Monday, July 13, 2020

Mohamad Ariff digugurkan jawatan Speaker Dewan Rakyat



Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul supaya Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof mengosongkan kerusi Yang Dipertua Dewan Rakyat, Kerajaan Perikatan Nasional (PN) menang setelah Keputusan dicapai dimana 111 Ahli Parlimen menyokong usul yang dibawa Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Rashid Hasnon yang mempengerusikan mesyuarat tersebut. Baca lagi…


Muhyiddin bidas Anwar, berhubung isu perbahasan dewan rakyat





Kerajaan menafikan dakwaan kononnya kerajaan enggan memberi ruang kepada Ahli Parlimen membahaskan usul berkaitan inisiatif dan perbelanjaan kerajaan dalam menangani impak COVID-19.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, segala inisiatif perlu dilakukan sekarang dan rakyat tidak boleh menunggu terlalu lama untuk menerima bantuan.

Sunday, July 12, 2020

DAP JANGAN GANGGU TUGAS P0L1S – AYOB KHAN





Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan meminta ‘orang politik’ tidak mengganggu urusan dan kerja-kerja kepolisan.

Menurutnya, pegawai dan anggota polis adalah petugas awam yang fungsi serta peranan mereka adalah menguatkuasakan undang-undang.

Katanya, dalam tindakan beliau dan pegawainya dalam menguatkuasakan sesuatu undang-undang itu, mungkin ada pihak yang tidak bersetuju.

Ujar Ayob, sewaktu beliau bertugas di Bahagian Antipenganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman dan menangkap beratus-ratus orang anggota Jemaah Islamiah (JI) dulu termasuk pengikut Darul Islam dan Daesh, tidak ada pun yang ‘merungut’.

“Tetapi kenapa bila saya tangkap ADUN DAP dalam kes kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ia boleh menjadi isu sampai peringkat nak pinda undang-undang sebagainya, ini apa cerita?

“Adakah sebab mereka DAP saya tak boleh ‘sentuh’? Adakah mereka di atas undang-undang? Jadi kena adillah dan jangan campur tangan dalam kerja-kerja polis.

“Kami hanya petugas awam yang akan pencen bila umur mencecah 60 tahun…kami tidak ‘bias’ dan berpihak, kalau sesuatu perkara itu salah dari segi undang-undang, maka salahlah,” kata Ayob. - MalaysiaTrending