Friday, April 3, 2020

Wanita Maki Polis Mengaku Tak Salah!





Seorang Pengurus Jualan sebuah syarikat swasta mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret 4 Petaling Jaya pagi ini atas kesalahan mengeluarkan kata kesat terhadap penjawat awam.

Tertuduh, Tong Poh Kim yang berusia 44 tahun itu dituduh di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil-Kecil 1955 kerana mengucapkan perkataan tidak sopan kepada penjawat awam.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu semasa sekatan jalan raya Op Covid-19 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Persiaran Surian, Jalan Damansara-Kota Damansara pada hari Selasa, 31 Mac 2020 jam lebih kurang 9.40 pagi.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh ketika berada di Jalan Persiaran Surian Menghala Masuk ke Pelangi Damansara telah didapati berkelakuan kurang sopan terhadap anggota polis bernama Koperal Izuan Hasim Nor Hamzah dengan berkata “idiot”.
Jika disabitkan kesalahan tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM100.

Manakala dalam pertuduhan kedua, wanita itu didakwa pada hari, masa dan tempat yang sama telah dengan sengaja menghalang penjawat awam iaitu polis Korporal Izuan Hasim Nor Hamzah daripada menjalankan tugas-tugas dengan fungsi jawatannya.

Dia boleh dihukum penjara sehingga 2 tahun dan denda RM10,000 atau kdua-duanya jika disabitkan kesalahan.

Tertuduh yang tampil ke mahkamah, bagaimanapun tidak mengaku bersalah dan memohon dibicarakan selepas kertas pertuduhannya dibacakan di hadapan Hakim Nurshahira Abdul Halim.

Wanita itu difahamkan sudah berada di mahkamah seawal 8.30 pagi lagi bersama kakak saudaranya dan peguam belanya Datuk Suraj Singh dari firma guaman Messrs Suraj Singh & Co.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Firdaous Mohamed Idris mencadangkan mahkamah supaya tertuduh dibenarkan dijamin sebanyak RM1,000.

Bagaimanapun, Suraj meminta mahkamah mengurangkan jumlah wang jaminan kerana tertuduh bekerja dengan berpendapatan RM2,000 sahaja.

Namun Hakim Nurshahira Abdul Salim yang mendengar kes membenarkan tertuduh dijamin dengan wang jaminan RM1,000 untuk pertuduhan pertama dan RM3,000 untuk pertuduhan kedua dengan seorang penjamin.

Mahkamah menetapkan 20 Mei ini sebagai tarikh serahan dokumen kes dan sebutan semula.

Thursday, April 2, 2020

Kenapa UMNO pilihan YB Khairy Jamaluddin





Ini jawapan YB KJ ketika menjawab soalan dalam program sembang santai bersama hos Sembang Kencang Sahih  :


“Walaupun saya adalah seorang haluan tengah, yang melihat Malaysia sebagai negara yang majmuk, yang perlu kita jaga asal usul progresifnya, tetapi soal perjuangan bangsa Melayu itu sangat-sangat penting. Tanpa kesedaran dan tanpa pencapaian atau kemajuan orang Melayu, tidak akan ada stability di negara kita. Sebab itulah saya terlibat dan saya telah memilih parti UMNO.”

Wednesday, April 1, 2020

Zarina Anjoulie (Anju) Pertahankan Diri Vs Sharifah Sakinah







Pelakon Sharifah Sakinah mengambil pendekatan bersemuka secara langsung di Instagram Live dengan Zarina Anjoulie (Anju).

Sakinah secara berterus terang memberitahu Anju bahawa dia tidak menyukai sikap Anju yang ingin bergelar jaguh dalam situasi yang melanda.

Katanya, Anju seorang wanita baik dan akan bercakap apa saja dan mereka berdua tahu rahsia kebanyakan artis.

Dalam perbualan itu, Anju menjelaskan dia hanya bercakap perkara yang betul.

Katanya, dia bercakap berdasarkan kebenaran yang berlaku dan dia juga pernah bergelar artis sebelum ini.

Anju berkata, dia kemudian menjadi orang biasa dan menjalankan perniagaan. Malah, ada artis pernah mengambil kesempatan terhadap perniagaannya.

Dia tidak kisah jika orang menganggap dia cuba menjadi hero kerana dia hanya bercakap untuk diri sendiri, bukannya netizen.

Terima kasih kerana bersama Bro Jinggo Channel, mohon subscribe channel YouTube ini untuk mengikuti lebih banyak video menarik pada masa akan datang! Jika anda menyukai video ini mohon, like dan share sebagai tanda sokongan anda. Sokongan anda amat hargai. Terima kasih.