Sunday, August 2, 2020

KJ dikambing hitamkan



Bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata beliau hanya menyampaikan pandangan ramai bahawa parti itu harus bergerak ke hadapan susulan keputusan bersalah terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak.


“Saya setia kepada parti. Saya cuma nyatakan perkara yang ramai sedang fikir cuma mungkin takut untuk sebut,” baca lagi>>>

Thursday, July 30, 2020

Rombongan Musa Aman dihalang masuk Istana Negeri Sabah





Bekas ketua menteri Sabah, Musa Aman bersama rombongannya dihalang daripada memasuki ke Istana Negeri Sabah.

Rombongan lsepuluh kenderaan mewah yang membawa rombongan itu ditahan polis yang melakukan sekatan berhampiran Bulatan Nanas di Jalan Istana pada jam 3.50 petang tadi.

Beberapa peguam kepada Musa dilihat cuba berunding dengan pegawai polis yang membuat sekatan.

Namun sehingga kini mereka tidak dapat melepasi sekatan berkenaan. Baca lagi>>>

Sah Dewan Undangan Negeri Sabah dibubarkan - Shafie Apdal





Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah diumum telah terbubar.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah.