Thursday, January 7, 2021

YDP Agong ‘Humble’ Naik Motosikal Dengan Orang Kampung Beri Bantuan Mangsa Banjir


KDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG BERKENAN ZIARAH RAKYAT DI LIPIS MENAIKI MOTOSIKAL


LIPIS, 7 JANUARI 2021: KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah berkenan menaiki motosikal menyantuni rakyat jelata di Kampung Binjai, Lipis dalam ziarah Baginda Tuanku ke daerah itu, hari ini.


KDYMM Tuanku menyantuni sebuah keluarga dan mengurniakan sumbangan kepada mereka.


Daulat Tuanku.


Tular Video Sajat Menangis Digari Dan Ditahan!


Sejak semalam hangat diperkatakan apabila tular video di aplikasi TikTok memaparkan usahawan kosmetik popular, Sajat Kamaruzzaman dipercayai telah digari tanpa diketahui sebab yang sebenar.


Menerusi video tersebut, Sajat dipercayai sedang melakukan Instagram ‘Live’ dalam keadaan menangis teresak-esak dengan tangan bergari.

Wednesday, January 6, 2021

Gempar! Annuar Musa Dedah Rundingan Zahid Hamidi, Anwar Ibrahim Jatuhkan Muhyiddin!


Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mendedahkan surat sokongan yang ditandatangani oleh pemimpin tertinggi UMNO kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut Annuar, ini merupakan pertama kali surat bertarikh 11 Oktober itu didedahkan kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian menyokong Presiden PKR itu.


Beliau juga menjelaskan antara isi kandungan surat sokongan yang dihantar kepada Yang Dipertuan Agong itu ialah untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN)