Monday, March 26, 2012
Asalkan Bukan Aspirasi - Pro Mahasewel Semakin Terdesak!
Oleh: Mat Despatch Otai
Tekanan yang mereka hadapi kini menyebabkan mereka semakin runsing untuk merancang strategi untuk mengubah dan menarik minat mahasiswa untuk bersama dengan mereka. Terbaru mereka telah menyerang video aspirasi yang di upload dari youtube yang bertujuan untuk memberi kesedaran kepada mahasiswa akan perjuangan sebenar Pro-Mahasewel nie. Mat menjangkakan bahawa sekarang ini Pro-Mahasewel nie tidak lagi mempunyai isu yang rasional untuk mereka mainkan.
Tekanan dan kebuntuan telah menyebabkan mereka menjadi tidak rasional lagi, terbaru mereka telah melancarkan kempen ASAL BUKAN ASPIRASI yang mirip kempen perjuangan parti pembangkang iaitu ASAL BUKAN UMNO. mat hairan kenapa mesti ada persamaan antara Pro-Mahasewel nie dengan Parti Pembangkang, sedangkan mereka sendiri telah menolak campur tangan politik luar dalam kampus?? Atau pon Pro-Mahasewel nie sememangnya adalah Parti Pembangkang?? Yang menghairankan lagi fikiran mat, Pro-Mahasewel nie dalam kebanyakan kampus adalah kerajaan..bukan nyer pembangkang..kenapa mereka begitu terdesak sehingga melancarkan kempen seperti mereka kelihatan seperti pembangkang??
Baca lagi...
Setelah 46 Tahun Baru DAP Mahu Bela Melayu?
Baru-baru ini Parti Tindakan Demokratik (DAP) menyambut ulangtahunnya yang ke 46.
Selama hampir setengah abad parti serpihan parti pemerintah di Singapura iaitu PAP (Parti Tindakan Rakyat) mengamalkan budaya politik perkauman yang mementingkan hak bangsa Cina.
Sikap ekstremis DAP dalam memperjuangkan hak-hak kaum Cina di Malaysia tanpa memperdulikan sensitiviti bangsa Melayu yang menjadi tuan negara ini telah menjadi antara faktor pertama tercetusnya peristiwa berdasrah rusuhan kaum pada Mei 1969.
Sejarah mencatatkan bagaimana setelah parti Gerakan (pembangkang ketika itu) dan DAP menang besar di Kuala Lumpur dn negeri Selangor, penyokong-penyokong kedua-dua parti tersebut telah berarak sekeliling bandaraya di kawasan Chow Kit dan Kampung Bharu sambil melaungkan kata kesat, maki hamun dan caci cerca terhadap Umno dan bangsa Melayu.
"Melayu bangsat", "Melayu balik kampung", "Malaysia kami punya", "Pergi jahanam Melayu, Umno" adalah antara slogan-slogan yang menyakitkan hati orang Melayu di kibar-kibarkan di hadapan penempatan orang Melayu di kampung Bharu.
Sikap bongkak, sombong dan angkuh DAP telah menyemarakkan lagi kemarahan orang Melayu ketika itu dan fakta-fakta tentang insiden rusuhan kaum yang berlaku selepasnya tercatit dengan kemas dalam lipatan sejarah negara yang tidak boleh dikelentong oleh DAP.
Walaupun peristiwa 13 Mei sudah lebih empat dekad berlalu, namun DAP tetap dengan sikap anti-Melayu, anti-Islam dan cauvinisnya.
Pernah Karpal Singh (Pengerusi Kebangsaan DAP sekarang) membuat kenyataan yang membarakan hati orang Melayu apabila berkata "langkah mayatnya dahulu" sebelum orang Islam terlintas difikiran mereka untuk melaksanakan undang-undang Islam di negara ini.
Kini setelah berjaya memenangi Pulau Pinang yang diidamkan selama ini dengan bantuan PKR dan PAS, DAP menukar wajah dan watak untuk terus menipu orang Melayu.
Parti ini kini kononnya muncul sebagai 'pejuang' dan 'pembela' orang Melayu dan seperti musang yang berbulu ayam berkempen kepada orang Melayu bahawa DAP akan mempertahankan hak-hak orang Melayu, Islam dan bahasa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.
