Friday, April 20, 2012
Khairy Nafi Umno terlibat Dalam Insiden Siswa Kena Belasah
Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaludin menafikan dakwaan penglibatan UMNO dalam insiden keganasan terhadap siswa di Dataran Merdeka semalam.
Sambil tidak bersetuju dengan sebarang tindakan ganas dalam negara turut menjelaskan, beliau menegaskan setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai penglibatan mana-mana pimpinan parti dalam merancang insiden tersebut.
Beliau juga berharap agar tiada pihak yang cuba mengaitkan pihak UMNO malah meminta pihak polis melakukan siasatan.
Ditanya adakah timbul kepentingan dakwaan tersebut diada-adakan, Khairy secara tegas beliau tidak mahu membuat sebarang andaian dan menggesa pihak polis melakukan siasatan.
Ketua Pemuda UMNO Malaysia itu berkata demikian susulan khabar angin tersebar yang mendakwa ahli UMNO terlibat dengan kelakuan samseng yang dicetuskan di Dataran Merdeka 3 pagi semalam. Sebelum ini sekumpulan Mahasiswa berhimpun dan mendirikan khemah di Dataran Merdeka dalam menuntut permansuhan Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
KL Pos
Pakatan Rakyat Selangor ‘Kecut Perut’ Tak Berani Bubar DUN!
Sebelum ini Menteri Besar Selangor pernah membayangkan yang Selangor tidak akan membubarkan DUN jika pilihanraya diadakan sebelum Jun 2012. Alasan beliau, kerajaan PKR perlu lebih masa untuk menunaikan segala janji dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat ke atas bahu mereka. Dan semalam, Anwar Ibrahim pula membuat kenyataan bahawa Selangor tidak akan menyertai Pilihanraya ke-13 jika tuntutan Bersih tidak ditunaikan.
Tetapi, itu hanyalah apa yang tersurat, yang tersiratnya ialah, Anwar sudah meramalkan yang BN akan menang besar di Selangor.
Anwar boleh memberi apa jua alasan untuk Selangor tidak menyertai PRU, tetapi rakyat tetap melihatnya sebagai tanda-tanda yang Pakatan Rakyat sudah ‘kecut perut’ dan langsung tidak punya keyakinan untuk menghadapi pilihanraya kali ini. Entah ke mana hilangnya segala laungan yang mereka mendapat sokongan padu rakyat. Entah ke mana hilangnya keangkuhan yang ditonjolkan ketika kemenangan dalam PRU 2008 yang lalu.
Nampaknya keyakinan, laungan dan keangkuhan PR tenggelam bersama dengan isu pasir, isu air, isu judi, arak, pusat hiburan, rumah urut serta isu murtad. Tidak ketinggalan juga isu video seks, isu salahguna wang negeri oleh DAP sehingga membawa kepada kematian Teoh Beng Hock. Begitu juga dengan isu lama yang kekal hangat seperti isu Shamsidar dan isu biseksual Anwar Ibrahim.
Kemudian, dalam keghairahan Anwar memikat hati tuannya di barat, beliau terlupa yang wawancaranya dengan Wall Street Journal boleh dicapai oleh rakyat Malaysia hanya dengan satu ‘klik’ di komputer. Maka, pecahlah tembelangnya menyokong zionis dan sehingga kini isu ini tidak dapat ditanganinya dengan baik. Malah, habis kelam kabut dan pening lalat Nik Aziz, Hadi Awang dan semua ustaz-ustaz PAS kerananya.
Di celah-celah itu, isu pemecatan Dato’ Dr. Hasan Ali juga memberi impak yang hebat terhadap sokongan Melayu terhadap PR, terutama sekali di Selangor.
Dan kini, isu kebodohan Anwar Ibrahim yang mencadangkan pemansuhan PTPTN pula timbul, sehingga menyaksikan pertengkaran hebat dalam mesyuarat Pakatan Rakyat yang diadakan semalam. Jelas, DAP dan PAS benar-benar ‘bengang’ dengan Anwar kerana mencadangkan perkara bodoh yang akhirnya memakan diri dan parti.
