Tuesday, February 5, 2013
[Video] Pergaduhan Di Felda Sg Tengi, Unit Amal PAS Bertindak Ganas
Unit Amal PAS sudah tidak relevan... kehadiran mereka hanya menimbulkan provokasi yang sering mengundang pergaduhan.
Kedamaian Felda Sungai Tengi, Kuala kubu Baru malam tadi terganggu bila satu kekecohan berlaku di program anjuran PAS Selangor di Dataran Felda Sungai Tengi yang melibatkan penduduk kampung, Unit Amal dan penyokong PAS.
Penduduk membantah kehadiran pemimpin pembangkang, Mazlan Aliman yang dikatakan cuba datang untuk menghasut peneroka membenci kerajaan. Menurut kenyataan salah seorang wakil penduduk, ceramah yang diadakan itu tidak mempunyai permit, malah majlis perhimpunan awam yang melibatkan aktiviti makan malam di situ turut tidak dimaklumkan kepada pihak polis. Ini membuatkan perhimpunan tersebut melanggar syarat Akta Perhimpunan Awam.
Video URL: http://youtu.be/hWMiahWb0Pk
Kain rentang yang mengutuk kehadiran Mazlan Aliman ke Felda Sungai Tengi kelihatan banyak terpasang di tepi-tepi jalan sekitar perkampungan itu menandakan ketidaksenangan hati penduduk bila Mazlan Aliman dijemput berceramah di kawasan Felda mereka.
Manakala hampir 200 orang penduduk berkumpul di laluan masuk utama ke Felda Sungai Tengi bagi menghalang kehadiran Mazlan Aliman. Setiap kereta yang melalui jalan tersebut diperiksa bagi memastikan pengerusi ANAK itu tidak memasuki desa Felda tersebut.
Namun Mazlan Aliman diberitakan hadir di majlis ceramah malam tadi melalui laluan alternatif kira-kira jam 10 malam. Kekecohan mula berlaku bila Mazlan Aliman memulakan ucapan. Unit Amal dan penyokong PAS dikatakan merempuhan penduduk yang berkumpul di tepi dataran sambil melaungkan amaran supaya Mazlan Aliman menghentikan ucapan dan keluar dari Felda Sungai Tengi.
Mazlan Aliman menghentikan ucapan dan majlis tersebut disambung dengan tayangan video ceramah.
-EH/PjO
Pemuda Umno Bantu Bawa Pulang Mayat Claudia
Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno akan membantu menguruskan penghantaran pulang mayat Claudia Theophilus, Penerbit Bahasa Inggeris portal berita Al-Jazeera, yang maut terkena tembakan Sabtu lalu.
Pengerusinya, Datuk Muhd Khairun Aseh berkata dua wakil biro itu akan ke Beirut bersama-sama dua anggota keluarga Claudia untuk menguruskan proses membawa balik mayat mendiang.
"Tujuan kami untuk ke sana adalah untuk mendapat maklumat terperinci mengenai punca kematian mangsa serta menguruskan proses untuk membawa balik mayat mangsa," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay memberitahu Bernama, kedutaan Malaysia di Lubnan sedang membuat persiapan untuk membawa mayat pulang.
Kohilan berkata mayat mendiang dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) Rabu ini sebelum dibawa keluarganya ke Seremban, Negeri Sembilan.
"Pada masa ini, pihak berkuasa Lubnan sedang menjalankan bedah siasat dan melengkapkan dokumentasi," katanya.
Claudia, 42, penerbit yang berpangkalan di Doha, Qatar, mati dua hari lepas dipercayai akibat terkena tembakan dalam satu insiden di Baakleen yang terletak di sebuah kawasan pergunungan di Lubnan ketika bersama dua rakannya rakyat Lubnan.
Dilaporkan Claudia, yang berkhidmat dengan stesen televisyen Al-Jazeera yang berpangkalan di Doha, Qatar, terkena tembakan secara tidak sengaja ketika bercuti bersama dua rakan di Beirut.
