Tuesday, April 3, 2012

Video Murtad Tak Penting... PAS Pasti Menyesal Pecat Hasan Ali...


Sayang sikit, Datuk Dr Hasan Ali tidak membenarkan media menyiarkan video pengakuan seorang lelaki dan wanita Melayu mengenai gerakan memurtadkan orang Islam di negara ini yang ditayang beliau kepada media tengahari Isnin.

Jika tidak tentu orangramai dapat mengikuti sendiri dari dekat bagaimana macam-macam taktik digunakan oleh gerakan ini untuk tujuan itu.

Bekas Exco Selangor itu tidak membenarkan media menyedut video itu untuk ditayang semula kerana ia melibatkan soal kerahsiaan identiti orang yang membuat pengakuan itu.

Ramai wartawan dan jurugambar hadir pada sidang media berkenaan yang diadakan di rumahnya di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Lelaki dan wanita Melayu yang membuat pengakuan dalam video selama 46 minit itu merupakan pasangan suami isteri.

Mereka yang kini sudah berjaya diIslamkan semula antara lain mendedahkan taktik yang digunakan termasuk mendekati kanak-kanak beri apa yang mereka hendak da juga ibu tunggal yang bermasalah.

Gerakan ini juga didakwa mengunakan taktik 'menyamar' sebagai NGO yang hendak membantu orang Melayu.

Lelaki Melayu itu juga menceritakan dia sudah bersua dengan sekitar 400 orang Islam yang murtad.


Itu baru mereka yang ditemuinya sahaja dan mungkin ada kumpulan-kumpulan lain.

Ramli berasal dari Utara pernah menuntut di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), Institut Teknologi Mara (ITM) mengaku ternbabit dengan agama Kristian itu pada 2002 dan upacara baptis di adakan di sebuah pangsapuri di Jalan Pinang, Kuala Lumpur.

Dalam pendedahan itu, Ramli mengakui tertarik dengan cara gerakan tersebut membantunya yang sedang sakit, menyediakan tempat tinggal, kerja dan hadiah paling besar memberikannya kenderaan.

Beliau dijaga oleh pasangan mubaligh dari Australia tetapi di baptis oleh paderi lain.

Ramli diyakinkan bahawa beliau boleh masuk syurga setelah dibangkitkan semula selepas ‘masuk kolam renang’ di pangsapuri itu sebagai sebahagian upacara baptis seolah-olah beliau jadi orang baru.

Paling memeranjat, Ramli turut mendedahkan kumpulan ini yang juga fasih berbahasa Melayu menggunakan ayat-ayat al Quran kerana yakin kalau mereka gunakan kitab, orang yang didekati akan melarikan diri.

“Mereka guna pendekatan Al Quran sebagai jambatan rapatkan diri dengan orang Islam untuk ‘cross over’, bila dah melintas, baru mereka ajar agama Kristian sedikit demi sedikit,” ujarnya.

Isterinya Zakiah Musa (bukan nama sebenar) 42, juga mendedahkan bagaimana kumpulan itu mendekati ibu tunggal yang memerlukan bantuan selain kanak-kanak.

Katanya, ibu tunggal ini akan dipelawa sertai banyak program dan diberikan bantuan yang diperlukan.

“Mereka juga dekati kanak-kanak dan gula-gulakan mereka,” ujar Zakiah.

Bagaimanapun, Zakiah cepat sedar apabila ujudnya Unit Selamatkan Aqidah (USA) ditubuhkan ketika Dr Hasan menerajui Exco Agama Kerajaan Negeri Selangor.

Beliau pergi mendengar penerangan dan mendapatkan nasihat sebelum berjaya menyakinkan suaminya untuk kembali ke pangkal jalan.

Pasangan itu menasihatkan orang ramai beragama Islam supaya berhati-hati dan jangan mengulangi kesilapan mereka setelah terpesong daripada landasan Islam.

Dalam satu video lain, ditunjukkan Dr Hasan sedang mengIslamkan semula seorang lelaki Melayu dikenali Mohd Shafiq berusia 27 tahun di Pulau Pinang.

Memang sayang, video pengakuan tersebut tidak dapat disiarkan sebagai bukti betapa seriusnya usaha pihak tertentu memujuk orang Islam menyertai agama mereka yang bertentangan dengan perlembagaan negara.

