Saturday, September 14, 2013

Kamarol tawar diri tanding Exco Pemuda


Hari ini abang brader aku tawar diri untuk bertanding exco pemuda, jadi aku menyeru rakan-rakan sekalian marilah kita bersama-sama memberi sokongan padu kepada abang brader!

Pegawai Khas kepada Menteri Belia dan Sukan, Kamarol Salleh, 39, menawarkan diri bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO dalam pemilihan parti Oktober ini sekali gus menjadi satu-satunya wakil tunggal dari Kedah bertanding jawatan itu.

Beliau yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena berkata, kelebihan bekerja bersama Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dalam kerajaan memberi kelebihan kepadanya meneruskan visi serta misi transformasi terutama kepada golongan belia.

"Golongan belia merupakan tonggak utama kepada kelangsungan pentadbiran negara untuk masa hadapan. Mereka yang akan menjadi pengganti kepada pemimpin sekarang dalam membawa negara ke arah negara yang aman dan makmur.

"Tawaran untuk bertanding juga dicadangkan oleh seluruh peringkat akar umbi Pemuda UMNO Kedah dan saya menawarkan diri bertanding bagi menyahut seruan itu bagi memperkasakan golongan belia ke arah yang lebih baik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kamarol yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi, Universiti Putra Malaysia berkata, beliau cukup optimis para perwakilan sekarang cukup bijak dalam memilih dan yakin dapat melaksanakan tanggungjawab memperkasa Pemuda UMNO.

Katanya, beliau akan memberi tumpuan kepada pembangunan golongan muda di luar bandar dari segi pendidikan dan ekonomi agar mereka boleh berdaya saing dengan belia di bandar.

"Bagaimanapun tidak bermaksud saya mengabaikan golongan belia di bandar sebaliknya tumpuan lebih diberikan kepada golongan belia di luar bandar," katanya.

Selain itu, beliau berkata, kerajaan turut disaran tidak mengabaikan tanggungjawab membantu golongan belia di luar bandar dengan memberi peruntukan yang lebih kepada mereka.


Friday, September 13, 2013

Kalimah Allah - Nilai Sendiri Tindakan Biadap Kartunis Zunar


Inilah masalah bila tak reti nak bezakan politik dengan soal agama.

Zunar seperti yang diketahui adalah kartunis pro pembangkang. Jadi apa sahaja yang kerajaan buat adalah buruk di matanya.

Dalam kartun terbarunya yang muncul di portal propembangkang, Zunar menzahirkan kalimah suci Allah seolah-olah dimilik peribadikan oleh kerajaan.

Portal yang dikendalikan orang bukan Islam itu bersama dengan Zunar memberikan sindiran yang mendalam terhadap isu kalimah Allah.

Kalimah Allah dikunci siap dengan tag 1Malaysia dan sebagainya memperlihatkan dengan jelas kepada siapa sindiran tidak berakal tiu ditujukan.

Tepuk dada tanya selera…salah ke kalau ada pihak mahu mempertahankan nama Allah.

Sepatutnya PAS yang mengaku memperjuangkan Islam yang tampil lebih hebat berbuat demikian.

Bagaimanapun PAS selaku komponen Pakatan Rakyat terpaksa mengikut kehendak DAP dalam isu itu. Namun ada sebahagian pemimpin PAS pun mahu mempertahankan kalimah Allah.

Mungkin Zunar tidak faham kepentingan kalimah Allah dipertahankan.

Menyindir sehingga ke tahap yang boleh ditafsir sebagai menghina ini memang tak tahulah nak kata apa.

Sebagai orang Islam, penulis rasa kalimah Allah itu memang milik Islam.

Ada yang bertanya (macam Ahli Parlimen Shah Alam) mana dalil yang memperlihatkan kalimah Allah dilarang digunakan oleh bukan Islam.

Well…kepada Khalid Samad…boleh tak tunjuk dalil atau surah yang membenarkan kalimah Allah digunakan oleh bukan Islam? Ada ke…so kita kekal la dengan status quo di negara ni terutama di semanjung di mana kalimah Allah digunakan oleh masyarakat Islam semata-mata.


Jadi, kepada orang-orang macam Zunar ni… jangan jadi buat berpolitik sehingga tak nampak yang benar dengan yang tidak. -Mynewshub

Thursday, September 12, 2013

Jamawi - Misi tawan sokongan orang muda @jamawijaafar


Misi menawan undi orang muda bagi mengembalikan sokongan mereka kepada Umno akan dijadikan slogan bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda Umno.

Exco Pemuda Umno, Jamawi Jaafar berkata, berbekalkan pengalaman dan potensinya, beliau yakin dapat menjalankan tugas sekiranya diberikan mandat itu dalam pemilihan Umno Oktober ini.

“Misi saya adalah untuk mendapatkan semula sokongan anak muda, dengan pelbagai pendekatan baru, kita yakin mereka ini akan kembali menyokong kerajaan," katanya.

Ketua Pemuda Umno Tenom itu berkata, peningkatan ketara sokongan orang muda dapat dilihat menerusi jumlah undi yang diberikan oleh golongan itu kepada BN dalam PRU13.

Beliau juga yakin sokongan tersebut merupakan penghargaan golongan muda kepada BN yang tidak pernah meminggirkan mereka dalam agenda transformasi yang dilakukan oleh kerajaan.

Jamawi berkata, bagi menghargai jasa golongan itu, beliau akan terus memperkasakan lagi golongan muda dengan melaksanakan pelbagai program dan pendekatan baru.

Tambahnya, program yang dilaksanakan bukanlah bermusim tetapi dilakukan secara berterusan demi manfaat golongan itu.

“Saya yakin, para perwakilan juga bijak membuat pilihan bagi menyeimbangkan kedudukan individu-individu yang banyak menyumbangkan tenaga kepada parti,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Katanya, sepanjang berkempen bagi menghadapi pemilihan kali ini, beliau banyak meluangkan masa turun padang bertemu dengan ahli Pemuda Umno di seluruh negara.

“Walaupun saya orang Sabah, tapi memandangkan dalam tempoh berkempen ini, banyak masa diluangkan. Lima hari saya akan berada di Kuala Lumpur kerana bekerja di sini.

“Tapi dua hari akan berada di Sabah untuk bertemu dengan perwakilan di sana. Alhamdulillah setakat ini, saya terima respon yang baik,” ujarnya.

Tambahnya, dengan sistem baru yang diperkenalkan dalam pemilihan kali ini, beliau yakin amalan demokrasi dalam Umno akan dapat dizahirkan.

“Saya sendiri pun turun berkempen bersama denagn calon lain, kami semua seperti sebuah keluarga.

“Saya yakin dengan segala kemampuan dan kredibiliti saya dapat memberi peluang secara seimbang dalam pemilihan kali ini,” kata beliau.

Untuk jawatan Naib Ketua Pemuda Umno, Jamawi akan berhadapan saingan daripada Ketua Pemuda Umno Perak, Khairul Azwan Haron; Ketua Pemuda Umno Lenggong, Mohd Iruan Zulkefli dan Exco Pemuda Umno, Lokman Noor Adam.

Jawatan itu kosong berikutan penyandangnya, Datuk Razali Ibrahim sudah melebihi umur 40 tahun.

Lulusan dari UPM dalam bidang Sains Pertanian pada tahun 1996, Jamawi kini adalah pegawai khas kepada Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.-Sinar