Friday, June 1, 2012

Al-Fatihah, Blogger D'perbatasan Kembali Ke Rahmatullah


Walaupun kita berbeza pendapat dan haluan parti... namun sebagai insan yang kerdil saya menyeru kepada para sahabat sekalian, marilah kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah Amir.

Sumber dari blogger PR, Sharpshooter menyatakan beliau dimaklumkan baru menerima mesej ringkas bahawa saudara Amir yang sudah seminggu terlantar di Wad ICU, Hospital Seberang Jaya baru sahaja menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Saudara Amir, 38 meninggalkan seorang isteri dan seorang anak. Semoga Allah cucuri Rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama orang beriman, Al-Fatihah.

Salam Perjuangan....

SPRM Buka Balik Fail Siasatan.... Azmin Patut Ucap Terima Kasih Kepada Rafizi


Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mungkin buat-buat bodoh ketika mempersoalkan keputusan Panel Penilaian Operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengarahkan agensi itu buka balik fail kes dakwaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali memiliki wang ringgit dan harta yang diluar kemampuannya.

Sebagai pemegang jawatan yang bertanggongjawab merangka segala bentuk strategi agar partinya menang dan terus menang...reaksinya itu bukanlah luarbiasa.Beliau tentu tahu akibatnya jika orang nombor dua parti itu sangkut dalam kes ini.

Sebab itu Rafizi dengan lancang mendakwa keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM.

Beliau dan bos-bos PKR lain mungkin boleh temberang orang kampong semasa ceramah-ceramah politik nanti kononnya kes ini dibuka semula kerana pilihanraya sudah hampir.

Besar kemungkinan mereka tidak akan terangkan apa itu Penal Penilian Operasi SPRM,siapa ahli penal itu dan bidang tugasnya.

Jika kita membuka laman web SPRM dibawah maklumat korprat dan bab Lembaga Penasihat/Jawatankuasa Penal segalanya tertera dengan jelas.

Dari situ kita akan mendapat maklumat bahawa penal ini dianggotai oleh lapan orang yang bukan pegawai SPRM sepenuh masa tetapi terdiri dari personaliti ' orang luar' yang ada kredibiliti dalam masyarakat.

Sembilan bidang tugas mereka digariskan ialah :

1. Menerima dan mendapatkan penjelasan berhubung perangkaan Kertas Siasatan yang dibuka oleh Suruhanjaya;

2. Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung Kertas Siasatan yang mana tempoh siasatan melebihi tempoh 12 bulan;

3. Menerima laporan daripada Suruhanjaya berhubung semua kes di mana Orang Yang Ditangkap yang dilepaskan dengan jaminan oleh Suruhanjaya melebihi 6 bulan;

4. Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung keputusan-keputusan Kertas Siasatan yang telah diperoleh dari Pendakwa Raya;

5. Menerima dan meneliti laporan daripada Suruhanjaya berhubung Kertas Siasatan yang dikemukakan kepada Pendakwa Raya dan tidak mendapat apa-apa keputusan selepas tempoh melebihi 6 bulan ke atas;

6. Memberi pendapat berhubung tindakan-tindakan ke atas kes-kes yang diputuskan untuk tidak dituduh;

7. Menasihati dan membantu Suruhanjaya ke arah keberkesanan operasi siasatan Suruhanjaya;

8. Meneliti, mengkaji dan memperakukan kepada Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah berhubung cadangan untuk meningkatkan keberkesanan operasi siasatan Suruhanjaya; dan

9. Mengemukakan laporan tahunan dan ulasan PPO kepada Y.A.B. Perdana Menteri berhubung dengan perjalanan operasi siasatan Suruhanjaya.

Selain Penal itu ada empat lagi Lembaga Penasihat dan Jawatankuasa yang bebas yang berfungsi memastikan ada check and balance dalam SPRM agar ia bergerak ikut landasan yang ditetapkan.