Sabotaj Gangnam Style: Tenyata Pakatan Haram Takut Dengan Aura Gelombang Biru Di P.Pinang
11 Februari 2013 sememangnya agak dinantikan oleh golongan muda memandangkan pada tarikh itu penyanyi Korea yang sedang menjadi kegilaan ramai, Park Jae-Sang ataupun Psy akan turut hadir memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang.
Majlis yang akan dilangsung di padang Sekolah Tinggi Han Chiang, Pulau Pinang itu dijangkakan akan disertai oleh lebih 60,000 orang. Turut serta ialah Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak dan para pemimpin BN Negeri dan Pusat.
Kehadiran Psy ke Malaysia yang julung kalinya ini tentunya memberi impak positif yang tersendiri terutama sekali dalam meningkatkan profil negara dalam menyuntik nilai tambah bagi industri perlancongan.
Kesediaan penyanyi popular Korea itu menyertai majlis yang dianjurkan BN itu bagaimanapun tidak disenangi ramai pemimpin PR khususnya dari DAP yang menimbulkan persoalan mengenai kos perbelanjaan yang kononnya terpaksa ditanggung oleh Kerajaan Pusat untuk dibayar kepada artis K-Pop itu.
Mereka melemparkan tuduhan kononnya kedatangan superstar dari Korea itu telah menyebabkan sejumlah RM3 juta wang rakyat lebur begitu sahaja semata-mata untuk satu lagu Oppa Gangnam Style. Satu tuduhan yang agak jauh tersasar, bermotif politik dan berniat untuk mengelirukan orang ramai.
Walhal realiti sebenarnya samada Kerajaan Pusat ataupun BN sendiri tidak menggunakan wang rakyat untuk dibayar kepada Psy. Sebaliknya segala kos perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat swasta, Mega Ultimate termasuklah bayaran RM2.3 juta bayaran kepada penyanyi terkemuka itu untuk tampil memeriahkan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina.
Jika penampilan Psy memeriahkan rumah terbuka Tahun Baru Cina ini dikatakan satu pembaziran, kenapa tidak para pemimpin PR mencemuh tindakan Kerajaan DAP Pulau Pinang pada akhir tahun lepas yang terang-terangan membelanjakan sejumlah RM3 juta wang rakyat untuk menjayakan konsert hiburan di Batu Feringgi?
Malah dalam konsert hiburan anjuran kerajaan DAP Pulau Pinang itu yang menampilkan beberapa orang artis Korea juga turut mendapat kerjasama syarikat arak, peliknya tiada pula walau seorang pun pimpinan PR berani mempersoalkannya.
Hatta dikalangan penyokong dan pemimpin PAS sendiri tidak pula sibuk mahu bercakap soal moral dan akhlak muda-mudi sekalipun tahu konsert anjuran Kerajaan DAP Pulau Pinang itu turut dijayakan oleh syarikat arak. Double standard agaknya.
Persoalan penting untuk dijawab oleh PR, mengapa kelihatan begitu takut dengan kesediaan Psy menyertai majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina itu? Atau PR terlalu bimbang kehadiran ramai muda mudi keturunan Cina kelak bakal menjejaskan pengaruh DAP di negeri itu?
Sepatutnya pemimpin PR tidak perlu berasa cuak atau takut dengan kemunculan Psy di majlis tersebut, lebih-lebih lagi di saat masyarakat Cina bakal meraikan perayaan Tahun Baru Cina.
Kecuali, PR terutama sekali DAP sedang dilanda kebimbangan yang artis popular Korea itu akan membuat pengumuman penting yakni menyaman mereka gara-gara tindakan mengubah suai lagu Oppa Gangnam Style tanpa kebenaran untuk tujuan kempen politik parti itu.
Sekiranya itu sebabnya, memang ada asaslah untuk pemimpin DAP dan PR berasa gundah gelana dan kita rakyat jelata pun boleh tumpang memahaminya.
