Thursday, January 14, 2021

DiKecam Teruk, Ibu Neelofa, Noor Kartini Tampil Mohon Maaf! | Harimau Menangis


Ibu kepada selebriti terkenal Neelofa, Datin Noor Kartini Noor Mohamed tampil memohon maaf atas kata-kata dalam kandungan video mengenai daging Harimau Menangis yang telah tular.


Berikutan itu, Noor Kartini memuat naik satu video di laman Instagram miliknya bagi menjelaskan isu hangat tersebut namun video berkenaan telah dipadam beberapa minit selepas dikongsi.


Selanjutnya permohonan maaf berkenaan dibuat menerusi perkongsian di Instagram Aunty Tini Kitchen.


Wednesday, January 13, 2021

Harimau Menangis : Ibu Neelofa Dikritik Netizen!


Dah ramai guna daging ‘Harimau Menangis’, kenapa nak ambil jadi hak sendiri?


KEWUJUDAN nama daging Harimau Menangis bukanlan sesuatu yang baharu cuma sejak kebelakangan ini, nama tersebut menjadi sebutan selepas ramai yang berniaga makanan tersebut dalam pek segera.


Malah, kalau kita lihat di media sosial, terlalu banyak jenama yang menjual daging ‘Harimau Menangis’ di pasaran dan satu daripadanya ialah milik ibu Neelofa di bawah jenama Aunty Tini Kitchen.


Namun, tindakan ibu Neelofa, Noor Kartini Noor Mohamed yang cuba mengambil nama ‘Harimau Menangis’ sebagai haknya mendapat kritikan di laman sosial.

Hotel Terkemuka Andaman Langkawi Musnah Terbakar!


Hotel Andaman Langkawi musnah selepas 2 kali terbakar.


Dalam kejadian pertama petang semalam, salah satu bangunan hotel terbakar dan berjaya dipadam.


Sekitar 1 pagi tadi, hotel itu terbakar semula akibat angin kencang dan struktur bangunan dari kayu hingga musnahkan semuanya.