Maka dakwaan Rafizi itu secara langsung mempersoalkan kebijaksanaan Tan Sri Datuk Dr. Hadenan bin Abdul Jalil selaku Pengerusi dan tujuh anggota penal itu yakni Tan Sri Dato’ Cecil Abraham , Datuk Dr. Hamzah bin Kassim , Dato’ Zamani bin Abdul Ghani , Datin Aminah binti Pit Abdul Rahman , Profesor Dr. Syed Noh Syed Ahmad ,Tuan Nik Mohd Hasyudeen bin Yusoff dan Walter Sandosam .

Elok rasanya beliau perjelaskan kepada orangramai latar belakang mereka ini terlebih dahulu sebelum main sedap mulut mendakwa " keputusan SPRM membuka siasatan terhadap Azmin benar-benar mendedahkan wajah sebenar SPRM."

Rafizi juga perlu memberi taklimat tentang lembaga penasihat dan jawatankuasa penal SPRM yang lain.Begitu juga tentang keanggotaannya dan bidang tugas mereka agar ia jelas sejelasnya.

Hairan juga kenapa beliau tidak mempersoalkan keputusan penal penilaian itu tutup kes Ahli Dewan Undangan Negeri PKR Sri Muda Mat Suhaimi Shafiei dan Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Caves, Amirudin Shari, yang disiasat berhubung isu penyelewengan pasir di Selangor.

Sebaliknya beliau mengunakan ayat " sungguhpun rata-rata rakyat Malaysia sudah menjangkakan bahawa SPRM akan melepaskan ( Datuk Seri) Shahrizat (Jalil) dari tuduhan rasuah bersabit NFC".

Bijak...memang bijak beliau mengatur ayat politik itu.Kalau tidak putarnya begitu beliau wajar dibuang kerja sebagai Pengarah Strategi PKR.

Rafizi mungkin rasa dirinya kini sudah naik taraf sebagai crimebuster bila berjaya bongkar kes NFC dan Shahrizat terpelanting dari jawatan Menteri.

Sebagai parti yang kononnya mendabik dada menagungkan ketelusan,anti-rasuah dan segalanya yang baik-baik di muka bumi ini beliau sepatutnya mengambil sikap berlapang dada dan membiarkan siasatan keatas Azmin berjalan mengikut proses.

Sekurang-kurangnya ia akan dapat menghakis sikit kebaculan PKR selama ini untuk meminta siasatan terbuka terhadap isu dakwaan video seks 99.9 peratus tulin yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kalau nak kira takut apa...ini kerana kredibiliti mahkamah Malaysia sudah terbukti dengan pembebasan Anwar dari kes liwat Saiful Bukhari Azlan semata-mata atas faktor teknikal sahaja.

Isu dakwaan mengenai pemilikan wang ringgit dan harta Azmin bukan sesuatu yang baru.

Selain kalangan bekas aktivis PKR yang mendakwa tahu banyak tentang itu,adik Azmin, Ummi Hafilda sudah berbuih mulut bercakap mengenai 'kekayaan luar biasa' abang dan kakak iparnya Shamsidar Taharin.

Terbaru Rabu,beliau memberi sidang akhbar lengkap dengan resit pembelian saham segala macam.

Siapa yang tidak hairan kalau seseorang yang berjawatan Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri bergaji rasmi sekitar RM3,000 sebulan boleh ada kekayaan sekitar RM30 juta.

Resit dan bukti yang ditunjuk oleh Umni Hafilda itu sudah cukup untuk mencetuskan kecurigaan tentang pemilikan wang ringgit dan harta Azmin yang didakwa jauh dari kemampuan sebagai pegawai bergaji sebanyak itu.

Sekarang siapa yang nak jawab ?

Rafizi adalah seorang akauntan bertauliah.Mungkin beliau boleh bantu susun atur akaun peribadi Azmin agar dakwaan pemilikan RM30 juta itu selari dengan pendapatannya.

Sebelum SPRM bertanya,elok sangat beliau terlebih dahulu korek dari Azmin dari mana beliau dapat duit sebanyak itu untuk membeli saham atas nama dirinya dan atas nama Shamsidar.

Jika dalam kes NFC beliau berani langgar BAFIA,yakin peraturan yang ditetapkan oleh Bank Negara dalam soal kerahsiaan akaun bank...maka beliau tidak perlu bimbang untuk selongkar akaun bank Azmin pula.

