Monday, May 28, 2012

Apa Tindakan Ahli PAS Setelah Fatwa Pemimpin PAS DiSahkan Sesat?


Jika UMNO yang menyatakan bahawa fatwa yang disebarkan PAS bahawa ‘undi PAS masuk syurga’ adalah sesat, maka PAS akan menuduh UMNO cemburu, jahil, sesat hatta kafir.

Justeru, kita ingin bertanya ahli-ahli PAS, apakah Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi juga cemburu, jahil, sesat atau kafir juga kerana menyatakan fatwa yang digunapakai PAS itu adalah bodoh, jahil dan sesat? Kenyataan ini dibuat beliau dalam wawancara dengan Mingguan Malaysia semalam.

Jawapan pemimpin-pemimpin PAS mengenai kenyataan Dr. Sulaiman ini sudah boleh dijangka iaitu “bahawa UMNO telah memberi penerangan yang tidak benar mengenai PAS kepada Sheikh Dr. Sulaiman sehingga menyebabkan beliau salah faham mengenai fatwa tersebut”.

Ahli-ahli PAS totok pun akan turut berkata yang sama sebagai mempertahankan diri mereka. Sebahagian ahli PAS yang lain pula iaitu yang mampu menggunakan sedikit akal fikiran, akan menafikan bahawa pemimpin mereka pernah berfatwa demikian sebaliknya UMNO yang sengaja mengada-ngadakannya.

Apa yang pasti, pemimpin dan ahli PAS akan melakukan apa sahaja untuk menyedapkan hati sendiri setelah menyedari yang mereka telah tersesat. Ego dan takbur akan menghalang mereka-mereka dari mengakui kesalahan, jauh sekali untuk kembali ke pangkal jalan.

Kenyataan Sh. Dr. Sulaiman ini amatlah dialu-alukan di ketika umat Islam di Malaysia berpecah-belah dan keliru akibat dari hasutan Ulama-ulama jahat akhir zaman. Namun, usaha untuk memperbetulkan kembali pemikiran umat yang telah dicelarukan ulama-ulama ini bukanlah mudah. Rata-rata umat Islam yang celaru itu enggan mengakui kecelaruan mereka kerana terpesong jauh oleh emosi benci dan dendam yang tidak berasas terhadap kerajaan.

Jika dulu, umat Islam di Malaysia dihasut oleh PAS untuk membenci kerajaan kerana tidak menggunapakai undang-undang Islam dan dianggap kafir, tetapi kini PAS masih terus membenci kerajaan walaupun mereka sendiri telah pun membuang negara Islam dari perjuangannya apabila bekerjasama dengan kafir harbi DAP dan pluralis PKR.

Lebih menyedihkan ialah apabila PAS bukanlah dominan dalam Pakatan Rakyat tetapi menjadi pak turut kepada DAP dan PKR. Maka, sedar tak sedar, PAS kini sebenarnya sedang membantu perjuangan pluralis PKR dan Kristian Evangelist DAP untuk bertapak di Malaysia secara mutlak melalui penguasaan politik.

Hakikat yang sukar untuk ditelan ialah kesesatan PAS bukan sedikit, tetapi sudah terlalu jauh dan terlalu dalam, berakar umbi sejak tahun 70an, menjadi barah yang semakin parah kepada ummah. Dalam hal ini, mungkin kerajaan juga berkongsi sedikit kesalahan kerana tidak mengharamkan saja PAS sejak dahulu.

Jika dulu, kesesatan PAS terlindung oleh imej ekstrem dan fanatik Islam, tetapi kini kesesatan PAS terserlah dengan duduk di belakang golongan liberal yang meletakkan hak asasi kebebasan mengatasi tuntutan agama. Bertitik-tolak dari itu, pemimpin-pemimpin mereka terpaksa mengeluarkan kenyataan bercanggah dan merapu semata-mata untuk menjustifikasikan kesepakatan mereka dengan golongan ini.

Walaupun kesesatan mereka kini jelas dan nyata, tetapi kerana fatwa ‘undi PAS masuk syurga’ telah berakar umbi sekian lama, maka ramai umat Melayu yang tetap kekal di dalam PAS semata-mata mengharapkan syurga mudah.

Syurga adalah nikmat, rahmat yang diberi kepada manusia yang berbuat kebaikan, yang berbudi kepada manusia lain dan alam semulajadi, yang suci hatinya serta ikhlas perbuatannya. Syurga adalah untuk manusia yang tahu bersyukur akan nikmat Allah kepadanya, yang menggunakan sebaiknya anggota, pancaindera dan akal kurniaan Allah untuk kebaikan diri sendiri, saudara-saudaranya, manusia sejagat dan alam sekitar. Syurga adalah untuk manusia yang mengamalkan ayat-ayat Allah untuk meneroka dan mencari ilmu dari seluruh kejadian alam dan cakerawala iaitu matlamat utama mereka dicipta.