Bagaimanapun, PAS memperlekeh pendedahan video oleh Dr Hasan dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman bahawa tindakan Adun Gombak Setia itu tidak penting.

Sebab itu, Dr Hasan cukup angin dan berkali-kali tunjuk akhbar yang siar kenyataan Dr Rani bahawa PAS Selangor dan Pusat lebih utamakan soal pengundi untuk pilihan raya akan datang.

“”Inilah contoh parasit dalam PAS. Inilah ketua parasit di Selangor. Sepatutnya ahli-ahli singkir pemimpin macam ini dari PAS,” katanya.

Menjawab soalan, Pengerusi JATI itu berkata, ada enakmen undang-undang Islam patut dilaksanakan dan dikuatkuasakan tetapi sukar kerana tentangan daripada DAP dan PKR.

Bagaimanapun katanya, selepas Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor jadi Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam negeri, sepatutnya usaha menyekat pemurtadan ini dapat ditingkatkan.

Katanya, Khalid ada ‘tongkat besar’ (kuasa MB) dan kena bertegas bukannya memberi jawapan umum apabila perkara itu dibangkitkan.

Apapun, Dr Hasan sudah buktikan memang ujudkan usaha memurtadkan orang Islam walaupun ada pemimpin dalam PAS meragui kenyataanya ketika masih dalam parti.

Pendedahan melalui video itu adalah bukti jelas Dr Hasan bercakap benar dan kini Khalid kena bertanggungjawab jika perkara itu terus berlaku di Selangor. – Agendadaily

Monday, April 2, 2012

Kes Saman Anwar Kacau Bini Orang, 27 & 28 September


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seperti dilaporkan Bernama hari ini menetapkan 27 dan 28 September untuk perbicaraan kes saman fitnah bernilai RM10 juta yang difailkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainuddin.

Pesuruhjaya Kehakiman Rosilah Yop menetapkan tarikh itu di dalam kamar pada Isnin.

Pada 22 Ogos 2008, Anwar memfailkan saman terhadap Hamzah, yang ketika itu Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kerana mendakwa mengeluarkan kata-kata fitnah kepadanya yang disiarkan dalam akhbar berbahasa Cina, Kwong Wah Jit Poh, bertarikh 19 Ogos 2008, dalam artikel bertajuk “Anwar Harassed My Wife” (Anwar Gangu Isteri Saya).


Anwar mendakwa kata-kata Hamzah dalam artikel itu memberi gambaran dan persepsi bahawa beliau terbabit dengan aktiviti hubungan seksual terlarang, bermoral rendah, seorang lelaki yang tidak ada nilai-nilai Islam dan berperangai buruk.

Hamzah, dalam pembelaan beliau pada 13 November 2008 pula, berkata perkataan dalam artikel itu adalah wajar.

Pada 3 September 1998, Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, SAC 1 Musa Haji Hassan telah mendedahkan afidavit siasatannya kepada umum yang menyebut; “seorang ahli korporat yang mendakwa bahawa Anwar cuba memikat isterinya”.

Perkara itu berlaku ketika beliau dan isterinya mengikuti rombongan Anwar ke Washington.

Dalam siasatan polis, terbukti Datuk S. Nallakaruppan, rakan sepermainan tenis Anwar juga turut terlibat dalam aduan yang dibuat oleh ahli korporat itu.

Ketika itu, pihak polis juga mempunyai maklumat bahawa Nalla sering mengikuti Anwar ke luar negara di samping sebagai orang tengah dalam menjalankan aktiviti-aktiviti negatif kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Sumber: AIDC

Sunday, April 1, 2012

Bayan Mutiara: Umno Pulau Pinang Beri Tempoh Dua Minggu Kepada Guan Eng!


Umno Pulau Pinang memberi tempoh dua minggu kepada Ketua Menteri Lim Guan Eng untuk memberikan jawapan tepat berhubung isu penjualan tapak masjid dan sekolah di Bayan Mutiara.

Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri Datuk Zainal Abidin Osman berkata, pihaknya akan menimbang tindakan injunksi mahkamah atau langkah lain bagi menghalang pembangunan di tanah itu jika Guan Eng gagal memberi jawapan yang konkrit dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata Ketua Menteri itu hanya perlu memberi jawapan berdasarkan fakta tanpa sebarang putar belit, iaitu sama ada kerajaan negeri telah menjual ataupun tidak tapak masjid dan sekolah tersebut.

