Friday, October 25, 2013

Nurul Izzah Meroyan Kerana GST! @n_izzah #knowGST @NajibRazak #Bajet2014


Kesian anak "Papa".. Kalau kerajaan nak buat sesuatu kebaikkan untuk rakyat, ada saja yang tak kenakan?

Peringatan janganlah sesekali termakan dengan dakyah songsang yang dibawa oleh Pakatan Haram! Untuk keterangan lanjut sila rujuk pada artikel FMT yang bertajuk How does GST affect you?


Kerajaan akan melaksanakan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) berkuatkuasa 1 April 2015 bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang dimansuhkan.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyatakan bahawa kadar GST yang akan dikenakan adalah sebanyak 6 %.

“Gst bukanlah cukai tambahan baharu realitinya kadar inflasi kini berada di paras rendah 2%. Kerajaan yakin inilah masa yang terbaik untuk melaksanakan GST kerana kadar inflasi minimum dan terkawal,” petikan kata DS Najib ketika membentangkan Belanjawan 2014 di Parlimen petang tadi.


Kami sediakan info grafik ini untuk puak-puak pembangkang yang lambat pickup! hope korang faham la ye!

Pelaksanaan GST sebenanya dapat membantu negara menangani banyak kelemahan dalam sistem pencukaian sedia ada.

Sebagai contoh pada waktu ini sekiranya kita membeli minuman berkarbonat di restoran tanpa kita sedari, kita dah membayar dua kali cukai iaitu cukai jualan dan cukai perkhidmatan.

Dalam bahasa mudahnya dalam sistem GST pengguna perlu membayar satu kali cukai sahaja. Realitinya juga perubahan harga barangan dan perkhidmatan apabila GST dilaksanakan adalah amat minimum.


Untuk rekod, Singapura dan Thailand mengenakan GST pada kadar 7 peratus, manakala Indonesia, Filipina, Cambodia, Laos, Vietnam dan Myanmar pula 10 peratus.

GST bagaimanapun dikecualikan bagi lima perkara, iaitu barangan makanan asas, perkhidmatan pengangkutan awam, urusan jual-beli serta sewaan rumah kediaman, perbelanjaan keatas perkhidmatan atau pembelian barangan pelajaran dan pendidikan, serta bayaran kadar pertama tarif bil air serta elektrik yang ditetapkan.

Selebihnya lu piiikiiiir la sendiri!

P/s Nurul Izzah sampai bila U nak block twitter I? dimana kebebasan suara keadilan yang selalu u laungkan tu?

Thursday, October 17, 2013

Isu CEC - KJ Belasah Guan Eng #Khairykj





Selepas kenyataannya disalahertikan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, berhubung penelitian Jabatan Perndaftar Pertubuhan (ROS) terhadap pemilihan sayap parti Umno yang berlangsung, pada Sabtu lalu, hari ini, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin kembali membidas pemimpin parti demokratik itu .

"Apa yang membezakan pemilihan Umno dan DAP. Ahli parti membuat aduan kepada ROS melalui surat.

"Ahli Umno tidak," katanya yang dipetik dalam laman Twitternya hari ini.

Beliau berkata demikian ekoran Guan Eng mendakwa dengan merujuk kenyataan Khairy bahawa perkara itu tidak terjadi jika ianya DAP dan itu adalah hipokrit.

Sebelum ini, Khairy berkata, masalah yang timbul dalam perjalanan mesyuarat dan pemilihan peringkat pemimpin sayap parti minggu lalu memadai dengan siasatan oleh jawatankuasa pemilihan Umno dan tidak perlu dibawa ke penelitian ROS.

Kes berkenaan, yang disifatkannya sebagai “terpencil”, perlu disiasat secara terperinci oleh jawatankuasa pemilihan tersebut, katanya kepada pemberita hari ini.

"Kalau ada kelemahan haruslah disiasat satu persatu. Setakat ini saya rasa tidaklah sampai ke peringkat harus dipertikaikan oleh ROS.

"Tapi tak apa, kita tengoklah siasatan yang dibuat. Tapi bagi kita ini bukan kes yang banyak, mungkin terpencil sahaja," katanya.

Selain itu, Khairy yang Menteri Belia dan Sukan itu berkata sekiranya ahli Umno membuat aduan kepada ROS tidak mustahil badan itu akan menyiasat.

"Jika ahli kami mengadu kepada ROS, ROS harus siasat.

"Tetapi ahli kami menggunakan mekanisme dalaman sekarang ini. Faham Lim Guan Eng?," ujarnya lagi.-SH

Fathul Bari Sedia Bersemuka Jui Meng... Latheefa Koya Harus Bertaubat


Ulama Muda yang juga exco pemuda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya sedia bersemuka dengan Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng bagi menjelaskan maksud Surah Al-Imran ayat 64 dan Surah Al-Ankabut ayat 46.

Katanya tindakan itu supaya Jui Meng tidak terus terkeliru dengan maksud sebenar ayat al-Quran bagi mengelakkan salah faham berkenaan kalimah ALLAH.


“Mereka sebenarnya masih tidak faham konteks penggunaan kalimah ALLAH oleh orang bukan Islam di negara kita. Saya sedia bertemu untuk memberi penjelasan.

“Beliau (Jui Meng) ini tidak faham mengenai tafsir ayat al-Quran itu, tapi mahu mengulas dengan mempersoalkan ayat tersebut dalam isu kalimah ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu, Jui Meng dalam status Twitternya memuat naik tafsir surah Al-Ankabut dan Al-Imran bagi mempersoalkan tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH dalam edisi mingguan Katolik, The Herald.

Mengulas lanjut, Fathul berkata tindakan mahkamah melarang penggunaan kalimah ALLAH itu tidak boleh dipersoalkan sebaliknya cuba untuk menghormatinya.

“Tindakan mahkamah itu untuk mengelakkan daripada berlaku kekeliruan umat Islam dan penganut lain berhubung kalimah ALLAH. Tambahan pula kita dapat mengelakkan gejala pluralisme yang cuba diserapkan pihak luar terhadap umat Islam.

“Jika mahkamah benarkan, dibimbangkan akan membawa kemudaratan kepada generasi muda terutamanya yang kurang bimbingan dan didikan agama,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai khususnya orang bukan Islam supaya tidak mempersoalkan keputusan mahkamah berkenaan kalimah ALLAH.

“Selama ini, tiada orang bukan Islam sibuk isu kalimah ALLAH, kita pun tidak tahu apa strategi dan perancangan mereka.

“Lebih baik mereka tidak campur tangan dalam isu ini,” katanya.


Tipah Perlu Bertaubat Sebelum Terlambat


Ini adalah satu penghinaan dari Latheefa Koya terhadap Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut menyatakan orang Islam yang mempertikaikan keputusan Mahkamah Rayuan berhubung penggunaan kalimah ALLAH boleh menjadi kafir serta murtad.

Menurutnya, tindakan umat Islam yang mempertikaikan keputusan itu mencerminkan akidah dan syariat serta keji dari segi akhlak.

Perbuatan Latheefa Koya menghina Penasihat Majlis Agama tersebut amatlah terkutuk Taubat lah!