Thursday, March 29, 2012
Wan Azizah Munafik - Ummi
Di sidang Media Datuk Nallakarupan dan rakan-rakan, Ummi berkata Wan Azizah munafik... maklumat lanjut saksikan video di bawah...
Skandal RM445 Juta : Anwar, Taikun Quek & Warlord Kroni
Berbekalkan dokumen-dokumen kes saman Hong Leong Finance Bhd. (Hong Leong Finance) dengan Low Thiam Hoe dan kes saman balas oleh Thiam Hoe terhadap Hong Leong, LHG Capital Markets Sdn Bhd dan Seow Lun Hoo, blogger Raja Petra Kamarudin (RPK) membongkar satu lagi operasi gelap yang mengaitkan nama Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama taikun Tan Sri Quek Leng Chan.
Kes saman yang membabitkan pinjaman bersindiket berjumlah RM445 juta itu sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Malaya, Kuala Lumpur.
Dalam perkara 4, salah satu dokumen yang dimuat turun oleh RPK di lamannya, malaysia-today.net antara lainnya menyebut, “Dua defenden adalah Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah mewakili Arus Murni Sdn Bhd yang secara prinsipnya mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim (Menteri Kewangan) dan Tan Sri Quek Leng Chan (Pengerusi Eksekutif Hong Leong Finance)”
“Pada tahun 1993, ketika Anwar mengambil alih jawatan Timbalan Perdana Menteri selepas menyingkirkan Ghafar Baba ramai berpendapat inilah salah satu pemilihan UMNO yang paling terkotor. Sesetengah berpendapat sebanyak RM200 juta telah dibelanjakan untuk menggulingkan Ghaffar – permulaan ‘politik wang’ yang menjadi barah dalam UMNO, ‘budaya hitam’ yang UMNO terpaksa bergelut sampai sekarang.
“Walau bagiamanapun, apa sahaja angka, ia adalah dalam angka beratus-ratus juta. Namun, ramai yang tidak tahu, dan topik utama perdebatan : Dari mana Anwar mendapatkan sumber kewangan tersebut ?”, kata RPK dalam kolumnya, The Corridors of Power, bertajuk “Episode 23 : The Anwar Ibrahim-Quek Leng Chan Saga“.
RPK mendedahkan sebagai Menteri Kewangan, Anwar dikelilingi taikon-taikon Cina yang saling bersaing antara satu sama lain, antaranya Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yiou, Tan Sri Dato Khoo Kay Peng dan Tan Sri Quek Leng Chan.
Khoo Kay Peng adalah pemilik Kwong Lee Bank Berhad yang kemudiannya ditukar nama kepada Malayan United Bank Berhad (MUI Bank).
“Pada mulanya, seorang taikon perniagaan Cina, Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun, melalui Berjaya Corporation, telah membuat tawaran untuk membeli bank itu (MUI Bank). Terdapat khabar angin mengatakan bahawa Khoo Kay Peng tidak berminat untuk menjual banknya tetapi ditekan untuk berbuat demikian.
“Bisik-bisik politik menyebut pada masa itu Vincent Tan telah diberitahu supaya ‘berundur sebab Anwar mahukan bank itu’. Sebagai hamba yang taat, Vincent Tan berundur untuk memberi ruang kepada Quek Leng Chan mengambil alih bank itu.
“Tetapi Vincent Tan tidak berundur dengan tangan kosong. Sebagai pampasan, beliau telah dibenarkan menjalankan ‘cabutan bertuah’ Sports Toto, projek kroni Anwar yang juga rakan tenisnya, S. Nallakaruppan. Cabutan bertuah Sports Toto adalah pendapatan lumayan aliran wang tunai yang mencukupi untuk menampung ‘dana pemilihan’ UMNO. Dikatakan bahawa inilah permulaan hubungan antara Anwar dan Nalla, aliran tunai cabutan bertuah (Sports Toto)”, kata RPK.
