Monday, August 10, 2020

Mengejutkan Ini Respon Asri Janggut Kepada KPD Sungai Buluh | Hot Burger







“Sepatutnya polis ucap terima kasih kepada saya," demikian ujar Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid, 42, berhubung pendedahan beraninya mengenai kewujudan kegiatan judi dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh di sini semalam.

Mohd Asri bagaimanapun berkata, perkara sebaliknya berlaku apabila anggota polis membuat laporan terhadap dirinya dengan mendakwa pendedahan itu sebagai tohmahan.

Berita penuh respon Asri Janggut kepada KPD Sungai Buluh Baca lagi>>>

Sunday, August 9, 2020

Hot Burger Malaysia Dedah Kegiatan Jud1 H4ram, Peniaga Asing MBSA Buat Apa?





Seorang lelaki yang merupakan pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia mendakwa terdapat kegiatan premis perjudian serta penjualan rokok seludup yang dijual seperti tiada pemantauan daripada pihak berkuasa di kawasan Sungai Buloh.

Dalam dua versi video berdurasi 13 minit 28 saat dan lapan minit 29 saat yang dibuat secara langsung oleh pentadbir akaun Facebook Hot Burger Malaysia itu turut mendakwa premis perniagaan diusahakan warga Aceh 'kebal' kerana tidak dikenakan tindakan atas kesalahan menjual rokok seludup.

Selain itu, video yang dirakam menerusi tinjauan semasa menaiki kereta itu juga mendakwa pihak berkuasa menutup mata kerana ada yang menerima habuan daripada tauke kedai mesin judi.

Kedua-kedua video berkenaan kini mendapat lebih empat juta tontonan dan lebih 67,000 perkongsian itu mendapat perhatian netizen yang rata- rata mengakui kawasan Sungai Buloh menjadi lubuk kepada aktiviti haram berkenaan.

Mereka mahu pihak berkuasa mengambil tindakan tegas.

Saturday, August 8, 2020

Netizen Kecam Ellie Suriati Desak Kerajaan Kenakan Lesen Keatas YouTuber





Rata-rata Netizen Bantah Cadangan Ellie Suriati Supaya Pemilik Saluran YouTube Dikenakan Lesen!