Tuesday, February 26, 2013
Haron Din Didesak Bersumpah Tidak Tolak Anwar Sebagai PM
Laman portal Suara Pakatan Rakyat yang mewakili suara Pakatan Pembangkang mendesak Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din bersumpah untuk membuktikan dirinya tidak pernah menolak Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri ke-7.
“Ini berdasarkan dokumen sulit yang diperolehi suarapakatanrakyat.com yang menunjukkan ketika keputusan itu dibuat, Nik Aziz tidak hadir di dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalannya, Datuk Harun Din.
“Antara lain, dokumen tersebut turut mendedahkan arahan dari Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang kepada media rasmi parti tersebut Harakah yang melarang soal perlantikan Anwar sebagai Perdana Menteri dibincangkan di dalam akhbar dwi-mingguan itu.
“Suarapakatanrakyat.com dengan ini mendesak Harun Din supaya ‘keluar dari pertapaannya’ dan bersumpah tidak akan menolak pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang dalam pilihanraya akan datang,” desak laman itu.
Baru-baru ini, Majlis Syura Ulama Pas dilaporkan menolak pencalonan Anwar Ibrahim sebagai PM, namun dinafikan oleh Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat.
“Sumpah ini walaupun tidak mempunyai kepentingan undang-undang, tapi boleh memberi kesan sedikit sebanyak kepada penyokong PAS, terutama yang terlibat mengadakan demonstrasi membantah DAP dan PKR berikutan keputusan Pakatan Rakyat membenarkan kalimah Allah digunakan di dalam Bible berbahasa Melayu.
“Dengan sumpah ini juga, mampu menangkis tohmah dan fitnah yang dilemparkan penyokong UMNO/BN bahawa PAS menolak kepimpinan Anwar, dalam Pakatan Rakyat termasuk menyokong perlantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia.
“Perkara ini (sumpah) perlu dilakukan dengan segera bagi mengelakkan jurang perpecahan yang lebih melebar di kalangan penyokong Pakatan Rakyat, terutama antara penyokong PAS dan PKR, termasuk penyokong PAS dan penyokong PAS sendiri,” desaknya lagi.
Laman itu turut mendakwa majoriti pimpinan Pas tidak menolak pencalonan Anwar sebagai PM, cuma ia datang dari segelintir pemimpin Majlis Syura Pas, di mana Haron Din salah seorang daripadanya.
Sumber Asal AIDC
Video Najib Razak: PM With Youth
BN pilihan Orang Muda bukan hanya sekadar slogan sebaliknya adalah satu hakikat dan realiti yang menunjukkan sokongan golongan berkenaan terhadap Barisan Nasional.
Slogan yang diucapkan itu perlu direalisasikan, tanpa pendekatan serta program yang sesuai, jika tidak slogan itu tidak akan membawa makna dalam usaha untuk mendekati golongan berkenaan.
Bukan macam Pakatan haram hanya pandai tabur janji... tapi tak mampu melaksanakan janji-janji manis mereka...
Video URL: http://youtu.be/cjaanSp3eMg
Manifesto Pakatan Abaikan OKU - Aktivis
Pengerusi Mobiliti Massa OKU Bangkit, Mohd Rosli Ibrahim kesal dengan tindakan Pakatan Rakyat yang mengabaikan golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) dalam manifesto yang diumumkan semalam.
Kata beliau, manifesto tersebut sepatutnya menyenaraikan rancangan pembangunan bagi menjaga kepentingan golongan tersebut.
"Sebenarnya saya kesal dengan apa yang ada dalam manifesto Pakatan Rakyat. Dalam manifesto, apa yang kita harapkan ialah satu klausa mengenai pembangunan OKU secara menyeluruh.
"Kita OKU Bangkit dah sertai Himpunan Kebangkitan Rakyat, mengadakan pertemuan dengan ahli Parlimen. Kenapa dalam manifesto Pakatan Rakyat tak ada (sebut tentang OKU). Pelik.
"Saya rasa ahli politik ini tidak melihat isu OKU ini isu besar. Kenapa tiba-tiba abaikan? Kami rasa terhina. Sebenarnya mereka ini hanya berfikir tentang kepentingan politik dan masih dalam paradigma duit. Sama seperti BN," katanya ketika dipetik daripada portal Malaysiakini.
Mengulas lanjut beliau berkata tindakan PR itu bakal menyaksikan kehilangan sokongan daripada golongan tersebut.
"Mereka tidak lihat bahawa golongan OKU ini sebagi satu konsep pembangunan insan. Itu masalahnya. Saya nak cakap bahawa, Pakatan Rakyat akan kehilangan doa daripada golongan OKU pada pilihan raya umum akan datang," katanya.
Sementara itu, aktivis yang juga merupakan seorang kartunis popular, Mohd Affandi Ramli pula berkata, manifesto Pakatan sepatutnya menggariskan pusat latihan percuma untuk golongan OKU.
Namun, Pakatan mungkin tidak berminat dengan perkara seperti itu, katanya.
"Kalau kita lihat manifesto itu banyak sentuh tentang kebajikan rakyat, tetapi kenapa tak ada tentang keperluan untuk OKU. Golongan OKU sangat memerlukannya bukan sekadar penerimaan bantuan subsidi tetapi beri peluang yang sama rata.
"Kalau boleh adakan sekolah khas serta pusat latihan percuma. Ini kita pernah usulkan tetapi saya rasa mereka tak berminat. Sebenarnya ramai golongan OKU yang berpotensi ini telah dibunuh oleh pemerintah khususnya OKU yang terlantar yang meninggal dunia dalam keadaan menyedihkan," katanya.
Tambah beliau lagi, satu dialog anjuran OKU Bangkit bersama Pakatan Rakyat di Dewan Himpunan Cina Selangor Kuala Lumpur pada 3 Mac akan diadakan bagi membincangkan tuntutan daripada golongan berkenaan.
"Jemputan dah beri. Jadi kita tunggulah sahajalah siapa yang akan hadir nanti," katanya lagi.
AntaraPos
Subscribe to:
Comments (Atom)


.jpg)