Gara-gara ingin terus ‘bersekedudukan’ dengan DAP, yang telah difatwakan haram oleh para Mufti dan juga Ulama-ulama pondok, maka PAS hari ini menafikan bahawa DAP adalah kafir harbi.
Alasan yang diberi oleh PAS ialah selagi tiada Negara Islam yang sebenar maka tidak mungkin wujud golongan kafir harbi. Kenyataan ini dibuat oleh Dato’ Dr. Haron Din dan disiarkan di dalam Harakah, serta pantas dipetik oleh blog-blog dan laman web pro-pembangkang. Dengan pantas juga Lim Kit Siang membuat kenyataan menyokong kenyataan PAS tersebut bahawa dirinya bukan kafir harbi.
Jika kafir harbi tidak wujud kerana tiada Negara Islam sebenar mengikut kaca mata PAS, maka mana mungkin Negara Islam PAS itu wujud selagi ada kafir harbi yang menghalangnya? Dan PAS pula yang membantu mereka?
Kenyataan Haron Din tersebut bolehlah diumpama masalah telur dengan ayam - yang mana dulu yang mana kemudian?
Kafir harbi mengikut istilah mudah adalah golongan kafir yang memerangi Islam.
Adalah tidak mungkin Lim Kit Siang akan mengaku yang dirinya memerangi atau membenci Islam. Tentulah beliau bukan ahli politik yang berjaya jika beliau mengaku terang-terangan bahawa beliau membenci Islam dan orang Islam.
Namun, kebencian Kit Siang terhadap Islam dan orang Islam (Melayu) telah terakam dalam sejarah. Malah tidak salah rasanya jika kita memberi gelaran kepada beliau sebagai Bapa Perkauman Malaysia. Telah tercatat kemas dalam laporan Mageran mengenai tragedi 13 Mei 1969 tentang bagaimana Kit Siang menyemarakkan api perkauman melalui kempen DAP dalam pilihanraya yang diadakan pada 10 Mei 1969.
Akibat kempen yang berapi-api membenci Melayu di samping meniupkan semangat keangkuhan Cina DAP yang akhirnya membawa kepada perarakan besar-besaran kaum Cina ke kawasan Melayu, yang mana melanggar permit yang dikeluarkan kepada mereka, maka berlakulah pertumpahan darah. Dalam perarakan tersebut slogan yang dibawa DAP ialah: ‘Malai Si’. atau “Mati Melayu”. “Apa polis boleh buat, kita Raja. Buang sama polis Melayu”. “Mati Melayu, sakai pergi masuk hutan”. “KL sekarang Cina punya”.“Melayu balik kampung, melayu sekarang tiada kuasa. Sekarang kita Cina sudah control.”“Melayu keluar…! Apa lagi duduk sini, kita hentam lu.., sekarang kita sudah ada kuasa…”.“…..semua Melayu kasi habis, kasi halau semua polis.” “Apa ini Melayu, kita sudah perintah dia negeri, ini negeri bukan melayu punya, mata-mata lancau….!” “Butuh Melayu, Malai si, pergi mati Melayu…”
Jika kata-kata di atas bukan membawa makna membenci dan memerangi Melayu Islam, maka apakah ia?
Jelas, agenda DAP tidak pernah berubah dari dulu sehingga kini iaitu ingin menghalau Melayu.
Dan ini telah pun terbukti sejurus selepas mereka menguasai Pulau Pinang di mana kaum Melayu dihalau dengan cara tersusun dengan merobohkan kampung-kampung mereka serta membina kediaman kos tinggi dan mewah agar menyukarkan kaum Melayu memilikinya. DAP juga berusaha untuk merancang untuk membina cawangan Universiti Nanyang di Pulau Pinang sekali gus menambah bilangan kaum Cina dan menyekat pendudukan kaum Melayu di tengah-tengah bandar itu.
DAP turut menunjukkan kebencian mereka terhadap Melayu dengan menerapkan kebencian terhadap kakitangan kerajaan serta pihak berkuasa seperti polis dan SPRM semata-mata kerana institusi tersebut dipegang oleh Melayu. Jika kita layari laman-laman sosial penyokong DAP, kita akan dapati ramai di antara mereka secara terang-terangan meluahkan kebencian terhadap Institusi Raja serta mempertikai pemakaian nama ‘DiRaja’ bagi pasukan keselamatan negara.
