Tuesday, August 4, 2020

‘Tembak KJ’ : Mereka tu sakit


SAYA terbaca dua komentar orang Umno, kedua-duanya Ketua Umno Bahagian, kedua-dua org kalah pilihan raya, yang mengkritik Khairy Jamaluddin.


Isunya, ekoran kenyataan KJ sebaik sahaja bekas PM DSNR disabitkan dengan kesalahan jenayah oleh Mahkamah.


Secara ringkas, mereka yang mengkritik KJ, dengki kat KJ yang kini dilantik menjadi Menteri, walaupun tidak berjawatan penting dalam Umno, kecuali Timbalan Ketua Umno Bahagian.


Sebenarnya, pendirian KJ, seperti kata KJ, dia bukan biadap, tetapi tidak mahu rakyat memandang serong terhadap perjuangan Umno.


Ada pemimpin Umno yang masih mahu berpaut dengan DSNR. Kononnya, program “bossku” Najib mempunyai jutaan pengikut. 


Mereka tidak tahu, rating DSNR naik kebelakangan ini disebabkan dia tidak berjalan dengan mem besar.


Dulu, masa dia jadi PM, mem besar selalu sangat ke hadapan.  Baca lagi>>>

PAS, Umno dan Bersatu tak boleh berpisah kata Hadi



PAS tidak boleh berpisah sama ada dengan Umno ataupun Bersatu. Kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menggambarkan penyatuan Melayu sudah bermula melibatkan tiga parti Melayu itu.


“Kita berjaya menyatukan ketiga-tiga parti,” kata Hadi menerusi hantaran dalam Facebooknya, Isnin.


Pertemuannya dengan Perdana Menteri yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam, membuktikan tiga parti itu sudah seia sekata untuk meneruskan agenda perjuangan bersama.


Walaupun pertemuan itu ringkas, ia jelas menggembirakan rakyat yang selama ini menaruh harapan ketiga pemimpin itu dapat duduk bersama untuk membawa perubahan kepada landskap politik dan negara pada masa akan datang. Baca lagi>>>

Monday, August 3, 2020

Kritikan Puad Zarkashi pada KJ double standard kata Ibdil



Bekas Exco Pemuda Umno, Sdr Ibdillah Ishak mengingatkan Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi agar tidak terlalu double standard dalam mengkritik bekas ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin (KJ) sebaliknya cerminlah diri dulu sebelum membuat hentaman.


Terdahulu KJ menyampaikan pandangan ramai bahawa UMNO harus bergerak ke hadapan susulan keputusan bersalah terhadap bekas perdana menteri, Najib Razak. Namun kebanyakkan pemimpin sendu dalam UMNO mengambil kesempatan menyembelih KJ untuk menutup kes yang hangat diperkatakan itu.


Dalam satu kenyataan, Ibdil mengingatkan Datuk Puad jangan terlepas pandang dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Zahid, Datuk Seri Khaled dan Datuk Seri Hisham juga, kenyataan yang sama dikeluarkan dengan KJ tapi tidak dihentam oleh Datuk Puad. 


Berhubung dengan ungkapan “kepimpinan dan perjuangan” yang diperkatakan oleh Datuk Puad, adakah kepimpianan dan perjuangan itu wujud dalam diri Datuk Puad, soal Ibdil. Baca lagi>>>