Monday, February 4, 2013
Kecoh Di Felda Sg. Tengi, Mazlan Aliman Kena Belasah!
Kehadiran Mazlan Aliman untuk memberi ceramah di Felda Sg Tengi bertukar menjadi hangat apabila penduduk felda dikatakan berkumpul lebih awal sebelum kehadiran Mazlan Aliman untuk menghalang perhimpunan haram tersebut.
Ketegangang berlaku apabila lebih dari 100 orang penduduk felda bertempur dengan unit amal PAS, dimana Unit Amal PAS terpaksa bermati-matian mempertahankan Mazlan Aliman..
Rata-rata penduduk Felda tidak berpuashati dan meminta Mazlan Aliman berambus dari felda tersebut...
Walau bagaimanapun ceramah Mazlan Aliman di Sg Tengi dibatalkan selepas kekecohan berlaku...
Dibawah gambar yang dirakamkan petang tadi... ternyata penduduk Felda tidak mahu Mazlan hadir di kawasan mereka!
Lain kali masuk tempat orang bagi salam dulu... jangan main redah je.. kan dah benjol dahi tu....
Dibawah gambar yang dirakamkan petang tadi... ternyata penduduk Felda tidak mahu Mazlan hadir di kawasan mereka!
Lain kali masuk tempat orang bagi salam dulu... jangan main redah je.. kan dah benjol dahi tu....
Sumber Gambar: http://harapan-esok.blogspot.com
Ceramah Abby Abadi Di Miri Sarawak Tak Laku @abby_abadi112
Wira Kenyalang - Kehadiran bekas pelakon Gerak Khas dan penyanyi kumpulan Elite suatu ketika dahulu, Abby Abadi di Lambir, Miri pada Sabtu, 2 Februari 2013 telah berjaya menarik ramai pengunjung hingga ada yang membuka gerai makan di sepanjang kawasan ceramah.
Namun demikian ramai di kalangan peniaga marah termasuk penganjur apabila hanya sekitar 60 orang yang hadir. Setelah ditolak dan dicampur, hanya sekitar 20 sahaja yang hadir dengan selebihnya terdiri daripada ahli-ahli PAS Miri dan sekitarnya serta beberapa orang anggota polis.
Kata haram tapi nak jugak!
Abby Abadi seperti dijangka telah membawa isu Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang kini sedang diagihkan kepada penerima di seluruh negara. Seperti mengikut lirik lagu dan skrip drama, Abby Abadi telah memperjelaskan bahawa BR1M 2.0 itu RASUAH.
Dengan nada angkuh, Abby Abadi mengatakan adalah haram rakyat mengambil BR1M kerana rasuah. Ini seolah-olah meminta rakyat Sarawak khususnya di kawasan Parlimen Sibuti supaya mengambil BR1M. Berbeza dengan Abby Abadi yang mungkin tidak akan menerima atau mungkin tidak dapat BR1M kerana pendapatannya melebihi RM10,000 sebulan hasil bersama dengan PAS.
Atas sebab itu, PAS Miri berpendapat membawa Abby Abadi ke Miri akan berjaya menarik ramai penduduk khususnya golongan muda yang gemar dengan hiburan.

Penganjur menjangkakan majlis santai bersama artis Abby Abadi itu akan menarik perhatian penduduk rumah panjang di sekitar kawasan Parlimen Sibuti. Tetapi, malangnya hanya tidak sampai separuh penduduk rumah panjang yang hadir walaupun artis popular yang hadir.
Dengan berbekalkan wajah yang cantik dan suara yang lunak serta status ‘janda berhias’ ternyata Abby Abadi tidak mampu menarik perhatian penduduk rumah panjang di Sarawak walaupun suatu ketika popular.
Bagi rakyat Saraawak, Abby Abadi langsung tidak memberi sebarang impak besar dalam politik Sarawak. Boleh dikatakan Abby Abadi datang ke Sarawak hanyalah sekadar melancong dan makan angin sahaja.
Subscribe to:
Posts (Atom)