Suatu ketika, DAP juga telah enggan memakai pakaian adat di dalam Dewan atas alasan ia bercirikan Melayu dan Islam.
Pendek kata, sikap DAP yang memerangi Melayu Islam begitu nyata, terang lagi bersuluh.
Hanya PAS sahaja yang menafikannya. Bukan sahaja menafi, malah membela dan sanggup menjadi anjing kurap meniarap tengah jalan menentang Raja-raja Melayu bagi pihak DAP. Lebih dahsyat lagi, PAS juga mengiakan sahaja bila DAP ingin menyebarkan dakwah Kristian kepada orang Melayu melalui Injil berbahasa Melayu dan penggunaan nama Allah S.W.T. di dalam risalah dakwah mereka.
Jika DAP bukan kafir harbi, maka apakah mereka?
Apakah hanya apabila DAP mengangkat senjata memerangi kita sepertimana yang berlaku di Rohingya maka barulah DAP menjadi kafir harbi? Namun, ini juga tidak tepat jika mengikut huraian Haron Din kerana Rohingya bukan Negara Islam sebenar maka tiadalah istilah kafir harbi bagi mereka juga.
PAS nampaknya masih ketinggalan di zaman jahiliah sedangkan DAP dan dunia keseluruhannya telah melangkah ke era teknologi nano. Dalam kesibukan PAS mengira helaian rambut wanita yang terdedah serta mencongak dosa pahala mereka, PAS tidak sedar bahawa untuk memerangi Umat Islam di zaman ini tidak semestinya menggunakan senjata api. Selalunya, senjata api adalah pilihan atau jalan terakhir setelah umpan mengena, umat Islam terpedaya, menjadi benar-benar lemah lalu penghapusan etnik pun dilakukan.
Apatah lagi di Malaysia, di mana kekuatan tentera dan polis masih berada di tangan umat Islam, iaitu UMNO justeru, mana mungkin DAP memerangi umat Islam dengan menggunakan senjata.
Oleh itu, satu-satunya cara DAP untuk mengalahkan umat Islam adalah dengan mempergunakan umat Islam itu sendiri iaitu PAS untuk menghancurkan sesama sendiri (UMNO). Nampaknya, tidak sukar bagi DAP untuk melakukannya, kerana PAS benar-benar rela dan ‘redha’ menjadi anjing kurap kepada mereka.
Negara Malaysia adalah Negara Islam. Malaysia meletakkan Islam di tempat tertinggi dan mempertahankannya melalui Institusi Raja-raja. Kepimpinan serta pihak berkuasa di Malaysia juga dipegang oleh orang Islam. Malaysia menjadi negara Islam contoh kepada negara Islam lain kerana ia satu-satunya negara Islam yang aman, makmur dan maju serta lantang dan berkemampuan untuk membantu nasib umat Islam negara lain yang tertindas atau ditimpa bencana.
Dan inilah yang menjadi punca DAP tidak senang dan ingin mengambil-alih negara ini. DAP ingin merendahkan Islam atau sekurang-kurangnya meletakkannya setaraf dengan agama-agama lain. DAP tidak senang selagi umat Islam berhak melaungkan azan di subuh hari dan mengganggu mereka tidur. DAP tidak senang selagi arak dan babi tidak boleh dijual dan diratah sebebas-bebasnya di negara ini.
DAP tidak senang selagi agama rasmi Malaysia adalah Islam dan pemerintahnya juga orang Islam.
Dengan menafikan bahawa DAP adalah kafir harbi dan berdegil ingin terus memeluk dan meruntun tangan DAP ke Putrajaya, maka PAS dengan sendirinya telah meletakkan parti mereka sebagai musuh Islam. Jika undi DAP haram, maka undi PAS juga adalah haram.
Kerana PAS dan DAP kini telah bersatu dari segi roh dan juga jasad walaupun bukan dari segi kata-kata.