Menurutnya, pada 24 Mac 1997, satu pinjaman bersindiket berjumlah RM420 juta telah diperolehi di bawah lapan orang penama, yang kesemuanya bertindak sebagai ‘calon’ untuk orang-orang tertentu – RM420 juta adalah jumlah pinjaman asal dengan tambahan RM25 juta yang diberikan kepada Faiz Abdullah untuk menampung faedah tertunggak.
Pemberi pinjaman sindiket tersebut adalah Hong Leong Finance, Sime Bank Berhad, BSN Commercial Bank (Malaysia) Berhad dan DCB Bank Berhad.
Manakala pemudahcara pinjaman tersebut adalah Hong Leong Finance Berhad dan HLG Capital Markets Sdn Bhd.
Tujuan pinjaman adalah untuk membeli saham-saham Inchcape Timuran dan Kewangan Bersatu Berhad (KBB) atau Kewangan Usaha Bersatu Berhad (KUBB)
KBB dimiliki oleh Ishak Ismail, kroni Anwar yang mengawal Idris Hydraulic dan Bendahari Umno Pulau Pinang di mana ketika itu Anwar merupakan pengerusi UMNO negeri itu.
“Wang RM420 juta telah diluluskanr tetapi pengambilalihan KBB tidak pernah berlaku. Jadi apa yang berlaku kepada wang tersebut ? “, soal RPK.
Menurutnya, Anwar yang bercita-cita mahu menumbangkan Tun Dr Mahathir Mohamad perlu menyingkirkan Ghaffar Baba terlebih dahulu, jika belanja RM200 juta untuk menumbangkan Ghaffar, maka kos yang lebih besar perlu diperolehi untuk menumbangkan Dr Mahathir.
Kata RPK, hanya dengan ‘wang rakyat’ dan kroni-kroninya merupakan jalan terbaik Anwar menumbangkan Dr Mahathir, maka tidak hairan, Anwar memperkayakan kroni-kroninya termasuk Tong Kooi Ong, Chan Ah Chye, TK Lim, Kamaruddin Jaafar, Ishak Ismail dan lain-lain.
“Seorang individu yang bertaruh besar bahawa Anwar akan menjadi Perdana Menteri selepas menyingkirkan Dr Mahathir adalah Quek Leng Chan. Individu yang sama yang mendapat kedudukan di bank di bawah pemerhatian Anwar.
“Ketika Anwar dan Quek melaksanakan perancangan operasi mereka, pelaksana sebenar diberikan kepada Nazri Abdullah, panglima (warlord) Anwar yang sekarang ini menetap di London (dan salah satu keuntungan RM600 juta daripada MBO Media) dan Seow Lun Hoo adalah panglima Quek.
“Rundingan dengan Inchcape Timuran diuruskan oleh Seow bersama Faiz Abdullah, kroni Anwar dan peguam yang juga bertindak sebagai penulis ucapan Anwar sama seperti Dr Munawar Anees, individu yang kemudiannya dipenjarakan selama enam bulan kerana membenarkan Anwar meliwatnya”, katanya.
Baca lagi...
KBBGate Buat Anwar Tak Tidur Malam
SELAMA hari ini rakyat sering kali didoktrinkan dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat berupaya membawa Malaysia ke satu tahap yang baru, dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN). Kunci kepada idea pembaharuan tersebut ialah dengan meletakkan Anwar sebagai ikon pemimpin yang suci, bersih dari segala penyalahgunaan kuasa dan rasuah – mengambil teladan dari rekodnya sebagai Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum dipecat pada 1998 atas kesalahan moral.
Justeru, amat penting sekali Anwar dan Pakatan Rakyat ‘dilihat’ bebas dari sebarang unsur-unsur berkaitan rasuah dan salah guna kuasa. Kalau pun ada, ia perlu cepat-cepat di sapu ke bawah karpet sebelum ada yang nampak dan cuba mempersoalkan.
Paling tidak, tuduh UMNO sebagai dalang dan nescaya perkara itu akan cepat dilupakan. Inilah strateginya.