Mana tahu kalau-kalau beliau boleh cari jalan ' bersihkannya'.

Azmin sendiri elok sangat berpegang kepada cogan kata berani kena benar...takut kerana salah.

Ada pemerhati yang kata beliau sepatutnya buat kenduri kesyukuran kerana SPRM akan buka balik fail kesnya.

Sekurang-kurangnya once and for all satu kepastian muktamad dapat dibuat keatas dakwaan yang sudah lama berlegar ini.

Jika ditakdirnya SPRM nanti dapati kes dakwaan ini tidak boleh jalan atau beliau dibebaskan oleh mahkamah jika kes dibicarakkan,sekurang-kurangnya adiknya Ummi Hafilda tidak boleh lagi menghantui hidupnya seperti sekarang.

Kenyataan bahawa BPR yakni nama SRM dulu sudah tutup kesnya tidak boleh dijadikan kata pemutus dirinya sudah OK.

Bukankah sudah ada peraturan dalam mana-mana kes jika ada bukti baru muncul,ia boleh dibuka semula.

Azmin juga perlu tahu feedback bahawa semakin ramai melihat penafian kosong baik beliau maupun Anwar sebagai ' bahan lawak'.

Sebabnya terbentang di depan mata.Sukar untuk menyalahkan mereka yang merasa begitu lebih-lebih lagi setelah melihat bagaimana keduanya main selamba menafikan video yang baru-baru ini terang-terang tunjuk mereka saling signal sebelum rempuhan ke Dataran Merdeka waktu demo Bersih 3.0.

Kalau sudah terang lagi bersuluh begitu boleh nafi...apa lagi yang boleh menghairankan.

Kedua mereka kini seolah hidup diawang-awangnya sentiasa merasakan orang tidak akan percaya langsung apasekalipun dakwaan terhadap mereka.

Ini belum lagi masuk bab video seks Anwar dan CCTV beliau naik turun lif apartmen lokasi aksi itu.

Tolak sebelah penyokong taksub dan rakan parti pakatan yang sengaja mahu butakan mata dan pekakkan telinga...mereka harus terima hakikat ramai lagi dikalangan 28 juta penduduk negara ini yang celik dan ada akal.

Tindakan mengejut seorang peserta Bersih 3.0 yang sergah Anwar dalam sidang akhbar di pejabat PKR sehari selepas perhimpunan yang kecoh itu adalah bukti rasa muak itu.

Itu baru satu suara yang berani tampil secara berdepan dengannya.Mereka lain yang senyap tidak semestinya tidak menyimpan perasaan sama merasa ' kena main' dengan tindak tanduk mereka hijack perhimpunan itu untuk cetuskan kekecohan.

Azmin tentu tahu kata-kata Inggeris yang berbunyi : you can fool some people sometime...buat you cannot fool all the people all the time. -Agendadaily

Himpunan 100K PAS: Penentu Arah Tuju PAS dan Nasib Azizan


Hari ini, 1 Jun 2012, PAS dijadualkan mengadakan Himpunan 100,000 di Alor Setar, Kedah bermula pada jam 4.30 petang sehingga ke malam. Antara aturcara yang diwar-warkan di internet ialah kemunculan penyanyi Aisyah dan pelawak Bob Lokman.

Mulanya program ini disebut sebagai Himpunan Raksaksa, tetapi kemudiannya ditukar kepada Himpunan 100K PAS, pastinya setelah mereka kembali berpijak di bumi nyata dan menyedari bahawa percubaan menyaingi perhimpunan raksaksa ulangtahun ke-66 UMNO baru-baru ini adalah mustahil sama sekali. Justeru, bagi mengelak malu, adalah lebih baik nama Himpunan ini ditukar sejak awal.

Kebimbangan PAS sekiranya jumlah hadirin tidak menepati sasaran sememangnya berasas. Ini kerana, program-program anjuran pakatan pembangkang akhir-akhir ini mengalami kemerosotan yang agak drastik dari segi jumlah hadirin. Malah pemimpin ‘selebriti’ mereka seperti Anwar atau Mat Sabu juga gagal mengumpan hadirin.

