Thursday, May 3, 2012

Bersih 3.0: 49 Dikehendaki Polis



Polis hari ini mengeluarkan gambar senarai 49 yang dikehendaki ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata, kenyataan mereka diperlukan untuk membantu siasatan dalam perbagai kesalahan bawah Kanun Keseksaan.

Dalam sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, Mohmad berkata, kesemua 49 nama itu diminta menyerahkan diri di balai polis berdekatan secepat mungkin.

Katanya, polis menerima 258 laporan berkaitan perhimpunan itu daripada pelbagai pihak.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu berakhir dengan keganasan apabila pesertanya bertindak biadab dan ganas dengan merosakkan harta benda awam selain mencederakan 13 anggota polis dan dua petugas media.

Gempak! 4 Lagi Skandal Seks Pemimpin PR Akan Dibongkar

Kini PR Berhadapan Dengan Masalah Dalaman Yang Hebat

Info terhangat yang baru aku terima, 4 lagi skandal seks Pemimpin PR bakal meletus dalam masa terdekat... Yang menariknya sumber ini di terima dari puak dalaman PR sendiri...

Memetik sumber dari laman portal Suara Pakatan Rakyat, Dikhabarkan bahawa kegemparan yang ditimbulkan lanjutan dari pendedahan gambar-gambar yang diekstrak dari video yang dikatakan mempunyai kaitan dengan Timbalan Presiden PKR YB Azmin Ali kelmarin, akan berterusan.

Tapi membabitkan pemimpin dari parti komponen Pakatan Rakyat yang lain pula.

Penulis mendengar, pemimpin-pemimpin terlibat adalah 2 dari PKR, 1 dari PAS dan 1 dari DAP. Menurut sumber, skandal ini hanya menunggu masa untuk didedahkan pihak-pihak tertentu. Setakat yang dimaklumkan, pendedahan ini akan datang dalam pelbagai cara, ada dalam bentuk video, gambar serta keterangan-keterangan saksi tertentu.

Letop!!!

BERSIH 3.0 : Penganjur Dapat Sokongan Amerika


Hubungan penganjur perhimpunan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ada kaitan dengan Kongres Amerika Syarikat (AS), mencetuskan persoalan kemungkinan ada usaha menggunakan pihak asing untuk menumbangkan kerajaan.

Seorang penulis bebas, Nile Bowie yang menyumbang rencana untuk laman web Global Research yang berpangkalan di Montreal, Kanada, berkata walaupun penganjur perhimpunan, Datuk S Ambiga menegaskan tidak terikat dengan mana-mana parti politik, mereka disokong penuh oleh Anwar yang mempunyai hubungan rapat dengan pelbagai pertubuhan di Amerika.

Katanya, ada pertubuhan yang berpangkalan di AS membiayai kumpulan propembangkang di Russia serta Asia Barat dan Ambiga sendiri pernah mengakui menerima dana daripada National Democratic Institute (NDI) dan Open Society Institute (OSI), pertubuhan yang diketuai George Soros.
“Memetik rencana New York Times bertajuk Kumpulan AS memupuk benih kebangkitan Asia Barat, NDI mendapat dana daripada National Endowment for Democrasy (NED), sebuah pertubuhan yang mendapat dana daripada Kongres AS,” katanya dalam entri terbaru blognya.

NDI adalah NGO yang aktif memupuk pembaharuan demokrasi dan dipengerusikan bekas setiausaha negara AS, Madeline Albright.

Nile berkata, penganjur perhimpunan itu turut mendapat sokongan sebuah lagi pertubuhan yang berpangkalan di AS, Freedom House yang mendapat dana langsung daripada Kongres dan pada awal tahun ini mengeluarkan kenyataan mendesak Malaysia membenarkan perhimpunan aman.

“Meskipun desakan untuk mengatasi kelemahan sistem pilihan raya dan tuntutan lain oleh BERSIH mungkin ada justifikasi, kerjasama kumpulan itu dengan parti politik pembangkang serta kumpulan yang dibiayai AS menggambarkan ada maksud tersirat,” katanya.
Beliau turut memetik amaran Tun Dr Mahathir Mohamad yang menyatakan Barisan Nasional (BN) menjadi sasaran disebabkan pendirian keras kerajaan terhadap Israel dan kritikan terhadap dasar Amerika.

“Dr Mahathir turut mengecam Anwar yang mempunyai hubungan akrab dengan Paul Wolfowitz (bekas ketua Tabung Mata Wang Antarabangsa IMF), serta pemimpin lain daripada pertubuhan Project for the New American Ventury (PNAC),” katanya.

Dalam blognya itu, Nile turut memetik Dr William Robinson berhubung gerakan demokrasi menumbangkan kerajaan menerusi buku Promoting Polyarchy yang menyatakan AS membentuk pelbagai pertubuhan berbeza di seluruh dunia untuk menyusup ke dalam sistem politik negara lain bagi memenuhi agenda Washington.

“Ketika penganjur kelihatan tidak mempunyai kaitan dengan politik, kerjasama pemimpinnya dengan pembangkang jelas bertujuan mengerah peserta demonstrasi di bawah payung besar gerakan pilihan raya bebas dan adil,” katanya.- BH