Tapi perkembangan mutakhir dalam kes saman antara ahli perniagaan Low Thiam Hoe dengan Hong Leong Bank Berhad berhubung skandal pembelian Kewangan Bersatu Berhad (KBB) bernilai RM 445 juta pada 1998, yang menyaksikan nama Anwar dan Pengerusi Hong Leong, Tan Sri Quek Leng Chan turut terbabit, dipercayai akan mengubah pandangan rakyat terhadap ‘kesucian’ Anwar.
Latar belakang ini kes ini secara ringkasnya ialah wang sebanyak RM 445 juta telah dibayar untuk tujuan pengambilalihan KBB tapi pengambilalihan itu sendiri tidak pernah berlaku.
DImana Anwar terlibat? Anwar terlibat hasil dari peranannya sebagai Menteri Kewangan dan hubungan baiknya dengan Quek yang menyaksikan transaksi wang itu berlaku ketika banyak proses lain berkaitan pengambilalihan masih belum selesai. Disamping itu, hubungan Anwar dengan pemilik asal KBB, syarikat Arus Murni Corporation Sdn Bhd (AMC) yang dimiliki kroninya, Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah (yang juga penulis ucapannya) yang turut memainkan peranan penting dalam kes ini.
Suka juga nak disebutkan bahawa sejarah hubungan Anwar dengan Quek itu sendiri menarik untuk diperkatakan tapi penulis tinggalkan sementara kerana yang nak dibincangkankan ini jauh lebih penting.
Hakikat yang rakyat perlu tahu berkenaan kes ini, ada tekanan dari Anwar supaya jumlah wang yang besar tersebut dibayar kepada AMC tanpa menunggu proses ambil alih selesai kerana Anwar dikatakan terdesak untuk mendapatkan wang bagi menjatuhkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO dengan segera sebelum mantan Perdana Menteri tersebut ‘difahamkan’ mengenai kesalahan seksual dan salah guna kuasanya oleh pihak polis.
Sebagai pengasas politik wang dalam UMNO, penggunaan wang untuk menjatuhkan pemimpin ini bukanlah satu yang mengejutkan. Anwar di dakwa pernah menggunakan wang sebanyak RM 200 juta (juga melalui hubungannya dengan Quek) pada 1992 untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri ketika itu Allahyarham Tun Ghaffar Baba. Nasib baik arwah Ghaffar tidak meneruskan pertandingan setelah melihat jumlah pencalonan yang kurang, kalau tidak tahulah siapa yang togel dikerjakan Anwar untuk memuaskan nafsu politik serakahnya itu.
Tapi yang lebih penting disini ialah untuk rakyat menilai siapa dia Anwar. Dengan jenisnya yang bukan reti nak bertaubat, kita yakin Anwar akan meneruskan taktik menguasai parti pemerintah dan kerajaan melalui cara yang diasaskannya di dalam UMNO dahulu – wang.
Walaupun perkara ini berlaku 14 tahun dahulu, itu bukanlah satu masalah yang besar sebab individu yang melakukan itu masih orang yang sama. Kalau kes liwatnya dijadikan perbandingan, jelasnya tidak ada apa yang berubah mengenai Anwar, dia masih macam itu, masih macam dulu.
Pendek kata, kalau dulu dia liwat dan sekarang masih liwat, maka kalau dulu dia korup, sekarang dan selamanyalah dia akan korup.
Kita lihat selepas ini sama ada Anwar berani untuk tampil sebagai saksi dalam kes ini, atau dia akan menggunakan seluruh armada guamannya untuk memastikan dia tidak perlu hadir, seterusnya mengelak dari terkait dalam kes ini dengan apa cara sekalipun.
Malah sekarang pun kita dimaklumkan bahawa sapina ke atas Anwar gagal diserahkan walaupun peguam yang mewakili Thiam Ho, D Paramalingam menunggunya di Parlimen.
