Thursday, April 19, 2012

Usul YB Khairy Jamaluddin Bagi Meminda Rang Undang-Undang AUKU dan Akta Berkaitan



Di bawah adalah teks ucapan penuh YB Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau semasa mencadangkan pindaan ke atas Rang Undang-Undang bagi memotong sepenuhnya perenggan 15(2)(c) Akta Universiti dan Koleh Universiti 1971.

Beliau juga mencadangkan agar perenggan yang sama iaitu 147(2)(c) Akta Institusi-Institusi Pelajaran (Tatatertib), 1976 dan  juga perenggan 10(2)(c) Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta, 1996 dipotong sepenuhnya.
---

Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU)

Terima kasih YB Tan Sri/Dato' Pengerusi,

Saya, Ahli Parlimen Rembau, selaku wakil Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) dengan ini mencadangkan agar Fasal 5, Rang Undang-Undang Universiti dan Kolej Universiti (Pindaan) 2012 dipinda dengan memotong sepenuhnya perenggan 15 (2)(c) yang dicadangkan oleh Rang Undang-Undang tersebut.

Ini kerana kami berpendapat, sebarang pindaan yang dilakukan kepada undang-undang usang hendaklah bertepatan dengan hasrat perubahan dan juga norma sosial yang mendasari kehendak kepada pindaan tersebut.

Di dalam hal ini, BNBBC menyambut baik penggantian seksyen 15 AUKU yang sebelum ini menghalang penglibatan politik dengan seksyen yang baru terutama subseksyen 15(1) yang meluaskan hak berpersatuan pelajar, termasuklah menjadi ahli mana-mana parti politik.

Namun bagi kami, susbseksyen 15(2)(c) yang melarang pelajar daripada bertanding dalam pilihan raya bagi memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus jika pelajar itu memegang apa-apa jawatan dalam sesuatu parti politik sebagai self-contradictory dengan maksud dan kehendak gagasan transformasi dan norma sosial yang menuntut kepada kebebasan pelajar untuk berpolitik.

Hujah/Rasional:

[1] Tujuan larangan yang dicetuskan oleh subseksyen 15(2)(c) adalah bertujuan untuk mengekalkan keberkecualian di dalam kampus atau campus neutrality. Sungguhpun kami mengakui keperluan campus neutrality agar perjalanan akademik tidak diganggu oleh kegiatan politik, tetapi janganlah sampai kehendak ke arah ini melibatkan sekatan regresif kepada kebebasan yang diberi.

Ini kerana, keberkecualian itu boleh diselenggara dengan pemantauan kegiatan pelajar sepertimana kelulusan bagi mengadakan sesuatu aktiviti yang diadakan dalam kampus dan sebagainya. Bagi kami, larangan ini memberi gambaran bahawa transformasi yang dibawa oleh Kerajaan cuma perubahan separuh masak dan akan menimbulkan lebih banyak polemik negatif sedangkan pindaan ini berhasrat untuk memberi kebebasan kepada golongan mahasiswa dan sepatutnya menjadi perkara yang dianggap sebagai pindaan yang popular.

[2]Keduanya, jika kita melarang pelajar yang memegang jawatan dalam mana-mana parti politik dari menyertai daripada bertanding dalam pilihan raya bagi memegang apa-apa jawatan dalam mana-mana persatuan, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar di dalam kampus, ia seperti tidak mengiktiraf sepenuhnya kebebasan golongan mahasiswa untuk menyertai parti politik kerana pengiktirafan yang diberi oleh subsekyen 15(1) mempunyai sekatan khusus pula kerana ia menghilangkan status kelayakan mereka untuk bertanding bagi sebarang jawatan di dalam kampus.

Ia umpama melabelkan golongan mahasiswa yang mempunyai keahlian dan jawatan dalam parti politik sebagai kelompok atau anasir negatif di dalam kegiatan pelajar di dalam kampus, sedangkan apa yang mereka lakukan hanyalah melaksanakan salah satu daripada hak asasi mereka untuk berpersatuan dan juga suatu hak yang diiktiraf oleh subseksyen 15(1) sendiri. Ia umpama beri tapi tak beri sepenuhnya.