"Senang saja (Guan Eng) beritahu kata tapak masjid Bayan Mutiara kekal. Luasnya lima ekar... akan dibina bila. Akan diserahkan kepada MAIPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang), akan dikategorikan sebagai wakaf. Senang saja, tidak payah susah-susah.

"Rakyat cuma nak tahu ada atau tidak... tapak masjid sudah hilang, belum. Kalau ada (tapak masjid) syukur alhamdulillah. Tapi, kalau tidak ada, Umno Pulau Pinang tidak akan kompromi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya Komuniti 1Malaysia di sini hari ini.

Zainal Abidin berkata, kerajaan negeri seharusnya menitikberatkan kehendak rakyat dalam melaksanakan sesuatu pembangunan selain mengambil kira keseimbangan kerohanian dan riadah.

"Kita kerajaan yang diberi mandat oleh rakyat. Kalau mandat oleh rakyat kita kena seimbang semua agama, semua kaum. Kalau ada masjid dulu lima ekar, sekarang ini lima ekar untuk masjid, 97 ekar lagi binalah pembangunan dan perumahan. Tapak sekolah untuk penduduk di situ juga perlu disediakan," katanya.

Mengulas hasrat Guan Eng untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Pemuda Umno negeri Shaik Hussein Mydin berhubung isu itu, beliau berkata, langkah itu tidak menggambarkan demokrasi.

Zainal Abidin berkata, sebagai pemimpin sebuah parti yang memperjuangkan demokrasi, Guan Eng seharusnya bersifat terbuka dengan menjawab segala persoalan secara profesional sebagai Ketua Menteri, dan bukan melihat perkara itu sebagai serangan peribadi.

Kontroversi Bayan Mutiara timbul selepas kerajaan negeri bersetuju menjual tanah seluas 41.5 hektar kepada pemaju persendirian, Ivory Properties, dengan harga RM1.07 bilion.

Tanah itu dianggap amat bernilai dan lokasinya adalah strategik kerana berdekatan dengan Jambatan Pulau Pinang, Zon Perdagangan bebas dan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas. – Bernama

Anwar Peralat Penyokong Pas


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat terus memperalatkan ahli dan penyokong Pas di Kelantan bagi mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya pembangkang menang pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) akan datang.

Tindakan itu dapat dilihat apabila Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut mahu rakyat Kelantan memastikan pembangkang menyapu bersih kerusi Parlimen di negeri ini pada pilihan raya umum akan datang bagi menjamin kemenangan, sekali gus impiannya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai.

Dalam ceramah perdana dan solat hajat bertema Putrajaya bermula di sini di Padang Perdana dekat sini malam tadi, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sekali lagi menabur pelbagai janji manis termasuk menghapuskan tol, menurunkan harga minyak, tarif elektrik dan pendidikan percuma untuk golongan miskin jika pembangkang memerintah.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, pendekatan pihak lawan yang sentiasa melakukan tindakan kontroversi, termasuk menuduhnya melakukan perkara yang tidak senonoh tidak sesekali akan melunturkan semangatnya untuk menukar Putrajaya.

Ayat yang boleh mengangkat dan memartabatkan diri sendiri.. kononnya dia baik hati.. sedikit sebanyak boleh memanipulasi pemikiran dan pandangan rakyat terhadapnya.. Aljuburi memang hebat dan kaki auta!.. PAS is Dead!

Saturday, March 31, 2012

Awas! Khalid Ibrahim Suka Main Tikam Belakang!

Rakyat Selangor Bakal Minum Air Lombong!

Kerajaan Selangor akan menggunakan air mentah dari bekas lombong di negeri itu bagi menampung keperluan air di Lembah Klang, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri, Dr Xavier Jayakumar.

Beliau berkata kerajaan negeri juga bercadang merawat dan menapis air dari bawah tanah, hujan dan sungai yang dilihat lebih banyak memberi manfaat serta menjimatkan berbanding projek membangunkan infrastruktur pemindahan air dari Pahang.
Sumber: Berita Harian.