Sunday, April 22, 2012

PR Takut Angin Perubahan di Selangor


Tindakan Pakatan Rakyat (PR) memutuskan Negeri Selangor tidak akan menyertai Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), bukti gabungan tersebut takut angin perubahan Barisan Nasional (BN) di negeri ini.

Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan mencari alasan lain sememangnya cara PR dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim lari dari kenyataan sebenar.

Menurutnya, keputusan terbaru PR ini bercanggah dengan pendirian Kerajaan Negeri yang memutuskan untuk menyertai PRU13 selepas enam bulan pertama, 2012.

"Ini bukti PR takut berhadapan dengan rakyat, kerana kita telah nampak angin perubahan bertiup kencang di Negeri Selangor.

"Oleh kerana sekarang sudah memasuki April dan masih belum nampak pilihan raya akan diadakan, maka Anwar mencari alasan lain untuk tidak menyertai PRU-13," katanya kepada media selepas merasmikan Program Jimat Belanja Dapur, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Anwar bahawa Negeri-negeri di bawah PR terutama Negeri Selangor berkemungkinan besar tidak menyertai PRU-13, sekiranya daftar pemilih masih diragui.

Noh berkata, beliau tidak hairan tindakan PR yang selalu menukar kenyataan untuk menyelamatkan diri kerana tindakan tersebut dilakukan untuk mengekalkan kuasa di Negeri Selangor.

"Ini semua gimik untuk menarik perhatian rakyat, dari hakikat sebenar bahawa di Selangor ini, mereka tidak dapat menahan angin perubahan ini," katanya.

Menurutnya, PR kini tidak lagi mempunyai kumpulan sokongan untuk digunakan dalam pilihan raya, ini kerana kumpulan seperti Hindraf telah sedar dan beralih sokongan.

"Golongan India kini sudah kembali menyokong BN, terbaru lebih 5,000 orang India hadir dalam program saya di Taman Sentosa," katanya.

18 April lalu, Anwar mengumumkan bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan PR tidak akan menyertai PRU-13 sekiranya ia diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Menurutnya, biarpun perkara itu secara terperinci sudah dikemukakan ahli jawatankuasa di dalam Jawatankuasa Penambahbaikan Pilihanraya (PSC) dan dibentangkan untuk dibahaskan namun jawapan yang diterima masih hambar.

Anwar berkata, pihaknya kesal janji SPR untuk membersihkan nama daftar pengundi yang masih belum dilakukan dan terdapat usaha meneruskan cara kaedah penipuan dalam pilihan raya akan datang.

Occupy Dataran: 2 Budak Degil Di Bebaskan


Kedua-dua budak degil Occupy Dataran, yang ditahan awal pagi tadi oleh polis, telah dibebaskan petang ini.

Fahmi Reza dibebaskan sekitar jam 3 petang manakala rakannya, Umar Mohd Azmi dibebaskan sejam kemudian.

Fahmi tiba di Dataran Merdeka, tempat mereka berkhemah sejak Sabtu lalu, sekitar jam 3.30 petang.

Dengar cerita bahawa Umar sedang dalam perjalanan ke Dataran Merdeka.

Betul-betul degil punya budak!

Semua Tuntutan diPenuhi, BERSIH Kini Ingin Menuntut Putrajaya


Apa yang kita tahu mengenai Bersih 3.0? Apakah tuntutan mereka?

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Dan apa yang kita tahu mengenai Bersih 2.0? Apakah tuntutan mereka?

1. Bersihkan senarai undi
2. Reformasikan Undi Pos
3. Gunakan Dakwat Kekal
4. Akses Media yang Bebas dan Adil
5. Tempoh Kempen Minima 21 Hari
6. Kukuhkan Institusi Awam
7. Hentikan Rasuah
8. Hentikan Politik Kotor

Dan inilah antara perkembangan yang terjadi antara jangkamasa Bersih 2.0 iaitu 9 Julai 2011 dan Bersih 3.0 yang bakal diadakan pada 28 April 2012.

Kerajaan telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Parlimen yang dianggotai oleh wakil kerajaan dan pembangkang, serta bebas untuk mengkaji mengenai penambahbaikan sistem pilihanraya. Berdasarkan apa yang dicadangkan oleh jawatankuasa tersebut dengan merujuk kepada tuntutan Bersih, berikut adalah apa yang diumumkan oleh SPR pada 19 April lalu:

Bersihkan senarai undi

SPR juga bersetuju untuk menguakuatkuasakan undang-undang sedia ada mengenai mereka yang memberi maklumat palsu ketika mendaftar sebagai pengundi. SPR setuju untuk membersihkan senarai undi dan menyelidik berkenaan kes di mana terdapat begitu ramai pengundi di alamat yang sama.