[3] Ketiganya, kegusaran bahawa ramai pelajar Universiti akan menjadi ahli parti parti politik dan bergiat aktif adalah kurang berasas kerana sungguhpun kebanyakan mereka mempunyai pandangan dan juga pendapat berhubung isu yang melibatkan dasar serta politik negara namun semua ini tidak dizahirkan sepenuhnya dengan kecenderungan untuk berpersatuan dan menjadi ahli politik sepertimana hasil kajian golongan muda 2008 oleh Merdeka Centre yang mendapati hanya 3 peratus berminat menganggotai parti politik.

[4] Kelompok mahasiswa adalah mereka yang mudah tertarik kepada idealisme dan semangat perjuangan, namun tarikan itu tidak semestinya bertukar kepada penyertaan di dalam kegiatan politik. Dalam isu ini, apa yang ingin ditegaskan bahawa seseorang itu mungkin lebih tegar dan serius di dalam perjuangan atau idealisme mana-mana parti politik tetapi tidak memegang apa-apa jawatan di dalam parti tersebut dan sekiranya tujuan sebenar sekatan subseksyen 15(2)(c) itu, dan walaupun kami berpendapat tujuan itu tidak sepatutnya wujud, adalah untuk menghindari kelompok ini maka hasrat itu akan gagal kerana keahlian parti tidak menggambarkan sokongan atau tarikan idealisme pelajar secara hakiki.

[5]Pada masa yang sama, kita akan menidakkan proses pencarian bakat pemimpin pelapis dalam politik kerana medan kegiatan pelajar di Kampus merupakan wadah yang bagus untuk pelajar bergiat aktif dan mengharungi latihan kepimpinan. Sekiranya pelajar yang menjadi ahli kepada mana-mana ahli parti politik dilarang sama sekali daripada bergiat aktif sebagai pemimpin pelajar maka ia adalah satu proses yang regresif.

[6] Sekatan ini bersifat terlalu umum. Bahkan rujukan kepada sebarang jawatan di dalam suatu parti politik mencakupi skop yang sangat luas. Sebagai contohnya Pengerusi mana-mana Biro di dalam parti politik tidak boleh langsung mengetuai Persatuan Drama atau Teater Pelajar. Ini suatu yang amat dangkal dan tidak masuk akal.

[7] Subseksyen 15(2)(c) akan hanya memberi ruang yang sangat besar kepada pembangkang untuk menghentam Kerajaan dengan hujah bahawa Kerajaan sebenarnya tidak ikhlas dan tidak komited dengan semangat keterbukaan dan pengiktirafan kepada golongan mahasiswa kerana sungguhpun mereka boleh menceburi kancah politik sebagai ahli tetapi peluang tersebut tersebut bakal mengundang padah kerana mereka tidak lagi boleh menjadi pemimpin pelajar.

[9] Pada masa yang sama, selaku Pengerusi Pemuda Barisan Nasional dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO dan juga seorang pemimpin di kalangan orang muda, menyambut baik pendekatan transformasi yang diterjemahkan melalui pindaan ke atas AUKU ini. Ini kerana ini meraikan idealisme anak muda, mengangkat peranan mahasiswa, merancakkan proses dan amalan demokrasi serta menyemarakkan public participation in policy making process. Bahkan, pindaan kepada AUKU ini juga adalah salah satu daripada gesaan dari Makmal Generasi Muda Pemuda BN atau BN Youth Lab.

Begitulah hujah saya bagi pindaan yang yang dicadangkan ini

Terima kasih YB Tan Sri/Dato' Pengerusi

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PAS Dan DAP Tolak Batal PTPTN

Berita ini penulis dapati dari sumber dalaman yang kuat dan boleh dipercayai.  Semalam, di dalam mesyuarat Pakatan Rakyat, terjadi perang mulut antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat akibat dari isu pemansuhan PTPTN.  

