Thursday, April 18, 2013

#PRU13 Panas DAP Gugurkan Ronnie, Teresa Dari Senarai DUN


Exco Selangor Ronnie Liu telah digugurkan dari senarai calon DAP pada pilihan raya umum kali ini.

Manakala Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok disahkan tidak akan mempertahankan kerusi DUN Kinrara sebaliknya hanya diletakkan sebagai calon di kerusi parlimen Seputeh.

Ronnie yang merupakan penyandang wakil rakyat DUN Pandamaran dipertanggungjawabkan untuk memegang portfolio Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Selangor.

DAP turut menyenaraikan pengarah strateginya Ong Kian Ming untuk kerusi parlimen Serdang, menggantikan penyandang Teo Nie Ching yang dipilih untuk bertanding di kerusi Pulai, Johor.

Penyandang kerusi DUN Sungai Pinang Teng Chang Khim pula akan mempertahankan kerusinya.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang ditanya mengenai keputusan tidak mencalonkan Teresa di kerusi negeri berkata, ia adalah atas permintaan Exco Selangor itu sendiri.

"Keputusan ini berdasarkan input dan pendatangan dari pelbagai pihak, jadi saya rasa kita biarkan sebegitu," kata beliau yang turut mengumumkan 19 senarai DAP Selangor.

Sepuluh daripada 15 calon DAP di kerusi negeri adalah muka baru.

Sementara itu bagi Melaka, penyandang kerusi DUN Kota Laksamana Betty Chew yang mengumumkan untuk tidak bertanding, akan digantikan dengan ADUN veteran tahun 90an, Lai Keun Ban.

Manakala kerusi parlimen Sarawak 13 senarai calon.

Berikut adalah senarai calon DAP Selangor:

PARLIMEN

1. Serdang – Ong Kian Ming

2. Puchong – Gobind Singh Deo

3. Petaling Jaya Utara – Tony Pua

4. Klang – Charles Santiago

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

1. Sekinchan – Ng Suee Lim

2. Kuala Kubu Bahru – Lee Kee Hiong

3. Teratai – Tiew Way Keng

4. Kinrara – Ng Sze Han

5. Kampung Tunku – Lau Weng San

6. Damansara Utama – Yeo Bee Yin

7. Balakong – Ng Tien Chee

8. Sri Kembangan – Ean Yong Hian Wah

9. Subang Jaya – Hannah Yeoh Tseow Suan

10.Bukit Gasing – Rajiv Rishyakaran

11.Sungai Pinang – Teng Chang Khim

12.Pandamaran – Tan Pok Shyong

13.Kota Alam Shah – Ganabatirau Veraman

14.Teluk Datuk – Loh Chee Heng

15.Sungai Pelek – Lai Nyuk Lan

Berikut adalah senarai calon DAP Melaka:

PARLIMEN

1. Alor Gajah - Yeo Shen Li

2. Kota Melaka - Sim Tong Him

DEWAN UNDANGAN NEGERI (DUN)

1. Kelebang - Liou Chen Kuang

2. Bachang - Lim Jak Wong

3. Ayer Keroh - Khoo Poay Tiong

4. Kesidang - Chin Choong Seong

5. Kota Laksamana - Lai Keun Ban

6. Duyong - Goh Leong San

7. Bandar Hilir - Tey Kok Kiew

8. Bemban - Gandhi A/L Nalliah

Berikut adalah senarai calon DAP Sarawak:

PARLIMEN

1. Mas Gading - Mordi Anak Bimol

2. Bandar Kuching - Chong Chieng Jen

3. Stampin - Julian Tan Kok Ping

4. Serian - Edward Anak Luwak @ Edward Luwak

5. Sri Aman - Leon Jimat Donald

6. Sarikei - Wong Ling Biu

7. Lanang - Alice Lau Kiong Yieng

8. Sibu - Oscar Ling Chai Yew

9. Bintulu - John Brian Anthony Anank Jeremy Guang

10. Mukah - Hai bin Merawin @Bonaventure

11. Kapit - Ramli Anak Malaka

12. Miri - Lim Su Kien

13. Lawas - Baru Langub

#PRU13 Agih Kerusi Azmin Akui PKR Hadapi Masalah


Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mengakui proses pengagihan kerusi bukan perkara mudah, sehari selepas beliau dikatakan 'bertelingkah' dengan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita menerima semua pandangan dan akhirnya berdasarkan konsesus kita buat keputusan.

