Friday, June 10, 2011

Negara Kebajikan: Najib Hairan PAS Baru Terfikir?

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perjuangan menjurus kepada negara kebajikan, “yang baru terfikir oleh PAS”, bukanlah satu perkara baru kerana ia sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN).

Perdana Menteri menegaskan, PAS sepatutnya tidak mengambil modal yang dilaksanakan oleh BN untuk mewujudkan negara kebajikan kerana perkara itu sudah lama dilaksanakan oleh kerajaan. Baca lagi...

Thursday, June 9, 2011

Parpukari: GEMPAK Wisma Putra Bunuh Najib

Kemarin Parpukari kata KJ bunuh Najib? bodoh ke bangang mamat ni? hari ni tak nak cakap Wisma Putra bunuh Najib pulak ke? kesian dengan ahlul blogger yang dah sesat ni.... beb orang kalau benci sekali pun tak de lah macam lu... Tulis artikel tahap sampah buat orang cakap lu buat cerita lawak bodoh beb.. Kah Kah Kah!

Arious Amigo...
Iklan Free



Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, ke Kazakhstan adalah untuk memenuhi penerimaan beliau terhadap undangan yang sudah lama dibuat Presiden Nursultan Nazarbayev, menurut Kementerian Luar hari ini.

Wisma Putra, dalam satu kenyataan kepada BERNAMA, menafikan laporan Malaysiakini pada 7 Jun berjudul “PM’s use of public funds for wedding trip morally wrong” (Penggunaan dana awam oleh PM untuk perjalanan mengurus perkahwinan adalah salah dari segi moral). Baca lagi...

Risik Anak PM : Khairy Dedah Pembohongan Besar Dr Dzulkefly

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin hari ini mendedahkan pembohongan oleh Ahli Parlimen Pas, Dr Dzulkefly Ahmad mengenai lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO ke Kazakhstan baru ini. Baca lagi...

Pemuda, Peniaga & NGO Gesa Polis Halang Demonstrasi BERSIH

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, peniaga dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini menggesa pihak polis bagi mengambil tindakan segera bagi menghalang demonstrasi Bersih yang dianjurkan pakatan pembangkang dan diketuai Timbalan Presiden PAS, yang dijadual diadakan di ibu negara pada 9 Julai depan. Baca lagi...

Wednesday, June 8, 2011

Ibu Pejabat PKR Dilelong Esok

Bagaikan filem arahan P. Ramlee yang menarik “Tiga Abdul” terkenal dengan kisah lelong melelong, bagitulah bangunan yang menempatkan ibu pejabat PKR akan dilelongkan esok dan bakal menjadikan parti itu tanpa pejabat.

Bendahari PKR William Leong yang mengesahkan perkara itu berkata lelongan awam akan diadakan di sebuah pejabat di Brickfields Kuala Lumpur, petang esok. Baca lagi...