Syurga bukan ditentukan oleh manusia, parti, undang-undang atau kerajaan. Syurga neraka adalah hak Allah S.W.T. Kerana itu, kita diberitahu tentang kisah bagaimana seorang pelacur boleh masuk syurga hanya kerana memberi makan seekor anjing serta bagaimana seorang Ulama boleh tergelincir ke neraka kerana riak.

Kita tidak faham bagaimana ahli-ahli PAS yang kononnya amat mementingkan agama tidak mampu memahami perkara asas dalam agama Islam iaitu tentang syurga neraka yang tidak boleh ditentukan oleh manusia. Kita tidak faham bagaimana begitu mudah sekali sebahagian dari kita untuk terpesong, terpedaya dan tertipu oleh serban, jubah dan kata-kata yang tidak masuk akal.

Inilah akibatnya jika gemar menolak penggunaan ‘akal’ dalam membincangkan soal agama. Sedangkan Allah S.W.T telah menegaskan bahawa ‘akal’ adalah kurniaan tertinggi yang diberikan kepada makhlukNya. Apa guna diberikan akal jika bukan untuk digunakan terutama dalam menghayati ajaranNya?

Sh. Dr. Sulaiman bukan orang UMNO, bukan orang politik dan bukan mewakili kerajaan Mesir atau mana-mana negara Arab. Beliau bercakap atas kapasiti seorang Ulama yang bertanggungjawab menyatakan kebenaran demi kebaikan ummah.

Maka, terpulanglah kepada ahli-ahli PAS untuk terjun bersama serban pemimpin mereka atau mendengar nasihat Sh. Dr. Sulaiman dan kembali ke pangkal jalan.

Scorpene's Commission: Opposition's Constant Lies To Rakyat


The scorpene issue that was raised by the opposition in 'the last minute' right before Tun Abdullah Ahmad Badawi's resignation was used as their last weapon to ensure that Dato’ Seri Najib would not be taken as the next Prime Minister. After failing to change the fate where Dato’ Seri Najib went up to be the next Prime Minister, this issue was then replayed by the opposition in hopes to shorten his service period.

As how we are all aware of, the opposition had used various disguises to attack BN, few of them include the Bar Council, Suhakam, Himpunan Hijau, Suaram and many others, with the objective of bringing down the government.

In the case of scorpene, they had used Suaram to launch an early attack on their behalf. In the beginning, Suaram filed a complain report on DCNS, a company that builds and sells submarines to third world countries including Malaysia in France court because they 'suspected' that there was curruption involved during the purchasing process of the submarine. The issue was said to have its connections with the murder of Altantuya Sharibuu, a Mongolian model who was later connected to a scandal with the Prime Minister.
Suaram's Coordinator, Cynthia Gabrie was reported to have said,"this case is specific to a commission in value of 114 million Euro that was given to a company, Perimekar.”

Like what was mentioned earlier, we are not certain that Suaram was acting for the opposition where they want to bring Dato’ Seri Najib down in any way possible.

But, what was done by them this time around is just too much where they accused the Prime Minister for being involved in a murder and they discussed the topic of the country's defense cost to the world.
The country's defense cost is something that is confidential where the details should not be discussed in open. Every government around the world should hide a few facts as a security measure for their respected countries. If this matter is discussed in open, it could lead the country to various risks.

The fact that the government did not hide from rakyat was that the cost of the contract for the sub was valued at EURO 1.084 billion.

From that amount, EURO 969.15 was paid to DCNS (France) and NAVANTIA (Spain) as the cost of procurement for two of Scorpene subs, Integrated Logistics Support (ILS) package and trainings for submarine staff.

The rest, EURO 114.96 million were paid in stages for six years to Perimekar Sdn Bhd as coordination and support service costs to the team of Kapal Selam TLDM project in Cherbourg, France and Cartagena, Spain and submarine instructors in Brest, France.

All of those were written in details in the contract that was signed in June 5, 2002.

Refering to the complain that was made by Suaram saying that,"this case is specific to a commission in value of 114 million Euro that was given to a company, Perimekar.” From there, the question here is, if EURO 114 million was the commission, did it mean that Perimekar was providing coordination and support service for free? This is because, the transaction document clearly showed that the payment that was involved with Perimekar was only EURO 114.96 million, no more, no less.

In a way, Perimekar was responsible to prepare services as such:
- to prepare accommodations for the families of 27 officers in France and Spain for the period of 6 years
- to prepare management offices and accommodations for TLDM crew ship members, 156 crews and 30 base coordinators in France and Spain for the period of 6 years
- Paying daily allowance and submarine crews' allowance worth of EURO50 daily for everyone for the first three years and EURO60 daily to each crews for the next three years.
- to cover the cost of flights for submarine crews to go back to Malaysia every four months.
- this company is also responsible to ensure the involvements of Malaysian companies in building and assisting companies to join offset programs.
- Assisting main contractor regarding government procedures in implementing the contract.
- Coordinating trainings between crews, contractors and the government.
- Preparing coordination reports and others.