Sementara itu, BN pula semakin hari semakin mantap dan yakin bergaya. Tanpa perlu berbuat apa-apa BN hanya tersenyum menyaksikan PR memperbodohkan diri sendiri, berpusing keliling menepis peluru yang mereka tembak sendiri. Tergelak kita melihat mereka terlompat-lompat bila peluru mengenai kaki.
Di masa yang sama siri-siri demonstrasi yang digerakkan PR sama ada secara langsung atau dengan menggunakan penyamaran di bawah berbagai-bagai nama NGO untuk menggugat BN dan kepimpinan Dato’ Seri Najib juga langsung tidak memberi kesan. Sudahnya, rakyat menjadi muak dengan gelagat para pendemonstrasi, sekali gus meluat dengan PR yang menjadi dalangnya.
Mungkin kerana itu, maka BN akhir-akhir ini telah mengambil sikap ‘malas melayan’ karenah manusia tidak berguna ini. Jika mereka ingin berdemo, biarkan sajalah, malah pihak berkuasa juga bersedia memberikan tempat untuk mereka berdemo dengan aman asalkan mereka bahagia. Yang pasti, di kala mereka berdemo, BN pula sibuk berkhidmat untuk rakyat.
Semua faktor inilah yang membuat Anwar atau PR Selangor cuak untuk menyertai PRU. Setelah puas mencuba membuat huru-hara dan melingkupkan negara, sedar-sedar sudah hampir Pilihanraya dan mereka belum pun membuktikan apa-apa kepada rakyat. Yang ada hanya janji-janji di dalam Buku Jingga yang bukan saja tiada jaminan tetapi tidak masuk akal sama sekali. Lebih buruk lagi, beberapa soal yang menjadi kontroversi dalam pakatan mereka seperti hudud juga masih belum dapat diselesaikan.
Semua yang dipaparkan di atas membuktikan hanya satu perkara, iaitu PR sememangnya tidak mampu dan tidak layak memerintah walaupun sebuah negeri. Khalid Ibrahim sudah mengakuinya secara tidak langsung apabila membayangkan keengganan membubarkan DUN, dan kini Anwar pula berbuat yang sama. Alasan enggan sertai PRU kerana ‘tuntutan Bersih tidak dipenuhi’ sebenarnya hanyalah untuk menutup malu jika rakyat tahu yang mereka sudah takut.
Rupanya tahu juga si Anwar ini merasa malu, walaupun beliau nampaknya tidak malu langsung bila seluruh dunia menyaksikan dirinya ‘beraksi’ tanpa seurat benang dengan ‘china doll’. Pesan beruang, kalau dah takut, buatlah cara takut. Tidak perlulah memberi berbagai-bagai alasan. Bukankah lebih baik dilihat sebagai penakut daripada dilihat sebagai bodoh?
PKR Dikuasi Golongan Sosialis, Anti-Raja
Dakwaan penghinaan oleh pemimpin-pemimpin PKR terhadap raja-raja Melayu dan pembesar-pembesar negara semasa majlis pertabalan Seri paduka Baginda Yang diPertuan Agong adalah amat memeranjatkan rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.
Dakwaan yang dibuat oleh salah seorang tetamu yang hadir pada majlis gilang gemilang dan penuh istiadat Melayu dalam satu artikel yang ditulisnya mengenai insiden yang memalukan itu menyerlahkan sikap sebenar PKR dan pemimpin-pemimpinnya.
Memang benar parti itu ingin membawa politik baru seperti mana yang tercatat dalam manisfesto dan Buku Jingga tetapi seni politik yang ingin di bawanya amat bercanggah sekali dengan budaya dan adat resam rakyat negara ini.