DAP dan PAS dikatakan berang dengan Anwar Ibrahim dan PKR kerana menjerumuskan mereka ke dalam isu yang akhirnya memakan diri sendiri.    Kini, seluruh parti Pakatan Rakyat terpaksa menepis dan merasionalkan cadangan PKR untuk menghapuskan PTPTN.

Akhbar-akhbar Cina juga kebanyakannya memberi reaksi negatif terhadap cadangan tersebut.   Sin Chew, misalnya mempersoalkan walaupun semua orang menginginkan pendidikan percuma  tetapi apakah cadangan tersebut logik untuk dilaksanakan.  Pendidikan percuma untuk semua bermakna kerajaan memerlukan RM43 bilion setiap tahun dan itu belum lagi diambil kira janji-janji manis yang lain yang ditabur oleh PR yang membawa jumlah lebih RM200 billion.

Akhbar-akhbar Cina diketahui mempunyai pertalian yang rapat dengan DAP dan apa yang ditulis mereka kebanyakannya membayangkan pendirian DAP.  Oleh itu, walaupun secara dasarnya mereka menentang penghapusan PTPTN tetapi mereka memberi sedikit 'muka' kepada Pakatan Rakyat dengan menyebut tentang pengalaman dalam bidang ekonomi yang dimiliki oleh Anwar Ibrahim yang pernah menjadi Menteri Kewangan.
Bagaimanapun, menurut mereka, walaupun Anwar dan Tony Pua punya pengalaman dalam mengurus kewangan tetapi selagi mereka berdua tidak dapat membentangkan secara terperinci tentang bagaimana caranya untuk menampung kos lebih RM200 billion itu, maka mereka tidak ada pilihan selain dari meraguinya.

Dari laporan akhbar tersebut, nampaknya kaum Cina mengakui bahawa PTPTN banyak membantu kerana kebanyakan anak-anak mereka memilih untuk ke pusat pengajian tinggi swasta yang kosnya jauh lebih mahal dari pusat pengajian tinggi awam.   Secara tidak langsung juga mereka telah mengakui bahawa kerajaan tidak pernah mengabaikan kaum mereka, walaupun mereka tidak menyatakannya secara terang-terangan.

Kita percaya, PAS juga banyak terhutang budi kepada kerajaan dalam isu PTPTN ini.   Mana tidaknya, jika kebanyakan anak-anak mereka tidak layak mendapat biasiswa kerana kurang menyerlah dalam pelajaran akibat terlalu asyik berpolitik kerana terpengaruh dengan ibubapa sendiri.   Jika ini senarionya maka hanya pinjaman seperti PTPTNlah sahaja yang dapat membantu anak-anak orang PAS ini mendapatkan pendidikan peringkat tertiari.

Begitu juga dengan PKR, contohnya Adam Adli dan semua rakan-rakannya yang ke hulu ke hilir berdemo menentang apa saja yang dibuat oleh kerajaan, tiada seorang pun di antara mereka yang cemerlang dalam pelajaran.  
Justeru, munasabahlah jika PKR ditempelak oleh sekutunya DAP dan PAS kerana mengemukakan cadangan yang paling bodoh.  Apakan daya, tahap itu sajalah pemikiran Ketua Pembangkang yang hanya berkelulusan Pengajian Melayu kelas 3.  

Apa nak dikata, bukan UMNO yang pilih Anwar jadi Ketua Pembangkang, tetapi PR sendiri yang melantiknya.   Tak dapat dibayangkan jika Anwar menjadi Perdana Menteri.  Entah apa lagi agaknya idea-idea bodoh yang akan dikemukakannya.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

PR Selangor Bakal Tumbang! Azmin Ali Gagal Gerak Jentera PRU13!

PKR Selangor di bawah pimpinan Azmin Ali kini dikatakan sedang mengalami kemelut yang amat teruk dan boleh dikatakan dalam keadaan nyawa-nyawa ikan.

