukan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ada hilaian ketawa dan bermula dari situ saya mendengar apa yang mereka perkatakan”, lapornya.

Katanya lagi raja-raja Melayu juga menjadi bahan sendaan dan ejekan sesetengah ahli parlimen pembangkang itu.

“Alangkah terkejutnya saya ejekan dan gurauan mereka itu berterusan kepada TYT Negeri Melaka dan seterusnya kepada bentuk fizikal beberapa Sultan dan Raja yang masuk secara teratur ke dalam balairong Seri.

“Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua.

“Apabila Sultan Selangor masuk, Azmin yang paling kuat ketawa dan berperangai kebudak-budakan memanggil Tian Chua dan berkata, “Tangan jangan masuk poket….nanti dia marah.” Semua mereka ketawa termasuk Dr Siti Mariah Mahmud sambil Tian Chua terus memasukkan tangannya ke dalam poket seluarnya seolah-olah memberi isyarat, “i don’t care“.

“Kemasukan Sultan Perak juga mencetuskan kata-kata biadap yang seterusnya mencetuskan deraian tawa mereka”, lapornya lagi.

-AIDC

Thursday, April 12, 2012

Stadium Shah Alam Sesuai Untuk Demo Bersih 3.0


Pihak penganjur Bersih 3.0 dikatakan meletakkan sasaran kehadiran sekurang-kurangnya 500,000 peserta bagi menjayakan demonstrasi hujung bulan ini bertempat di Dataran Merdeka.

Sukar dimengertikan daripada mana logiknya untuk BERSIH 3.0 menghimpunkan 500 ribu orang di Dataran Merdeka sedangkan kapasiti dataran tersebut hanya mampu menampung kapasiti maksima hanya sekitar 20,000 orang sahaja termasuk di atas jalan-jalan sekitar dataran.

Adalah lebih wajar sebenarnya penganjur Bersih 3.0 dan semua pendukungnya yang kemaruk melakukan demo jalanan sambil duduk bertinggung itu mengalihkan lokasi perhimpunan tersebut ke Stadium Shah Alam yang luasnya berkali ganda dengan kemampuan memuatkan kapasiti peserta dalam jumlah besar.

Secara keseluruhan luas kawasan Stadium Shah Alam termasuk padang tempat letak kenderaan disekitarnya merangkumi lebihkurang 115,000 meter persegi. Bagi setiap satu meter persegi boleh memuatkan 3 orang dewasa untuk duduk dan berdiri dengan selesa dan keseluruhannya boleh menampung anggaran 350,000 orang peserta termasuk 80,000 di dalam stadium dan hampir 20,000 orang lagi di atas padang stadium.

Bersih 3.0 malah Mat sabu sendiri yang mewakili Pas sasrkan 500,000 orang, kapasiti kawasan sekitar Stadium Shah Alam dan di dalamnya 350,000 dah hampir kepada jumlah yang diidamkan, sesuai sangatlah tu.

Lagipun dengan lokasi stadium tersebut yang jauh dari hiruk piruk kesibukan kota, tentu perhimpunan Bersih 3.0 dapat berlangsung dengan tenteram tanpa menyebabkan urusan harian penduduk terlampau terganggu dengan teruk.

Tapi malangnya Bersih 3.0 tidak mungkin berani menjadikan Stadium Shah Alam dan kawasan padang letak kenderaan sekitarnya itu sebagai lokasi perhimpunan kerana mereka tahu dengan keluasan 115,000 meter persegi itu agak sukar untuk menutup keseluruhan ruang kosong yang ada dengan peserta yang hadir.

Berbeza bila diadakan di Dataran Merdeka dan kawasan lain Bandaraya Kuala Lumpur, kehadiran yang hanya sekitar 5,000 atau 10,000 orang boleh dikompang besar-besaran kononnya di hadiri oleh 50,000 atau 100,000 orang sekalipun hakikat sebenarnya adalah jauh lebih rendah.

Tabiat pembangkan khususnya PKR dan pas sudah lama kita sedia maklum, suka memperbesarkan cerita dan menggandakan angka. Lagi satu mereka amat gemarkan perhatian kerana melalui demonstrasi saja yang akan menunjukkan kepada umum yang mereka sedang bekerja 'untuk rakyat'.

