Tuesday, July 14, 2020

Kemenangan Tipis – Kerajaan Perikatan Nasional masih boleh terus memerintah – Khairy Jamaluddin





Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yakin bahawa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) masih dapat memerintah walaupun majoriti kecil di Dewan Rakyat.


Itu jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berhubung kemenangan tipis PN ke atas usul pengguguran jawatan Mohamad Arif yang digantikan dengan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun. Baca lagi...

Dewan Rakyat – Isu Bedak dan Gelap selesai…




Pembukaan hari kedua Mesyuarat Kedua Penggal Ketiga Parlimen Keempat Belas hari ini menamatkan perbalahan isu gelap.


Speaker Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun memulakan sesi dewan hari ini memohon Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim meminta maaf kepada Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan) diatas mengeluarkan perkataan “gelap, tak nampak”, semalam.


…“Saya telah meneliti handsard dan kejadian tersebut, saya mengambil keputusan bahawa perkataan tersebut adalah agak menyinggung dan mengarahkan Baling untuk memohon maaf dan menarik balik perkataan tersebut,” katanya di awal sesi pagi ini.


Bagaimanapun Datuk Abdul Azeez berkata beliau tidak ada niat untuk memanggil sesiapa gelap. Baca lagi..


Monday, July 13, 2020

Dewan Rakyat Tegang! Khalid Samad Meroyan Macam Beruk!



Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun yang menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof hari ini menghukum, Khalid Samad keluar dari dewan sehingga selesai persidangan.


Khalid Samad yang merupakan Ahli Parlimen Shah Alam diarah berbuat demikian selepas berterusan mengganggu ucapan Azhar sempena pelantikannya.


Tindakan tersebut telah menimbulkan ketegangan antara Ahli Parlimen pembangkang sehingga mencetuskan kekecohan.


Azhar meminta kesemua Ahli Parlimen bertenang dan turut mengingatkan kuasanya yang boleh mengarahkan sesiapa keluar sekiranya mengganggu persidangan.


Khalid Samad sejak dari pagi lagi dilihat meroyan tak tentu pasal, macam beruk!


Dilihat cuba mencetuskan kekecohan dengan beberapa kali berucap tanpa kebenaran dan memperlekehkan keputusan Timbalan Speaker.


Tindakan Azhar itu disokong oleh beberapa Ahli Parlimen yang lain. Baca lagi…