Tuesday, August 11, 2020

Gempar Asri Janggut, KDN Terjah Permis Judi Haram Di Sungai Buloh | Hot Burger





Tindakan undang-undang sewajarnya akan diambil ke atas pegawai atau anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang melindungi aktiviti perjudian dan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, jika didapati terlibat, mereka akan dibawa kepada Jawatankuasa Disiplin PDRM untuk tindakan selanjutnya.

Terdahulu, Hamzah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, atau lebih dikenali dengan panggilan 'Asri Janggut' bagi mengetahui pendedahan yang ditularkan lelaki itu berhubung aktiviti perjudian dan perniagaan haram di Sungai Buloh, baru-baru ini. Baca lagi >>>

Mengejutkan Asri Janggut Mohon Maaf Atas Video Yang Tular | Hot Burger





Demikian luahan pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid, 42, yang mengakui tidak berniat mencetuskan kontroversi sehingga tular di media sosial.

Menurut Mohd Asri, apa yang dilakukannya itu hanya bertujuan untuk membuka mata semua pihak mengenai aktiviti perjudian yang berlaku di kawasan Jalan Besar, Bandar Baru Sungai Buloh yang tidak diambil perhatian walaupun banyak laporan polis sudah dibuat.

Monday, August 10, 2020

Puteri UMNO Bimbang Keselamatan Asri Hot Burger, Mohon Beri Perlindungan

Baru-baru ini negara digemparkan dengan pendedahan ‘berani mati’ oleh Pengasas Hot Burger, Mohd Asri Hamid (Asri Janggut) berhubung kewujudan kegiatan judi haram dan penjualan rokok seludup di Bandar Baru Sungai Buloh pada Sabtu.


Justeru itu Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan berasa kebimbangan keatas tindakan Asri Janggut yang mendedahkan lokasi-lokasi kedai perjudi haram di sekitar Sungai Buluh. Baca lagi>>>