Tidak salah kalau dikatalkan PKR bersama-sama rakannya dalam Pakatan Rakyat sebenarnya adalah anti-raja.
PKR sebenarnya ada gabungan daripada Parti Keadilan Nasional (PKN) dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).
Sementara PKN ketika ditubuhkan adalah parti yang lahir dari politik jalanan memperjuangkan nasib dan agenda peribadi Anwar Ibrahim, PRM pula adalah sebuah parti yang cenderung kepada ideologi sosialisme dan pemikirannya adalah berhaluan kiri.
Gerakan berhaluan kiri seperti sosialisme atau ideologi yang lebih ekstrim dalam bentuk komunisme rata-ratanya adalah anti-institusi raja.
Semasa zaman darurat melawan ancaman komunis, golongan berhaluankiri bersekongkol dengan musuh negara.
Negara-negara yang dahulunya mempunyai institusi raja seperti India, Indonesia dan terbaru Nepal, semuanya menjadi mangsa kepada gerakan anti-raja yang didalangi oleh fahaman sosialisme dan komunisme.
Dalam PKR, fahaman sosialisme yang anti-raja telah meresap ke dalam parti itu melalui PRM.
Sikap kurang ajar PKR terhadap institusi raja adalah disebabkan kehadiran begitu ramai bekas-bekas pemimpin PRM mendapat jawatan tinggi dalam PKR antaranya bekas Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali, yang meruopakan guru dan juga ideolog Anwar, Sivarasa Rasiah (MP Subang), Tian Chua (MP Batu), Latifah Koya (Pengarah Biro Guaman), N. Surendran (Naib Presiden), Khairul Khairul Anuar Ahmad Zainuddin (Timbalan Ketua AMK), Hishamuddin Rais dan ramai lagi pemimpin parti itu.
Dasar dan halatuju PKR banyak dipengaruhi oleh fahaman sosialisme kerana bekas pemimpin PRM seperti Sivarasa mempunyai peranan besar dalam penggubalan beberapa fasa baru dan pindaan perlembagaan parti itu kira-kira dua tahun lalu.
Sebab itu wujudnya konsep kesamarataan dalam pengagihan kekayaan negara, keadilan sosial, hak beragama serta hak berpolitik.
Malangnya perlembagaan PKR telah meminggirkan hak-hak orang Melayu yang terpaksa dikorbankan demi mengambil hati golongan sosialis dalam PKR.
Lihat sahaja penerbitan lidah parti, Suara Keadilan yang masih diterbitkan walau pun tidak mempunyai permit.
Dasar dan halatuju akhbar tersebut dikawal ketat oleh tokoh-tokoh sosialis PKR seperti Tian Chua, Dr Syed Husin dan Latifah Koya.
Malah kartunis Zunar yang mengepalai sidang pengarang akhbar itu sememang terkenal dengan sikap sosialisnya begitu juga dengan kebanyakan anggota sidang pengarangnya.
Tema dan bahan-bahan yang disiarkan di dalam akhbar itu yang bersifat kutuk, mengutuk, caci-mencaci, fitnah, tohmah, semuanya mencerminkan pandangan ekstrim kumpulan sosialis yang bersarang di dalam pucuk pimpinan PKR.
Jika dibiarkan budaya sosialis ini berkembang dan merebak melalui penerbitan seperti ini, kemungkinan besar masyarakat juga akan terpengaruh dengan fahaman ekstrim ini.
Malah, sebelum ini beberapa pemimpin PKR seperti ADUN Seri Muda sudah pun dihadapkan di mahkamah kerana menghina Sultan Selangor dalam isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri.
Ini tidak termasuk lagi senarai panjang perbuatan menghina institusi raja yang dilakukan oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang lain dalam DAP dan PAS.
Adalah penting rakyat berhati-hati memilih parti seperti ini yang hanya mempergunakan isu untuk meraih undi demi melaksanakan agenda licik mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)