Monday, February 18, 2013
Kenyataan Palsu Dakwa PM Letak Jawatan... Bukti Pakatan Haram Kian Terdesak!
Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata sistem penerbitan dalam taliannya yang menyiarkan "kenyataan palsu" berhubung dakwaan peletakan jawatan perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telah digodam.
Katanya, jabatannya juga telah memadamkan kenyataan berkenaan daripada Sistem e-Akhbar dan Sistem e-Press tersebut.
"Tindakan awal ini adalah bagi mengelakkan sebarang penyebaran oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan seterusnya menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.
"Satu siasatan dalam mengenai perkara ini sedang dibuat oleh Jabatan Penerangan Malaysia.
"Satu laporan polis juga akan dibuat mengenai perkara ini dan Jabatan Penerangan Malaysia menyerahkan perkara ini kepada pihak poilis untuk siasatan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di laman Facebook.
Beliau merujuk kepada kenyataan bertajuk 'Memo Permohonan Rakyat Malaysia' dan 'Perdana Menteri Secara Rasminya Meletak Jawatan' yang dimuatkan dalam sistem tersebut sebelum itu.
Nota: Sampai macam ni sekali nak sabotaj Perdana Menteri... Agak-agaklah kalau Pakatan Haram nak menang sekali pun biarla gentleman sikit...
AWAS: Puak Pakatan Haram sekarang sedang sibuk mengondam laman web rasmi kerajaan dan blog blogger pro-kerajaan..
Khalid Gagap MB Tidak Ada Adab... Pakai Kasut Dalam Rumah Orang!
Inilah padahnya bila tersalah memilih pemimpin masa PRU yang lepas... Lain kali jangan undi pemimpin yang tak ada akal, gagap atau kaki liwat!
Hari ini kita lihat betapa biadapnya Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, masuk rumah orang ala-ala mat saleh... Tak kan baru jadi MB Selangor satu penggal dah lupa habis adab orang Melayu..
Kita semua tahu Khalid selalu duduk hotel tapi jangan la sampai kurang ajar macam ni.. nak buka kasut pun malas...
Sedangkan orang cina masuk rumah orang melayu pakai kasut kita marah... inikan pula orang melayu sendiri yang pakai...
Perkara yang memalukan ini mengingatkan kita kepada aksi bodoh ahli politik rejim DAP, Nga Kor Ming yang sama memakai kasut di dalam sebuah rumah orang Melayu di Ayer Tawar, Perak pada tahun lepas.
PRU 13 : Anwar Ibrahim Guna Bekas Tentera, Kitar Janji Lama
Segelintir pesara tentera yang diumpan menyertai Pakatan Rakyat kini diguna untuk berkempen di kawasan yang didiami oleh anggota keselamatan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.
Malam tadi giliran Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggunakan "khidmat" mereka apabila beliau berceramah di kawasan perumahan yang berdekatan Kementerian Pertahanan (MINDEF) di sini.
Malah, Anwar mendakwa telah menawarkan kepada bekas-bekas panglima tentera untuk bertanding sejurus sebelum memulakan ceramah namun pelawaan itu ditolak oleh mereka.
"Kita tidak bayar pun mereka ini. Sepatah pun tidak dibincang. Malah Datuk Ghafir kata dia tidak mahu jawatan atau bertanding. Saya pujuk semua mereka tadi. Memang saya nak bagi semua satu kerusi.
"Saya tengok semuanya hebat-hebat. Tempatnya adalah di pimpinan negara. Tapi mereka kata akan bersama jelajah di seluruh negara, akan melancarkan serangan merantau untuk menentang kezaliman serta penyalahgunaan kuasa Umno," dakwanya di Keramat AU3, semalam.
Empat bekas tentera yang dibariskan semalam adalah Mantan Panglima Tentera Darat, Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid, Bridget Jeneral, Datuk Abdul Hadi Al-Khatab, Mantan Pengarah Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Datuk Najmi Hamid serta Laksamana Pertama Tentera Laut Diraja Malaysia, (B) Imran Hamid.
Keempat-empat bekas tentera itu menyampaikan ucapan masing-masing dengan membuat pelbagai tuduhan penyelewengan yang berlaku dalam unit dalam kementerian pertahanan.
Selain menggunakan bekas anggota tentera untuk meraih sokongan, Anwar terus menggunakan mantera lamanya dengan menawarkan pelbagai janji kepada rakyat.
Antaranya adalah pemansuhan sistem pengesan kelajuan kenderaan AES, meskipun saman di bawah sistem itu sudah pun ditangguhkan oleh kerajaan.
"Mesyuarat Majlis Pakatan Rakyat minggu lalu, PAS, DAP, Keadilan putuskan kita ambil alih Putrajaya, kita batalkan AES.
"Nak bayar AES, sokong Barisan Nasional. Tidak mahu bayar, sokong Pakatan Rakyat," ujarnya.
Sebelum ini Anwar juga berjanji untuk memansuhkan pinjaman pendidikan PTPTN, menurunkan harga minyak, menambah royalti kepada negeri-negeri sebanyak 20 peratus dan bermacam-macam lagi.
Bagaimanapun beliau dikecam kerana segala tawaran itu tidak berpaksi kepada realiti ekonomi negara dan sekadar "menjaja mimpi" kepada rakyat.
Pengkritik Anwar juga merujuk kepada janji-janji manifesto PKR tahun 2008 yang tidak ditunaikan oleh kerajaan negeri pimpinan parti itu. Anwar adalah penasihat ekonomi Selangor.