Kita harap pembangkang dan NGO Bersih yang konon-konon bersih itu ada keberanian untuk mengadakan demo di tempat mereka iaitu di Stadium Shah Alam supaya segala angka yang digembar gemburkan nanti tidaklah orang kata terlampau mengarut. Ada berani ke? Atau takut banyak lompang kosong yang terdedah dek kerana kehadiran hanya sekitar 10,000 sahaja nanti?

Ambiga-Anwar: Kotor Tetap Kotor!


Ibaratnya …Sang gajah sedang tertawa berguling-guling melihat telatah sesetengah manusia.Siapa tahu mungkin gambar diatas ini pun boleh menjadi sumber inspirasi untuk geletek mindanya.

Apa lagi ada perumpamaan popular yang mengaitkan binatang itu berbunyi: kuman di seberang laut nampak…tapi gajah depan mata tidak kelihatan.

Bersih…jangan siapa pertikai tentang bersih.Bukankah kebersihan menjadi ajaran setiap agama.Maka ia wajib menjadi pegangan setiap insan.

Cuma ada yang sikit ragu dan nak bertanya Datuk S Ambiga apakah prespektif beliau tentang istilah ‘bersih’.

Soalan ini dikira amat relevan kerana beliau mengetuai apa yang dinamakan BERSIH.

Kalau namanya sudah BERSIH tentu ramai yang nak tahu sejauh mana beliau menghalakan teropongnya untuk memastikan segalanya bersih.

Cukupkah bersih setakat proses pilihanraya yang kononnya diperjuangkan oleh BERSIH?

Bukankah bersih pilihanraya juga ada hubungkait dengan moral seseorang pemimpin.

Bagaimana kalau ada pemimpin yang diragui bersih turut bertanding?

Kalau Ambiga merasa ragu-ragu mengenai ertikata bersih dalam kontek itu beliau tidak harus segan untuk mendapat pedoman dan nasihat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai pemidato yang hebat ,Ketua Pembangkang itu tentu mempunyai pelbagai pandangan istimewa tentang bersih.

Juga…jangan lupa cuba korek dari beliau apakah orang yang dikaitkan dengan video seks yang disahkan 99.9 peratus tulin oleh pakar antarabangsa boleh masok kategori ‘ orang bersih’.

Juga...bersihkah orang itu kalau ada dakwaan lebih berat lagi yang belum dibersihkan... kata ada skandal dengan isteri orang kepercayaan.

Kita tahu Ambiga besar kemungkinan tidak berani celupar begitu pada Anwar…sebagaimana beliau kini berlagak bagai pahlawan terbilang berkeras habis nak juga-juga buat himpunan BERSIH 3.0 diadakan di Dataran Merdeka pada 28 April ini.

Kata orang...berani gempak takat tu ajelah.

Entahlah samaada beliau ada rasa malu pada diri sendiri atau tidak.Sebagai peguam yang ada nama Ambiga tentu faham sangat atur main perundangan yakni jika sesuatu itu sah fitnah …jawabnya saman.

Mana agaknya naluri beliau?Apakah beliau tidak merasa curiga kenapa sampai hari ini Anwar tidak saman orang-orang yang didakwa sebagai penyebar fitnah itu.

Satu dunia tahu orang-orang itu sentiasa menadah tangan dan tertunggu-tunggu surat dari samannya.

Tidak pasti samaada Ambiga sendiri sudah menonton video aksi hempas pulas sensasi itu ataupun melihat gambar CCTV dua lelaki yang sedang naik turun lif apartmen lokasi aksi berkenaan.

Mungkinkah beliau bimbang terpancut keluar reaksi “ Oh My God”.

Fikir dari sudut lain pula …memanglah kalau nak kira Ambiga peduli apa tentang isu dakwaan moral orang disebelahnya itu.

Nak salahkan beliau seorang pun nampak tak kena juga.Ini lebih-lebih lagi bila Tok Guru PAS sendiri yang ayat Al-Quran sentiasa dibibir boleh main pekakkan telinga dan butakan mata, istihar video itu BESI.

Mungkin juga Ambiga kurang arif tentang perumpanaan Melayu pasal nampak kuman di seberang laut tapi tak nampak gajah depan mata.

Lagipun bila matlamat bersama sudah menyatu untuk mengejar undi atas nama ‘bersih’…peduli apa pada gajah liar main drama depan mata.

Bukankah ada satu lagi kata-kata popular berbunyi : matlamat menghalalkan cara...Tak gitu, Ambiga. -Agendadaily