Faktor utama ialah kegagalan beliau mengurus dan menggerakkan jentera parti di peringkat akar umbi.

Keadaan lebih parah lagi bagi Azmin selaku bos PKR di Selangor apabila beliau dilihat gagal membuktikan kemampuannya untuk mempertahan serta mengekalkan kuasa politik Pakatan Rakyat di negeri itu.

Melihat kepada situasi yang hambar di hampir kesemua cabang dan ranting PKR di Selangor, boleh dikatakan agak sukar parti itu bersama-sama PAS dan DAP untuk mendapat peluang bagi kali kedua memerintah negeri terkaya di Malaysia itu.

Rasa hampa yang amat mendalam ini tercermin daripada luahan dan keluhan Ketua Wanita Pusat sendiri, Zuraida Kamarudin di dalam laman facebooknya apabila merungut ramai ahli-ahli PKR sudah meninggalkan parti itu.

Ini berikutan kelemahan kepimpinan Azmin dan kegagalan beliau merapatkan dan memperbaiki hubungan dengan seteru politiknya yang juga Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim.

Persengketaan di antara kedua-dua pemimpin PKR itu bukan rahsia lagi di kalangan ahli-ahli parti.

Abdul Khalid merasa kuasa beliau telah dipinggirkan apabila Ketua Umum, Anwar Ibrahim menyingkir beliau untuk digantikkan dengan kroni dan orang kuatnya, Azmin sejak dua tahun lalu.

Akibat daripada tindakan Anwar tersebut Abdul Khalid dan Azmin tidak lagi sebulu dan sering bertelagah.

Sebagai membalas dendam terhadap dasar politik kotor Anwar yang mengamalkan dasar pecah dan perintah, Abdul Khalid mensabotaj kebanyakan daripada program PKR di Selangor dengan menyekat dana dan bantuan kewangan melalui saluran kerajaan negeri.

Azmin pula bersikap pilih bulu dengan hanya mengutamakan cabang-cabang yang dipimpin oleh kroni-kroninya sahaja.

Aktiviti dan program PKR hanya ditumpukan di beberapa kawasan seperti Batu Caves, Gombak dan Seri Muda sahaja manakala kawasan-kawasan lain diabaikan.

Faktor inilah yang menyebabkan ramai ahli-ahli PKR Selangor sudah tawar hati dan membuat keputusan untuk meninggalkan parti itu.

Bagi mereka PKR telah menipu mereka dengan propaganda imej sebagai 'parti harapan baru' tetapi hakikatnya hanya pemimpin atasan sahaja ang mengaut segala keuntungan dan menikmati hidup yang mewah atas pengorbanan ahli-ahli peringkat bawahan.

Program-program PKR tidak lagi mendapat sambutan hangat seperti dua atau tiga tahun lalu.

Jika dahulu ceramah-ceramah anjuran PKR di Selangor yang dihadiri Anwar mampu menarik lebih 5,000 hadirin tetapi sekarang hendak mencapai jumlah 1,000 ke 2,000 pun amat sukar.

Itu pun disebabkan kehadiran beberapa tokoh popular PAS, bolehlah PKR 'tumpang sekaki' untuk mendapat jumlah pendengar yang lebih besar.

Jika di tolak faktor penceramah dari PAS, PKR berjaya menarik hati sekitar beberapa orang sahaja.

Kemelut yang melanda PKR Selangor dijangka akan bertambah teruk menjelang pilihan raya umum kerana Azmin hanya menumpukan perhatian kepada kawasan Parlimen dan DUNnya sahaja termasuk beberapa kawasan kroninya.

Kawasan lain termasuk Ijok, kawasan DUN Menteri Besar dibiarkan untuk mencari dana sendiri menggerakkan jentera pilihan raya.

Melihat kepada kelemahan ketara dan faktor penerimaan rakyat Selangor yang semakin melonjak terhadap barisan Nasional, secara keseluruhannya PRU-13 nanti bakal menjadi badai yang akan menenggelamkan kapal Pakatan Rakyat.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone