Wednesday, February 20, 2013

Khalid Gagap Tak Buat Kerja, Kegagalan Sistem Pembentung Bawah Tanah Punca Banjir Kilat


Cukup-cukuplah Menteri Basar Selangor Khalid Ibrahim, tok sah lah 24jam asyik nak ikut pungung Elizabeth Wong... Kebajikan rakyat pun kena jaga jugak...

Kegagalan sistem pembentungan bawah tanah menjadi faktor kompleks beli belah IOI Mall dan Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) dinaiki air.

Perkara tersebut dinyatakan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), Datuk Asmawi Kasbi.

Jelas Asmawi keputusan awal itu dicapai selepas perbincangan bersama pihak Lingkaran Trans Kota Sendirian Berhad (Litrak) dan Malaysia Resources Corporation Berhad (MRCB).

Sebagai langkah berjaga-jaga pihaknya meminta MRCB memperbesarkan longkang berhampiran.

Asmawi turut memberi jaminan siasatan penuh akan dapat diketahui dalam masa dua minggu.

Sementara itu hasil tinjauan mendapati kompleks beli belah IOI Mall kembali beroperasi seperti biasa namun masih terdapat beberapa premis ditutup.

Ini disebabkan premis berkenaan terjejas teruk akibat kejadian tersebut.

Dalam kejadian pada Isnin kawasan sekitar IOI Mall dan LDP dinaiki air.

Insiden tersebut turut mengakibatkan 140 buah kenderaan

Pastikan PRU akan datang jangan tersalah pilih undi lagi....

PAS Merugikan Umat Islam


Naib Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Zulkifli Nordin berkata PAS harus dipertanggungjawabkan terhadap kerugian umat Islam di negara ini.

Beliau ketika ditemui Antarapos menyifatkan pendirian rapuh parti itu berhubung Islam telah mengakibatkan agama rasmi negara diperlekehkan oleh kaum lain.

Zulkifli membayangkan PAS cuba lari dari prinsip yang diperjuangkan justeru mengeluarkan kenyataan berunsur retorik untuk mengekalkan keyakinan rakyat terhadap parti itu.

Presiden PAS Datuk Abdul Hadi Awang ketika berucap di Kuala Nerus baru-baru ini menegaskan parti itu bersedia untuk keluar dari pakatan pembangkang jika kerjasama tidak mendatangkan manfaat kepada Islam dan orang Melayu.

"Hadi Awang perlu lebih realistik setakat buat komen-komen retorik tak cukup. Keadaan sekarang bukan akan merosakkan Islam, dah rosak pun.

"Jadi kalau nak kalau nak menyatakan keluar kalau Islam rugi saya ingat itu retorik politik, