Friday, April 27, 2012
Debat PTPTN Khairy vs Rafizi 3 Mei, 8 Malam
Debat isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) antara Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Pengarah Strategi PKR, Mohd Rafizi Ramli, 3 Mei ini, akan berlangsung di Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor, Seksyen 7, di sini.
Bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi, debat, yang anjuran Sinar Harian, akan bermula jam 8 malam.
Masuk adalah percuma.
Mereka yang berminat boleh menghubungi nombor telefon 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli) atau 019-3371066 (Rini).
Rafizi mempelawa Khairy berdebat dengan beliau mengenai isu PTPTN, yang menjadi isu hangat sejak awal bulan lalu, pada 13 April lalu.
Tengah hari tadi, Khairy, yang juga Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) dan Ahli Parlimen Rembau, menyahut pelawaan Rafizi untuk berdebat menyentuh isu PTPTN yang hangat dibincangkan sekarang.
Bersih 3.0: Dataran Merdeka Ditutup!
Polis Diraja Malaysia (PDRM) difahamkan telah memperoleh perintah mahkamah bagi menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang awam daripada memasuki Dataran Merdeka di ibu negara, yang ditutup mulai 6 pagi tadi.
Perintah tersebut dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret semalam.
Sehubungan itu, PDRM dijangka akan mengadakan satu sidang media berhubung perkara tersebut kira-kira jam 3 petang ini.
Sekitar 12 tengah hari tadi mendapati kawasan Dataran Merdeka kini didtutup sepenuhnya kepada orang awam bagi mengelak sebarang kejadian tidak diigini berlaku.
Pita kuning dipasang sekelililing kawasan tapak perkhemahan aktivis Occupy Dataran dan Solidariti Mahasiwa Malaysia (SMM) menandakan kawasan tersebut adalah kawasan larangan untuk orang ramai.
Sementara itu kira-kira lebih 100 orang anggota penguat kuasa PDRM dan DBKL bersama beberapa buah trak berada di sekitar dataran bagi memantau dan mengawal keadaan.
Masih terdapat beberapa pengikut Occupy Dataran termasuk Fahmi Reza, yang ditahan baru-baru ini, masih berada di sekitar Dataran Merdeka.
Sebelum ini mereka bertekad mahu kekal berada di Dataran Merdeka sehingga esok iaitu hari Bersih 3.0 mahu mengadakan perhimpunan Duduk Bantah.
Semalam, DBKL mengumumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara Dataran Merdeka dan kesemua laluan ke kawasan itu berkuat kuasa 6 pagi ini sehingga 6 pagi Ahad ini.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail dalam satu kenyataan berkata, penutupan sementara kawasan tersebut kepada orang awam adalah menurut Seksyen 65 Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan dikawal di bawah Undang-undang Kecil Kerajaan Tempatan (Dataran Merdeka) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992.
DBKL sebelum ini menolak permohonan untuk mengadakan protes Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka esok kerana ia tidak bertaraf nasional dan membabitkan kepentingan masyarakat.
Ia telah menawarkan Stadium Titiwangsa, Stadium Badminton dan Stadium Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras sebagai lokasi alternatif.
Sumber-SH
Thursday, April 26, 2012
BERSIH Lambang Kekecewaan Pembangkang
Setelah gagal mempengaruhi rakyat menyokong mereka, pihak pembangkang kini mahu mengadakan perhimpunan haram Bersih bagi kali ketiga.
Di belakang segala perancangan ini sudah tentunya, Anwar Ibrahim yang memperkudakan rakyat untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri.
Strategi beliau untuk melancarkan demonstrasi jalanan disokong pula oleh PKR, PAS dan DAP dengan menggunakan landasan Majlis Peguam.
Peguam Ambiga Sreenavesan pula di letakkan sebagai jurucakap Bersih kononnya golongan pendesak pilihan raya bersih berpaksikan kepada undang-undang negara.
Realitinya perhimpunan haram Bersih samada ia diadakan dalam bentuk perarakan, demonstrasi, bantah duduk atau dalam apa-apa posisi sekali pun adaalh satu mencabar kedaulatan dan keluhuran perlembagaan negara ini.
