Wednesday, July 15, 2020

PEMANDU MABUK PENJARA 20 TAHUN, DENDA RM150,000





Pemandu mabuk bakal berdepan hukuman berat penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga RM150,000 jika pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) diluluskan Dewan Rakyat.

Pindaan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) membabitkan Seksyen 41 hingga Seksyen 45 untuk kesalahan memandu dalam keadaan mabuk bakal menyaksikan peningkatan kadar hukuman penjara maksimum dinaikkan dari 15 tahun kepada 20 tahun dan denda maksimum daripada RM6,000 kepada RM150,000.

Dira Seru Golongan Lelaki Sertai Kempen Menentang Jenayah Rogol




Kaum Adam, lelaki harus mengambil peranan tanggungjawab dalam usaha membendung peningkatan kes rogol yang berluasa sejak akhir ini. 


Justeru itu Dira Abu Zahar mengajak golongan lelaki supaya turut sama dalam kempen menentang jenayah rogol bagi membentuk masyarakat yang harmoni dan selamat.


Personaliti TV, Dira ataupun nama penuhnya, Khaidhirah Abu Zahar berkata, golongan lelaki memainkan peranan penting bagi menghentikan keganasan ataupun jenayah itu. Baca lagi..


Tuesday, July 14, 2020

Kemenangan Tipis – Khairy Yakin Kerajaan PN Masih Boleh Terus Memerintah!





Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin yakin bahawa pentadbiran Perikatan Nasional (PN) masih dapat memerintah walaupun majoriti kecil di Dewan Rakyat.

Itu jelas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin berhubung kemenangan tipis PN ke atas usul pengguguran jawatan Mohamad Arif yang digantikan dengan bekas Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun. Baca lagi..