Kenapa Anwar mengelak, ini yang pelik. Kalau tak salah hadap sajalah, kenapa mesti mengelak?
Kesimpulannya, rakyat yang mengimpikan Malaysia akan bebas dari rasuah dan penyalahgunaan kuasa dibawah pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan Anwar, sebenarnya hanya bermimpi di siang hari. Malah lebih teruk lagi, ada banyak kemungkinan negara kita akan bertambah hancur kerana kepimpinan di atas tidak boleh dipertikai dan ditegur dek kecenderungan Anwar menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa pihak polis melakukan tindakan tertentu bagi menutup apa juga kesalahan yang ada kaitan dengannya.
Anwar terbukti bahaya dan tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri kita.
Kasino Mini Di Penang Tumpas!
Siapa sangka di tengah-tengah hutan di Kampung Batak, Sungai Ara di George Town, wujud sebuah kasino mini yang sering menjadi tumpuan kaki judi setiap malam.
Selain jauh dari penempatan penduduk, ia dikelilingi kebun sayur dan pengunjung perlu menyeberang sungai dengan jambatan untuk ke situ, menjadikannya lokasi cukup strategik untuk menjalankan kegiatan judi haram.
Namun kewujudan kasino mini itu dapat dihidu pihak polis hasil maklumat orang ramai dan intipan telah dilakukan sejak tiga hari lepas.
Sehubungan itu kira-kira jam 9.30 malam tadi, sepasukan polis seramai 10 anggota dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman menyerbu tempat berkenaan dan menahan 63 orang termasuk 17 wanita.
Ketua Unit Pencegahan Perjudian D7 tersebut, DSP Tan Tin Heng berkata premis tersebut turut terselindung di belakang sebuah bengkel kereta.
Beliau berkata, ketika dalam serbuan yang berakhir awal pagi tadi, kesemua yang ditahan itu yang berumur lingkungan 30 hingga 70 tahun sedang leka bermain judi tanpa menyedari kehadiran pihak berkuasa.
Katanya pihaknya juga terpaksa berdepan dengan ancaman tonto malah kawasan itu dipenuhi kamera litar tertutup (CCTV) di setiap persimpangan masuk.
"Kita berjaya merampas wang tunai sebanyak RM45,000 dan pelbagai cip yang bernilai RM65,000 dalam serbuan berkenaan.
"Setiap pertaruhan boleh mencecahi RM250,000 malah ada antara mereka yang sanggup mengadaikan barang yang berharga bagi meneruskan permainan setelah kalah," katanya kepada pemberita selepas selesai operasi tersebut.
Tan berkata kesemua mereka yang ditahan itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut untuk disiasat menurut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, yang jika sabit kesalahan boleh didenda RM5,000 seorang atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya sekali.
"Kami yakin ini merupakan serbuan judi yang terbesar di negeri ini setakat ini malah pihak kami akan menjalankan lebih banyak operasi bagi membanteras kegiatan ini," katanya. - Laporan Bernama.
Mula-mula Mini Kasino lepas ni Bapak Kasino pula yang akan wujud di Penang!
Anwar Melenting Pasal Isu Israel
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi hilang punca apabila kenyataan beliau yang menyokong segala usaha untuk menjamin keselamatan Israel dibangkitkan di Parlimen.
Anwar yang berang apabila kenyataannya itu ditafsir sebagai menyokong keganasan Israel ke atas penduduk Palestin oleh Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem mengugut akan mengambil tindakan jika terus 'difitnah'.
Bagaimanapun, ketika dicabar Datuk Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) mengapa tidak mengambil tindakan undang-undang ke atas The Wall Street Journal (WSJ) jika benar kenyataannya menyokong keselamatan Israel adalah fitnah, Anwar membisu.
Sebaliknya, Ketua Pembangkang itu berterusan cuba untuk menegak benang basah apabila berkata, kenyataan beliau telah diputar belit oleh media arus perdana demi tujuan politik.
Subscribe to:
Posts (Atom)