Monday, April 16, 2012
ISA: Janji Pakatan Tidak Sempurna - Khairy
Pembangkang lemah apabila berhadapan dengan isu menyentuh keselamatan negara, malah apa yang tertera dalam Buku Jingga dan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat (PR) tidak menyeluruh, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.
Menurutnya, pembangkang tidak menyebut mengenai akta yang boleh menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960, sebaliknya hanya menekankan dan menyebut mengenai pemansuhan ISA.
“Dalam janji mereka, mereka tidak sebut undang-undang yang jaga keselamatan negara. Sebenarnya, jika dilihat dari segi keseimbangan keselamatan negara dan sivil, kita (kerajaan) telah laksana semuanya.
“Bukan tugas mudah bagaimana kerajaan telah tulis dan sediakan rang undang-undang yang berjaya mengimbangi antara dua tuntutan tersebut.
“Kita cadangkan mansuh ISA dan diganti dengan rang undang-undang yang menghormati dua prinsip utama iaitu kebebasan sivil dan keselamatan negara dan ia tidak dipengaruhi oleh suara pembangkang,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 di Parlimen, hari ini.
Beliau yang juga Ketua Pemuda Umno berkata, sekiranya tiada akta yang boleh menjaga keselamatan negara, negara akan menghadapi kesukaran untuk menangani kes yang disebabkan oleh pengganas seperti kes Nordin Mat Top dan beberapa kes sebelum ini.
“Nordin Mat Top yang lari dari tahanan di Indonesia menjadi pelarian di sini dan ditahan dibawah ISA. Jadi, ini membuktikan kita perlu merangka akta yang berupaya menangani kes-kes keganasa begini,” katanya.
Bob Kuman Perlukan Bantuan... Kesusahan Kerana Sakit Hanya Ada RM36 Dalam Simpanan...
Kita lupakanlah seketika pasal bab politik yang telah mengheret Bob Kuman ke kancah politik PAS sesat sewaktu dulu! Sebagai seorang sahabat satu kampung adalah menjadi tanggungjawab aku untuk membantu Bob Kuman yang kini sedang sakit dan sangat-sangat memerlukan batuan...
Marilah kita hulurkan bantuan kepada Bob Kuman... tak dapat banyak sikit pun jadilah...
Dibawah petikan dari forblogger
Bantu Bob Kuman Hanya Ada RM36 dalam Akaun Simpanan !! Anda pasti mengenali pelakon dan pelawak, Bob Kuman kan? Dengar cerita Bob sekarang tengah dalam kesusahan kerana sakit dan tidak mampu untuk berkarya. Dalam akaun simpanan bob hanya ada RM36 lagi dan dia sangat perlukan bantuan.
Melalui sumber yang diperoleh dari blog wartawan Majalah 33, Mazidul Akmal Sidek, Bob Kuman kini mengalami kesukaran untuk bernafas dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. Keadaan tersebut menyukarkan Bob untuk berkarya bagi mendapatkan pendapatan menyara kehidupan beliau yang semakin susah. Di bawah ini kami kongsikan artikel yang dikeluarkan dari blog Mazidul Akmal Sidek yang akan menceritakan keadaan sebenar Bob Kuman buat masa ini.
SAYA HANYA ADA RM36 DALAM AKAUN SIMPANAN – BOB KUMAN
Mungkin ramai pembaca kenal dengan wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Tetapi bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.
Yang berbeza cuma wajahnya berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.
“Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? ” soal Bob Kuman.
“Ada apa Bob?,” soal saya.
“Abang tolong datang sahaja,” pintanya.
Mulanya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu. Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajakRazali Harun iaitu kru 666 untuk menemankan saya bertemu Bob.
“Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran ‘Jangan Pandang Belakang Congkak’, siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi,” ujar Bob.
Bob Kuman Sakit dan Perlu Bantuan Alat Pernafasan
Tambah Bob, dia dirawat di hospital terbabit dalam tempoh lebih 2 minggu. Sambil berbual, saya perhatikan mesin oksigen dan wayar dimasukkan ke dalam hidungnya bertujuan untuk membantu pernafasan.
“Orang tidak cukup oksigen bang, tidak ubah seperti sayur layu. Kulit saya pun telah berubah warna,” celah Bob.
“Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat,” katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.
“Kongsikan fakta, itu tidak salah,” celah saya.
“Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Powersaya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan,” jelas Bob.
Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.
Bantuan Dari Pihak SENIMAN
“Zed Zaidi iaitu Timbalan Presiden SENIMAN pernah menghubungi saya untuk menghulurkan bantuan. Saya memaklumkan wakil dia, bila simpati, dapat benda lain, dapat beras, dapat biskut. Siapakah hendak membantu menjelaskan bil hospital saya? Saya rasa macam malu,” kata Bob lagi.
Bob memberitahu saya, dia kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini dia tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.
“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya.
Saya kemudian menghubungi Zed Zaidi menggunakan telefon bimbit. Nasib baikalah dalam kesibukan dengan kegiatan seharian, dia masih berpeluang untuk mengangkat panggilan dari nombor tidak dikenali.
“Melalui pihak SENIMAN, saya telah mengeluarkan surat sokongan kepada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di bawah Tabung Kebajikan Penggiat Seni tetapi setakat ini belum mendapat sebarang keputusan dan berapakah jumlah bakal diterima oleh Bob. Sebelum ini, beberapa artis seperti Nasir P. Ramlee dan Kamal Pendek telah menerima sumbangan dari tabung terbabit,” jelas Zed.