Ditambah dengan pendedahan yang bertali arus mengenai salahlaku pemimpin mereka, pembangkang benar-benar tertekan sehingga memaksa ‘Ulama-ulama’ mereka mengeluarkan berbagai-bagai jenis fatwa sesat bagi menghalalkan atau menutup perbuatan tersebut. Fatwa-fatwa sesat yang diharapkan dapat menyelamatkan mereka, nampaknya memakan diri sendiri apabila ia disangkal oleh Ulama-ulama tersohor termasuk Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram.

Semua ini membuatkan moral penyokong-penyokong mereka jatuh dan tidak kurang juga yang mula menyimpan niat untuk tidak lagi menyokong PAS atau pembangkang dalam PRU yang akan datang.

Justeru, Himpunan 100K ini diharapkan dapat menyuntik semangat baru untuk menghadapi pilihanraya ini. Sama ada jumlah tersebut mampu dicapai, tidak dapat dipastikan. Stadium Darul Aman mempunyai kapasiti penonton berjumlah 32,387 dengan semuanya berkerusi. Ini bermakna ramai yang akan terpaksa duduk di lantai dan di tengah padang jika benar yang hadir ialah 100,000 orang.

Setakat artikel ini ditulis, kelihatan 4 – 5 buah bas di hadapan Masjid Zahir, Alor Setar. Beberapa masjid dan surau di sekitar bandar Alor Setar juga dilihat menerima ‘tetamu’ dalam jumlah satu-dua biji bas, yang mungkin berehat atau bermalam di situ semalam semata-mata untuk menghadiri himpunan ini.

PAS telah menyebarkan risalah perhimpunan ini jauh lebih awal. Masjid-masjid dan surau-surau juga rancak mempromosi program ini sejak ia mula diumumkan.

Pada 12 Mei lalu, ketika Himpunan Jentera Pilihan Raya PAS Kedah, Dato’ Seri Azizan Razak, Menteri Besar Kedah berkata, “Stadium kita punya, saya Pengerusi takut apa. Dulu kita buat ceramah belakang rumah kat kampung kita, depa halau macam samseng. Sekarang kita pegang.”

Menurut Azizan, UMNO sekarang yang dalam keadaan bimbang untuk mengadakan Pilihanraya.

Kita faham bahawa kenyataan Azizan di atas adalah kenyataan politik yang bertujuan untuk menaikkan semangat penyokong yang semakin ‘cuak’ dengan perkembangan poolitik akhir-akhir ini. Hakikatnya, Azizan tersangat ‘cuak’ dan begitu juga pemimpin PAS secara keseluruhannya. Jika tidak kerana bimbang atau ‘cuak’, tidak mungkin Hadi Awang akan mengambil keputusan untuk tidak bertanding dalam pilihanraya kali ini. Desas-desus dari dalam PAS juga kedengaran bahawa Azizan juga belum tentu akan bertanding lagi kali ini.

Hanya penyokong-penyokong yang sama bingung dengan Nik Aziz sahaja yang masih bermimpi konon PAS mampu ke Putrajaya dan duduk sama tinggi dengan Anwar ataupun Kit Siang.

PAS melihat Himpunan 100K ini sebagai kayu-ukur kekuatan parti amnya, dan Azizan khasnya, dalam menghadapi PRU yang akan datang. Dengan isu-isu Negara Islam, Hudud dan Perdana Menteri bukan Melayu masih menjadi tanda-tanya, maka himpunan ini diharap dapat memberi jawapan kepada ke mana arah tuju PAS dalam Pakatan Rakyat.

Jika Himpunan ini gagal mencapai sasaran maka beberapa langkah drastik perlu dilakukan oleh PAS bagi menarik kembali sokongan rakyat terhadap mereka. Antara langkah tersebut juga mungkin termasuk pengunduran Azizan.

Justeru, Himpunan ini bukan sahaja menjadi penentu arah tuju PAS tetapi juga Azizan.