Persoalannya mengapa setelah 46 tahun baru hendak membela nasib orang Melayu dan tunjuk konon sayang kepada orang Melayu?
Kalau tidak kerana tamakkkan kuasa dan mahu merampas kuasa politik, DAP tidak akan sesekali mahu tunjukkan sikap yang lunak kepada orang Melayu.
Antara langkah DAP untuk me"Melayu"kan parti itu ialah usahanya untuk menarik seramai mungkin cerdik pandai Melayu menyertai parti itu.
Kenapa yang disasar hanya kalangan professional dan cendikiawan Melayu sahaja?
Kalau benar-benar hendak menolong orang Melayu, DAP harus membuka pintu seluas-luasnya kepada orang Melayu bukan golongan tertentu sahaja.
Sejak bila pula DAP bercakap mengenai isu-isu berkaitan orang Melayu?
Di mana DAP selama ini apabila orang Melayu memerlukan pembelaan dalam segenap aspek kehidupan seperti pendidikan, ekonomi, kesihatan dan sebagainya?
Sekarang mereka bercadang untuk meletakkan calon-calon Melayu di Pulau Pinang untuk mengukuhkan kedudukan politik mereka.
Sekali lagi balaci setia DAP iaitu PAS menyokong penuh cadangan tersebut.
DAP yang ketika ini berkecamuk dengan krisis dalaman di antara pimpinan kanan mereka, cuba pula menggunakan taktik calon Melayu untuk menarik undi pada pilihan raya umum akan datang.
Mereka tahu undi Cina hanya setakat 30 peratus sahaja dan undi Melayu akan menjadi penentu dalam mana-mana kerusi parlimen atau DUN.
Oleh itu DAP mengaburi mata orang Melayu dengan menampakkan parti itu mementingkan orang Melayu.
Hakikatnya matlamat terpenting DAP tidak pernah lari daripada landasan iaitu untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah republik dan menghapuskan sistem Raja-raja Melayu serta dominasi politik Melayu.
DAP hanya berjuang untuk kaum Cina, dan tidak pernah bercadang untuk meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu.
Setelah empat tahun di bawah DAP, nasib orang Melayu di Pulau Pinang terus tidak terbela malah tidak menampakkan sebarang perubahan pun.
Yang penting orang Melayu mesti rapatkan saf dan bersatu untuk melenyapkan pengaruh parti perkauman ini.
Selagi DAP bernafas, selagi itu risiko berlakunya semula rusuhan kaum tetap menghantui fikiran rakyat.
Ketua DHPP Pulau Pinang Isytihar Keluar Pakatan Pembangkang
Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas Negeri (DHPP), Dr Ooi @ Vellautham hari ini mengisytiharkan dirinya keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) dan tidak mahu lagi dikaitkan dengan parti pembangkang itu.
Dr Ooi yang juga Ketua Penerangan DHPP Pusat berkata tindakan itu diambil ekoran kenyataan Pas Pusat dalam laporan akhbar tempatan baru-baru ini yang mendakwa DHPP Pulau Pinang tidak aktif.
“Lebih 20 tahun saya bersama Pas dan bertungkus-lumus bekerja untuk parti, tetapi usaha saya selama ini tidak dihargai. Jika benarlah DHPP negeri ini tidak aktif, maka sebagai ketua lebih baik saya mengambil sikap bertanggungjawab (letak jawatan),” katanya lapor Bernama di sini, Ahad.
Beliau juga kecewa dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pemimpin pembangkang yang mengatakan dirinya mengemis jawatan, susulan tindakannya yang pernah menawarkan diri untuk bertanding di kerusi Bayan Lepas.
“Saya bersedia berkhidmat untuk rakyat secara percuma. Segala pendapatan yang saya peroleh jika saya menjadi wakil rakyat akan saya salurkan kepada rakyat…saya cabar pakatan pembangkang yang mendakwa mereka kerajaan berkebajikan membuat tawaran sama seperti saya,” katanya.
Katanya keputusan beliau untuk keluar parti turut mendapat sokongan jawatankuasa tertinggi DHPP dan tidak kurang 50 anggota dalam sayap penyokong Pas itu akan mengikut jejak langkahnya dalam tempoh terdekat.
