Saturday, January 26, 2013
Shahidan Kassim - 'Saya Tak Masuk Pas'
“Saya tak pernah kata nak lompat parti,” tegas bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga Adun Tambun Tulang.
Shahidan berkata, beliau tidak mungkin berhasrat untuk meninggalkan Umno kerana dirinya adalah seorang pejuang politik dan parti itu tidak pernah menimbulkan sebarang masalah terhadapnya.
“Orang lain mungkin. Buat apa saya nak lompat?. Parti tidak pernah buat salah pada saya, yang buat begitu orang lain. Saya tak sertai Pas seperti heboh diperkatakan, itu sekadar dua tiga orang bercakap di blog,” katanya kepada Sinar Harian.
Shahidan memberi reaksi itu ketika diminta mengulas dakwaan blog mengatakan dirinya akan hadir berceramah bersama pemimpin Pas di Kompleks Pas Kedah di Kota Sarang Semut.
Isu terbabit timbul gara-gara gambar Shahidan bersama pemimpin Pas Kedah terpampang pada kain rentang membabitkan program anjuran Pas Kuala Kedah.
Shahidan dijadualkan hadir pada majlis Wacana Perdana, PRU13: Ke mana arah tuju Islam dan Melayu bergandingan dengan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusoff Rawa dan Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr Maszlee Malek.
Rentetan itu, beliau dikaitkan akan menyertai Pas dalam masa terdekat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Mengulas perkara itu, Shahidan berkata, perkara itu tidak perlu dijadikan isu berikutan program terbabit adalah sebuah majlis ilmu.
“Ianya bukan isu dan tidak wajar dijadikan isu. Majlis wacana ilmu itu dikenali sebagai wacana perdana, menampilkan saya selaku Ahli Majlis Tertinggi Umno. Ia bukan program politik,” katanya.
Menurutnya, bagaimanapun, beliau tidak dapat hadir ke majlis berkenaan kerana masanya tidak sesuai kerana terpaksa berangkat ke Gaza pada keesokannya.
“Perkara itu dalam pengetahuan Setiausaha Agung Umno dan Menteri Besar Perlis dan menyifatkan ianya tidak sesuai ekoran pilihan raya semakin hampir,” katanya.
Shahidan berkata, beliau tiada masalah untuk bersama pemimpin Pas dalam satu pentas asalkan mendapat kebenaran Majlis Tertinggi dan diadakan di tempat terbuka.
“Anjuran siapa pun boleh jika dibuat di tempat sesuai. Lebih sesuai jika wacana ilmu diadakan di tempat terbuka dan bukan markas parti. Saya tak hadir sebab ada komitmen lain dan jemputan itu dihantar melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan sudah dimaklumkan ketidakhadiran saya,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Ketua Penerangan Pas Kuala Kedah, Ridzwan Abu Bakar berkata, majlis ilmu itu sememangnya bertujuan mendapatkan perbezaan pandangan antara parti politik utama di negara ini.
“Kita jemput Shahidan sertai perbincangan lintas parti, dapatkan pandangan parti lain berkaitan topik semasa. Saya ucapkan terima kasih kepada beliau kerana sudi kongsi pandangan selama 10 minit melalui telefon walaupun tidak dapat hadir,” katanya.
Menurutnya, pihaknya memilih Shahidan kerana mahu mendapatkan pandangan seorang Ahli Majlis Tertinggi Umno dalam isu berkaitan. -SH
Dulu Haram Sekarang 100% Halal... PAS Sedia Letak Calon Bukan Islam!
Dulu PAS kata: “Haram orang Islam memangkah calon yang kafir. Ini kerana Allah mengharamkan melantik orang kafir menjadi pemimpin”.
Hari ini... PAS sedia meletakkan calon dari kalangan bukan Islam mewakili parti itu bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Jika Bible Dibakar! Lim Guan Eng Patut Menanggung Akibatnya
Majlis Peguam dalam reaksi segeranya telah meminta pihak berkuasa bertindak mendakwa Presiden Perkasa, Ibrahim Ali di bawah Akta Hasutan berikutan gesaan NGO itu supaya kitab Bible yang mengandungi kalimah Allah s.w.t dan disebarkan kepada pelajar Melayu Islam di Pulau Pinang dibakar.
Bila ada kepentingan untuk politik pembangkang tak semena-mena mereka mahu menggunakan Akta Hasutan yang sebelum ini seringkali dituduh sebagai alat Kerajaan Pusat untuk menutup mulut pemimpin pakatan pembangkang.
Kalimah Allah: 10 NGO Kuala Muda Desak Guan Eng Mohon Maaf
SUNGAI PETANI: Anggota 10 badan bukan kerajaan (NGO) daerah Kuala Muda pada Jumaat mengadakan demontrasi aman bagi mendesak Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon maaf secara terbuka berhubung penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa Melayu.
Demonstrasi di hadapan Masjid Sultan Muzaffar Shah di sini selepas solat Jumaat itu disertai puluhan umat Islam antaranya mewakili Persatuan Masyarakat Sejahtera Harmoni Kuala Muda (Maksum), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Kedah, Perkasa Kuala Muda dan Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) cawangan Sungai Petani.
Zahid Fail Saman Fitnah Terhadap Rafizi
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini memfailkan saman fitnah terhadap Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohd Rafizi Ramli berhubung satu artikel di dalam laman blog.
Dr Ahmad Zahid memfailkan writ saman tersebut menerusi Tetuan Majid Krishna Menon & Lee di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.
Subscribe to:
Posts (Atom)