Sejak merdeka, negara ini yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen dalam kerangka konsep raja berperlembagaan tidak pernah gagal mengadakan pilihan raya umum setiap lima tahun sekali sebagaimana yang diperuntukkan undang-undang.
Malaysia antara satu-satunya negara membangun dan negara Islam contoh yang diiktiraf dunia menghayati sistem demokrasi dalam ertikata sebenar.
Malah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diberikan tanggungjawab sepenuhnya melaksanakan semua proses perjalanan 12 PRU sebelum ini telah berjaya mengekalkan integritinya sebagai sebuah badan yang bebas dan berwibawa.
Kerajaan melalui parlimen telah pun bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas (PSC) Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya dengan dianggotai secara adil oleh semua pihak - wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan juga bebas.
PSC akhirnya menggemukakan 22 syor-syor penambahbaikan proses pilihan raya untuk dipertimbangkan oleh SPR.
Malangnya pihak pembangkang tidak berpuas hati dan mahukan kerajaan dan SPR tunduk kepada semua tuntutan mereka dan apabila gagal, ia seperti biasa memangsakan rakyat untuk dijadikan kambing hitam dalam politik kotor mereka.
Taktik pembangkang adalah mudah untuk dibaca - segelintir rakyat yang terpengaruh dengan dendangan dakyah dan cerita dongeng pembangkang akan terheret dalam perhimpunan haram pada 28 April nanti, dan apabila tindakan undang-undang diambil, pembangkang akan menuduh kerajaan zalim dan sebagainya.
Tujuannya ialah untuk menunjukkan kepada dunia luar bahawa proses pilihan raya di Malaysia adalah tidak demokratik dan tidak adil.
Jika dilihat realiti pilihan raya pada 2008, hakikatnya adalah 360 darjah berlainan daripada yang didakwa pembangkang.
Lupalah pembangkang telah berjaya menawan empat buah negeri iaitu Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor serta mengekalkan Kelantan?
Mengapa pembangkang tidak mempertikaikan proses pilihan raya di negeri-negeri yang mereka menangi sebagai pincang?
Adakah apabila pembangkang memenangi kesemua kerusi parlimen dan negeri, barulah pilihan raya itu dianggap bersih, adil dan tidak tercemar.
Sebenarnya pembangkang tergolong dalam kumpulan yang kecewa kerana rakyat terus menerus sejak 55 tahun dahulu menolak gaya politik yang inginkan diserapkan ke dalam sistem politik negara.
DAP dengan sikap rasis dan cauvinis ekstrim Cinanya, PKR yang dikuasai golongan Kristian dan liberal dan PAS dengan cara pemiliran Islam yang kolot dan kuno cuba menggabungkan kesemua elemen politik mereka dalam apa yang mereka panggil Pakatan Rakyat.
Kononnya rakyat menjadi teras perjuangan mereka tetapi apabila dilihat kepada agenda di negeri-negeri di bawah pentadbiran pembangkang, jelas agenda rakyat hanyalah untuk dipergunakan bagi mereka terus kekal berkuasa.
Bersih kali ketiga bukanlah cerminan aspirasi rakyat yang mahukan pilihan raya yang adil dan bersih, tetapi lebih merupakan sifat tamak haloba dan kerakusan pembangkang yang mahu mewujudkan tanggapan negatif terhadap pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najih Tun Razak.
Pembangkang sedar semua dasar dan program pembangunan dan kebajikan yang digerakkan oleh Perdana Menteri telah berjaya dan memberi manfaat dan kesan positif secara langsung kepada rakyat.
Perhimpunan haram Bersih hanyalah satu taktik murahan pembangkang untuk mengalih pandangan dan tumpuan rakyat kepada usaha yang pastinya menemui kegagalan.
Yang pasti, rakyat sudah lama bijak memilih antara kaca dan intan.
Lantas, usaha pembangkang mahu menganjurkan perhimpunan bantah duduk dilihat rakyat sebagai sesuautu yang sia-sia, lucu, membuang masa dan tidak mendapat sambutan.
Subscribe to:
Posts (Atom)