Reformasikan Undi Pos

Rakyat Malaysia yang berada di luar negara juga boleh mengundi melalui pos Walaubagaimanapun, SPR tidak akan menubuhkan stesyen mengundi di negara-negara luar kerana ia amat sukar dilakukan. Ini kerana setiap pengundi pos dari luar negara ini perlu berdaftar mengikut kawasan mengundi yang berlainan mengikut alamat mereka ketika di sini.


Gunakan Dakwat Kekal

Awal tahun ini, SPR telah meluluskan penggunaan dakwat kekal


Akses Media yang Bebas dan Adil

SPR juga bersetuju mengambil langkah memberi akses media secara adil kepada semua parti politik dan calon-calon bertanding. Semua media perlu berdaftar dengan pegawai di kawasan undian masing-masing dan permohonan mereka perlu diluluskan oleh organisasi media yang mereka wakili.


Tempoh Kempen Minima 21 Hari

Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah bersetuju menambah tempoh kempen pilihanraya daripada 7 hari kepada 10 hari.

Jelas, 5 dari tuntutan nyata Bersih telah pun diberi perhatian Sementara, tuntutan bersifat umum iaitu 6. Kukuhkan Institusi Awam, 7. Hentikan Rasuah dan 8. Hentikan Politik Kotor telah dan sedang dilaksanakan oleh kerajaan secara berterusan dari dahulu hingga sekarang. Dengan transformasi yang dilakukan, integriti institusi awam semakin menyerlah dan ini dapat dilihat sendiri melalui maklumbalas rakyat.

Kesungguhan kerajaan menangani rasuah sudah pun terbukti dengan kes-kes besar di dalam imigresen, kastam malah pemimpin politik sendiri, disiasat dan ditangkap. Semuanya berjalan dengan lancar dan professional. Hanya apabila kes melibatkan pemimpin pemimpin pembangkang sahaja maka siasatan mengalami gangguan, contohnya kes penyalahgunaan wang negeri oleh pemimpin DAP yang membawa kepada kematian saksi penting SPRM.

Dari satu segi atau dari segenap segi, Bersih itu sendiri adalah lahir dari politik kotor, maka bagaimana pula Bersih ingin menuntut agar politik kotor dihentikan? Bersih didalangi pembangkang dan dibiayai oleh NDI iaitu agensi asing yang tugasnya ialah menjatuhkan kerajaan yang sah. Ini diakui sendiri oleh Ambiga Sreevanesan, Pengerusi Bersih 2.0.

Jika ini tidak benar, apa gunanya menuntut kempen 21 hari yang menjadi punca tragedi 13 Mei 1969? Tidak lain tidak bukan, Bersih ingin sangat mengulangi tragedi itu, kalaupun tidak sekadar mencetus huru-hara. Untuk pengetahuan semua, mencetus huru-hara adalah strategi penting dalam menjatuhkan kerajaan sepertimana yang diajar oleh NDI kepada mereka.

Dengan kesemua tuntutan Bersih telah pun didengari, diberi perhatian, dipersetujui dan diambil tindakan sewajarnya, apa perlunya lagi berdemonstrasi pada 28 April ini?

Kini sudah terang lagi bersuluh bahawa Bersih hanya ingin mencetuskan kekecohan dan huru-hara dalam negara. Selain itu, Bersih juga perlu bagi pembangkang sebagai alasan untuk menolak keputusan pilihanraya sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU yang akan datang.

Kita pasti, walaupun senarai undi benar-benar bersih dan negara benar-benar sifar rasuah sekali pun, Bersih tetap akan menafikan dan mencari alasan untuk mengadakan demonstrasi. Dan percayalah, jika mereka masih tidak berjaya menjatuhkan kerajaan, kita bakal menyaksikan Bersih 4.0, 5.0 dan seterusnya dengan senarai tuntutan yang sama seperti 2.0 dan 3.0 di atas.

Kerana bagi mereka, hanya apabila pembangkang menang walaupun dengan majoriti rakyat TIDAK mengundi mereka, maka pilihanraya itu akan diiktiraf sebagai bersih.