Beliau juga bersedia mempertimbangkan tawaran pihak luar yang bersedia membantunya bertanding sebagai calon bebas di Bayan Lepas.
“Saya bersedia menerima tawaran daripada mana-mana sahaja parti luar yang mahu menyokong saya kecuali Pakatan Rakyat,” katanya.
Pengakuan Orang Kuat Pro-M TOLAK PRO-M
DULU beliau adalah, Jentera Pro-Mahasiswa Presiden Persatuan Mahasiswa Islam (PMI), Perjuangan seolah-olah DIPERGUNAKAN, Tabur Pelbagai janji/ Manifesto Mahasiswa
Namun Perwakilan Pro-Mahasiswa langsung TIDAK menjalankan tanggungjawab... MALU sebagai Jentera Pro-Mahasiswa Perjuangan BUKAN untuk Mahasiswa... Hanya untuk kepentingan sesetengah individu BUKAN Bersama!
KINI, Bersama APSIRASI!
Ikuti pendedahan penuhnya di sini...
LYNAS : DAP Berubah Watak Mengenai PSC Dalam Sebulan
Merujuk kepada artikel yang disiarkan oleh Lim Kit Siang sendiri dalam blognya DAP calls for PSC on Lynas plant.
Hanya sebulan lepas iaitu 26 Februari 2012 Timbalan Pengerusi DAP Kebangsaan DrTan Seng Giaw mendesak kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) untuk mengkaji loji pemprosesan nadir bumi Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Kuantan yang bernilai RM700 juta.
Menurutnya pada ketika itu , "Seperti juga perhimpunan BERSIH 2.0, kerajaan menubuhkan jawatankuasa pilihan khas parlimen, maka perkara yang sama juga (kepada Himpunan Hijau 2.0), satu jawatankuasa pilihan khas parlimen perlu dilihat berkaitan Lynas," katanya.
Sidang akhbar pada masa itu juga dihadiri oleh beberapa pemimpin kanan DAP iaitu Lim Kit Siang, Tony Pua dan Ronnie Liu.
Namun pada hari ini apabila kerajaan Barisan Nasional bersetuju untuk menerima cadangan dan cabaran mereka untuk menubuhkan PSC mereka kini pula mengambil pendirian yang berbeza.
Pertama , adakah mereka merupakan ahli politik yang konsisten dalam perjuangan mereka? Bagaimana pendirian mereka boleh berubah walaupun hanya sebulan lepas mereka yang mencadangkan penubuhan PSC?
Kedua , sekirannya PSC benar – benar “pointless’ seperti kata mereka mengapa pula tidak ada seorang pemimpin dalam Pakatan Rakyat pada ketika itu bangkit menentang desakan Tan Seng Giaw yang mencadangkan penubuhan PSC ?
Ketiga , bukankah pada hari ini Tan Seng Giaw , Lim Kit Siang, Ronnie Liu dan Tony Pua sepatutnya mewakili aspirasi rakyat untuk duduk dalam PSC yang dicadangkan oleh mereka sendiri ? Mereka yang memanggil sidang akhbar untuk mendesak penubuhan PSC maka bukankah rasional untuk mereka berada dalam PSC ?
Keeempat , pemimpin Pakatan Rakyat sebenarnya lebih prihatin terhadap takhta politik mereka atau sebenarnya keselamatan rakyat di Kuantan? Mereka tidak pernah untuk cuba duduk sekali pun dalam PSC maka terus membuat kesimpulan sendiri? Demi rakyat mereka sepatutnya duduk dahulu dalam PSC yang didesak oleh mereka dan sekirannya pandangan mereka tidak diterima baharu mereka keluar daripada PSC sekirannya benar mereka ikhlas.
Kelima , DAP Tan Seng Giaw pada mulanya mendesak penubuhan PSC adalah demi keselamatan rakyat dan kini apabila cadangan mereka hendak dilaksanakan mereka pula berubah watak mengatakan PSC tidak dapat memansuhkan LYNAS? Pada mulanya adalah demi menjamin keselamatan tetapi kini pula atas alasan demi pemansuhan? Pendirian politik sebegini adalah amat tidak sihat .
Shen Yee Aun
Pengarah Unit Politik SYA
Subscribe to:
Posts (Atom)