"Saya tidak kata proses ini mudah semenjak dua tiga bulan ini memang prosesnya agak rancak. Tetapi bagi saya yang penting Keadilan dan Pakatan bersedia berbincang dengan semua pihak," katanya semasa majlis penyerahan watikah perlantikan calon PKR di Hotel Empire, Subang.

Antarapos semalam melaporkan PKR semakin bergelut dengan krisis pengagihan kerusi sehingga mencetuskan pertikaian terbuka antara Azmin dan Anwar.

Azmin yang mengetuai Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat (JPRP) dikatakan menukar senarai nama calon yang dihantar Majlis Pimpinan Negeri (MPN) tanpa sebarang perbincangan.

Tindakan Azmin itu mencetuskan kemarahan dikalangan pemimpin akar umbi sehingga ada yang mengugut untuk keluar parti.

Menurut sumber parti, Anwar 'cukup marah' dengan tindakan Azmin itu yang jelas akan memberi kesan negatif kepada PKR, menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei depan.

Sumber itu turut memberitahu, tindakan Azmin mengubah senarai nama itu dipercayai ada kaitan dengan agenda pemilihan PKR yang akan datang.

Pertikaian agihan kerusi itu dilihat semakin jelas apabila Anwar beberapa kali gagal hadir pada ceramah perdana Pakatan Rakyat, kerana terpaksa mempengerusikan mesyuarat tergempar di ibu pejabat PKR, di Petaling Jaya.

Difahamkan, beberapa orang pimpinan PKR negeri turun ke ibu pejabat PKR untuk berbincang mengenai agihan kerusi milik parti itu.

Selasa lalu, beliau terpaksa membatalkan ceramahnya di Segamat dan semalam beliau meminta maaf kerana tidak dapat hadir ke ceramah di Putrajaya, atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Beliau melalui laman Facebooknya berkata "Maaf tidak dapat hadir program di Desa Pinggiran Putra dab Telok Panglima Garang. Ada urusan penting di pejabat yang perlu diselesaikan".

Anwar ketika menghadiri program anjuran BERSIH lewat petang semalam dilaporkan berkata dirinya paling malang kerana dilanda pelbagai masalah ketika pilihan raya berbaki hanya 16 hari sahaja lagi.

"Hari ini (semalam) adalah hari yang paling malang kepada saya kerana banyak masalah," ujarnya.

#PRU13 Empat Bekas Anggota DAP Umum Bertanding Sebagai Calon Bebas Di N.Sembilan


SEREMBAN, 18 April - Empat bekas anggota parti DAP termasuk penyandang kerusi Parlimen Seremban John Fernandez hari ini mengumumkan untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya umum ke-13, 5 Mei ini.

Fernandez berkata beliau akan mempertahankan kerusi Parlimen Seremban, yang dimenangi beliau pada PRU lalu selepas menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Yu Chok Tow dengan majoriti 3,948 undi.

“Saya akan bertanding di kerusi Parlimen Seremban di mana saya telah berkhidmat sejak lima tahun lalu dan saya juga ingin mengumumkan bahawa saya telah keluar dari DAP berkuat kuasa semalam,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Katanya, tiga lagi bekas anggota DAP yang mengumumkan keluar parti itu baru-baru ini akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Mereka adalah bekas Pengerusi DAP cawangan Taman Bukit Emas S. Vijayan yang akan bertanding di DUN Bukit Kepayang, bekas Naib Pengerusi DAP cawangan Nilai Perdana S. Rajasheger (Nilai) dan anggota DAP Rantau R. Sasikumar (Temiang).

Fernandez berkata, tindakan keluar parti dan bertanding sebagai calon bebas itu diambil kerana merasakan DAP tidak lagi parti berbilang kaum dan meminggirkan kaum India apabila ramai pemimpin India dalam parti itu tidak dinamakan sebagai calon untuk PRU ini.

Katanya, ia juga bagi memberi tekanan terhadap DAP yang menguasai kerusi Parlimen Seremban dan beberapa DUN di bawahnya dan berharap pengundi dapat memilih pemimpin yang tepat.

Parlimen Seremban mempunyai enam DUN dan pada PRU lalu, DAP memenangi tiga daripadanya iaitu Nilai, Lobak dan Temiang sementara PKR dua (Sikamat dan Ampangan), manakala BN hanya memiliki Lenggeng.

Turut bersama Fernandez dan rakan-rakannya untuk bertanding sebagai calon bebas di negeri ini ialah dua lagi iaitu peguam S. Karthigesan yang akan bertanding di kerusi DUN Senawang dan ahli perniagaan S. Daniel di Port Dickson.

Kesemua mereka telah mengambil dan mengisi borang pencalonan untuk PRU13 hari ini.