So, we would like to ask once again, if it is true that EURO 114 million was used for commission, how can Perimekar cover all of those service costs?

The fact is, the EURO 114 million was not a commission but it was to pay for the service that was given by Perimekar. There is nothing odd about the payment.

The only weird part was the accusation that was made by Suaram and the opposition.

Their consistency in bringing Dato’ Seri Najib down that they even hired a writer who has a history of mental problems, Raja Petra Kamaruddin (RPK) for them to create stories about the involvement of the Prime Minister in the murder of Altantuya which was said to haev related to the purchase of the sub for the country, had began to raise various questions. From such talks, is it possible that the opposition themselves have anything to do with the murder?

With RPK admitting that he only created stories is enough to prove that other parts in his stories, such as the issue of Scorpene were lies.

That is why we would like to invite France or anyone to make an investigation to reveal the issue of Scorpene. It is not impossible that we might find something bigger than lies that were made by the opposition.

"Bukti Terbaik Adalah Video Rakaman,"? Biar Betul Nurul Izzah Ni....


"Bukti terbaik adalah video rakaman,".Ayat ini memang cukup menikam kalbu.Ia kurang menarik kalau Hamba Allah lain yang cakap.Sebaliknya ia layak masuk dalam buku kata-kata pujangga kerana ayat ini tidak lain tidak bukan muncul dari Nurul Izzah anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri.

Cuma Naib Presiden PKR dan Ahli Parlimen Lembah Pantai ini bercakap dalam kontek kekecohan yang berlaku semasa ceramah PKR dan UMNO yang jaraknya hampir satu sama lain di kawasan flet Pantai Permai di Lembah Pantai Khamis malam.

Dakwanya ada video untuk membuktikan provokasi  kejadian baling batu dan telor semasa ceramah yang menyaksikan Ummi Hafilda Ali berentap berceramah dengan Anwar dan Nurul di situ dimulakan oleh orang UMNO.

Ketua Pemuda UMNO Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan sebaliknya mendakwa kekecohan bermula bila Anwar dalam ceramahnya menyebut " UMNO sial".Katanya dalam kejadian itu ada juga orang disebelah ceramah UMNO yang cedera terkena balingan objek keras.



Bab sailng tuduh memuduh itu satu hal. Namun kenyataan Nurul Izzah yang bercakap tentang bukti dalam bentuk video itu telah mengundang reaksi dikalangan ramai pihak.

Agendadaily sendiri menerima banyak panggilan kalangan pembaca yang mempersoalkan ' kebijaksanaan' anak Anwar ini bercakap tentang soal video.

Kata mereka sebelum ini puak itu bukan main geli dengar tentang video.

Ini bila terkena batang hidung sendiri video terus dijadikan alat tempat bersandar untuk membuktikan kebenaran.

"Minta tolong cakap pada Nurul tolong tengok baik-baik video bapanya sedang bagi signal pada Azmin sebelum rempuhan ke Dataran Merdeka berlaku masa Bersih 3.0.Tanya samaada dia setuju tidak bapanyalah pencetus kekecohan itu ,"kata seorang pembaca dari Kampar,Perak.

Kata pembaca itu dari pemerhatian telitinya sudah cukup jelas siapa dalangnya.

Namun katanya  Anwar dengan wajah selamba menafikanya.

Seorang pembaca dari Seremban dengan nada cukup sinis meminta Nurul menilai pula video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan bapanya.

"Kalau nak bercakap tentang video kenalah berlaku adil...bagaimana dengan video itu.Orang politik kata fitnah memang senang apa lagi kes ini libatkan bapa sendiri,"katanya.

Pembaca itu kata jangan kata Nurul malah seluruh pimpinan pakatan pembangkang terus terkedu tidak berani meminta siasatan terbuka dibuat untuk memastikan secara muktamad kebenaranya.

"Kerja mereka cuma nafi dan nafi...sedangkan kami yang melihatnya sudah 99.9 peratus pasti siapa pelakonnya,"katanya.

Apa lagi,katanya dengaan adanya video CCTV Anwar dan Datuk Sharzly Eskay Abdullah sedang naik turun lif apartmen itu.

"Kenapa dalam bab itu Nurul tidak bertegas mahukan kebenaran...atau kata bukti terbaik adalah video rakaman,"dia bertanya.

Beberapa pembaca lain meminta Nurul tidak emosional dalam bab kejadian di Lembah Pantai itu sehingga polis selesai buat siasatan.

"Silap cakap nanti kain sendiri yang terselak...,"kata mereka.

Bagi mereka sikap double standard pembangkang ' sudah naik ke paras hidung' .

Kata mereka rakyat tahu membuat penilaian setelah memerhati segala gelagat mereka yang cakap bagai lidah bercabang ini.

Kata seorang lagi dalam bab video ini memang Nurul Izzah sudah silap langkah.

"Jangan nanti Datuk Seri Haji Hadi Awang tersinggung...bukankah beliau sudah keluar ' fatwa' video besi...tidak boleh dijadikan bukti," katanya. -Agendadaily