Antara janji yang dituntut oleh penduduk Selangor adalah rumah kos rendah, program untuk meningkatkan pendapatan nelayan dan petani, elaun bulanan untuk ibu tunggal dan penurunan cukai pintu.
-AntaraPos
Adam Corrie Nafi Sertai PAS
Terdesak sangat puak PAS ni sampai sanggup mereka fitnah yang kononnya berduyun-duyun artis masuk PAS, gila publisiti ke?
Pelakon Gangster Celop, Adam Corrie Lee menafikan dakwaan dirinya sudah menyertai PAS seperti beberapa rakan artis yang lain.
Sebelum ini, beberapa entri blog menyebarkan gambar pelakon berusia 45 tahun itu menghadiri sebuah ceramah di Taiping, Perak, minggu lalu.
“Saya bukan ahli PAS. Saya nak jelaskan di sini, saya bukan ahli mana-mana parti dan saya tak masuk parti PAS seperti yang didakwa.
“Bila masa saya menyertai parti politik? Saya tak nak terlibat dalam dunia politik. Saya memang tak tahu tentang politik, nak campur politik buat apa,” katanya kepada Sinar Harian.
Menjelaskan tentang kehadirannya pada ceramah itu, Adam berkata, kehadirannya dan isteri hanya untuk mendengar kuliah Maghrib yang disampaikan Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din.
“Sebenarnya, saya tak tahu itu kawasan PAS dan saya tak tahu itu ceramah parti politik. Kalau saya tahu, memang sumpah saya tak sampai. Saya tak akan pergi. Memang tak ada kena-mengena saya dengan PAS. Saya hanya pergi untuk mendengar kuliah Maghrib sahaja.
“Secara jujurnya, saya pergi ke sana kerana ada Datuk Dr Haron Din. Beliau beri kuliah Maghrib. Pada masa sama, saya nak berubat juga. Jadi, saya dan isteri pergi sana memandangkan di Kuala Lumpur nak jumpa Datuk Haron Din susah.
"Kebetulan dia datang ke Taiping, jadi, saya pun pergi ke kuliah Maghrib itu,” katanya yang pulang ke Taiping untuk menyambut Tahun Baru Cina bersama keluarganya.
Sementara itu, Adam akui tidak mengenali Yang Dipertua PAS Taiping, Mohd Fakharuddin Abd Aziz yang sempat merakamkan gambar bersamanya pada malam itu.
“Kereta yang saya letakkan di hadapan kedai dia (Fakharuddin) telah dihalang oleh sebuah van. Jadi, saya tanya kenderaan itu milik siapa.
“Salah seorang pekerjanya rujuk YB sebagai pemiliknya. Saya pun pergi jumpa dia untuk minta alihkan van itu. Kebetulan memang ada jurugambar dan YB ajak ambil gambar.
"Selepas ambil gambar, baru saya diberitahu itu YDP PAS Taiping. Saya memang tak kenal siapa YDP PAS,” jelasnya yang akui terkejut selepas dimaklumkan tentang identiti Fakharuddin.
Siti Nurhaliza Tidak Berminat Untuk Jadi Ostajah PAS @Abby_Abady112
Siti menolak dakwaaan serta fitnah blogger Pakatan Haram yang kononnya beliau memakai tudung kerana ingin bergiat aktif dalam bidang politik seperti ostajah segera Abby Abadi.
Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza tidak pernah berniat untuk bergiat aktif dalam dunia politik sebagaimana sesetengah artis wanita lain yang telah berhijrah dan menutup aurat.
Siti, 34, berkata, niatnya memakai tudung adalah ikhlas seperti mana dituntut oleh agama Islam dan bukan kerana faktor-faktor lain.
"Saya tidak pernah terfikir untuk bertudung kerana politik tetapi berniat untuk menutup aurat telah lama dibuat dan Alhamdulillah pada ulang tahun ke-34 Januari lalu hati saya telah dibuka Allah untuk berbuat demikian," jelasnya.
Siti turut menjelaskan setakat ini belum ada pihak daripada mana-mana parti politik yang memintanya untuk menyampaikan ceramah di majlis-majlis tertentu dan tidak berniat untuk berbuat demikian.
Dalam pada itu, Siti turut menjelaskan komennya mengenai kehadiran penyanyi dari Korea Selatan, Psy yang terkenal dengan lagu Gangnam Style di Rumah Terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang baru-baru ini hanya pandangannya sebagai anak seni dan rakyat biasa.
Siti menjelaskan beliau tidak pernah menolak kedatangan artis dari luar negara ke Malaysia namun pada masa sama artis tempatan tidak boleh diketepikan begitu sahaja.
"Saya menghargai bakat-bakat dari luar negara malah tidak pernah menolak kehadiran mereka ke Malaysia namun pengiktirafan terhadap artis tempatan tidak boleh dipandang ringan.
"Alangkah baiknya jika ada pihak yang sanggup menaja untuk persembahan artis tempatan dengan nilai sama dan saya yakin bakat-bakat tempatan tidak kurang hebatnya," jelasnya.
Siti juga berharap komen tersebut tidak dikaitkan dengan politik kerana ulasan tersebut sebagai luahan dan pandangannya sebagai anak seni yang telah lama berkecimpung dalam dunia nyanyian.
Subscribe to:
Posts (Atom)