Selepas berhubung dengan Zed Zaidi, saya kemudian memaklumkan kejadian menimpa Bob kepada Penerbit program Melodi, TV3.
Untuk pengetahuan semua rakan artis dan peminat, Bob Kuman kini berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.
Cara Menyalurkan Bantuan Kepada Bob Kuman
Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, anda boleh hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.
Sekiranya akaun dilaporkan disekat, bersabar dan sila rujuk entri [Akaun Maybank Bob Kuman disekat]. Ketahuilah, sesungguhnya kadang-kadang berbuat kebaikan itu mempunyai cabaran tersendiri. ‘Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah’
***
Moga selepas anda membaca artikel di atas, tedetik dalam diri kita untuk sama-sama Bantu Bob Kuman Hanya Ada RM36 dalam akaun peribadi beliau.
Mangsa’ ARE: Dari Mana Dapat Dana Untuk Ruang Iklan?
Sin Chew Daily baru-baru ini menyiarkan iklan di muka surat 8, dan Guong Ming Daily di muka surat 9 dengan memaparkan seorang ibu, Lai Kwan mencium anaknya 30 tahun, Cheah Kok Leong dengan kata-kata ‘Saya belum mahu mati!’.
Kok Leong yang menderita kecacatan fizikal serta perkembangan mental terbantut baru saja meninggal dunia 18 hari yang lalu. Mendiang telah dilahirkan di Perak di mana ibunya pernah bekerja di kilang Asian Rare Earth (ARE) di Bukit Merah.
Berikutan dengan itu, Jawatankuasa Selamatkan Malaysia memohon sumbangan RM10 bagi membiayai kos undang-undang bagi menghentikan projek nadir bumi oleh kilang Lynas yang dikatakan menyamai ARE. Semua sumbangan akan dimasukkan ke Pertubuhan Solidariti Hijau Kuantan.
Persoalannya di sini, dari manakah datangnya dana untuk menempah ruang iklan di akhbar utama bahasa Cina seperti Sin Chew dan Guong Ming yang secara kasarnya akan memakan kos berjumlah RM100,000? Persoalan keduanya ialah jika pihak berkenaan mampu menempah ruang untuk tujuan memburukkan Lynas, tentulah mereka juga mampu membiayai kos untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Lynas.
Justeru, kenapa perlu dirayu sumbangan orang ramai?
Jelas di sini bahawa tujuan laporan dan iklan tersebut ialah tidak lain tidak bukan hanyalah untuk bermain politik dan meraih publisiti melalui rayuan sumbangan semata-mata, kerana hakikatnya, wang bukanlah masalah langsung bagi mereka.
Selain iklan di dalam akhbar, pihak yang membantah Lynas juga dilihat mempunyai dana yang cukup banyak untuk menggerakkan demonstrasi, mengedar T.Shirt, risalah, poster, banner dan sebagainya. Ini belum lagi diambil kos logistik untuk siri-siri demonstrasi yang diadakan.
Mengimbas kembali kronologi kes kilang ARE di Bukit Merah, kita akan mendapati bahawa ARE tidak boleh diambil sebagai contoh perbandingan dengan Lynas kerana Lynas hanyalah sebuah kilang pemrosesan kimia biasa. Kilang yang sama seperti Lynas telah lama beroperasi di China yang mendominasi bekalan nadir bumi dunia sebanyak 97%, dan juga Australia, Amerika dan beberapa negara lagi.
Selain itu, siasatan terhadap kilang ARE di Bukit Merah juga memperlihatkan beberapa kecuaian atau lepas pandang dalam menangani sisa buangan toksik. Bagaimanapun, sepanjang perbicaraan mahkamah antara tahun 1985 hingga 1992, Lai Kwan atau pihak pendakwa gagal membuktikan secara saintifik bahawa kecacatan yang menimpa anaknya, Kok Leong berpunca dari kilang ARE.
Lebih meragukan lagi ialah tiada orang lain selain Kok Leong yang didakwa mengalami kecacatan akibat dari ARE.
Namun, itu bukan soalnya kerana kilang Lynas dan kilang ARE adalah berbeza sama sekali. ARE menggunaka monazite sebagai bahan mentah sementara Lynas tidak menggunakan monazite. Radioaktif yang dikeluarkan oleh Lynas adalah 60 kali kurang dari ARE dan 500 kali (0.002mSv setahun) kurang dari had yang dibenarkan oleh AELB (1mSv setahun).
Kesemua bukti-bukti saintifik ini menunjukkan bahawa Lynas adalah selamat dan sebaliknya kesemua tindakan yang diambil oleh pihak penentang Lynas menunjukkan yang mereka mempunyai agenda tersembunyi.
Lynas adalah pemangkin ekonomi negara di masa depan, sekali gus bakal pencabar terbesar negara China dari segi pengeluaran nadir bumi. Justeru, menghalang operasi Lynas samalah dengan mengsabotaj ekonomi negara sendiri.
Kewujudan dana yang besar serta usaha yang berterusan serta bersungguh-sungguh dari pihak penentang, terutamanya kaum Cina dengan disokong dan didokong hebat oleh akhbar-akhbar Cina menambahkan syak wasangka kita terhadap mereka.
Walau apapun agenda mereka, tindakan parti-parti politik pembangkang yang menangguk di air keruh dalam isu ini telah mengukuhkan lagi imej pembangkang sebagai pengkhianat kepada negara sendiri.
Subscribe to:
Posts (Atom)