Monday, October 5, 2020

Bung Moktar Nafi Dakwaan Sokong DSAI PM Ke-9!





Ketua Umno Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Umno Kimanis Datuk Mohamad Alamin menafikan menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baharu persekutuan menggantikan Perikatan Nasional (PN).

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dan Mohamad membuat penafian itu apabila nama mereka dikaitkan antara wakil rakyat Umno yang dikatakan tersenarai menyokong Anwar seperti tersebar di media sosial sebelum ini.

Sunday, October 4, 2020

Mengejutkan Ustaz Ebit Lew Mohon Maaf Secara Terbuka, MPP UPSI Dik3cam! ...





Penceramah terkenal, Ebit Lew memohon maaf kepada pentadbiran Universiti Sultan Idris Shah (UPSI) berkaitan isu bantuan yang diberikan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Permohonan maaf tersebut menerusi hantaran di Facebooknya semalam selepas dihubungi oleh Naib Canselor UPSI supaya beliau membuat permohonan maaf secara terbuka.

Ebit Lew Sewa Bas Bantu Penuntut IPT Terkandas!





Prihatin dengan nasib penuntut universiti, pendakwah terkenal, Ebit Lew menyewakan bas bagi membantu membawa pulang puluhan penuntut yang terkandas di institusi pengajian tinggi (IPT) masing-masing.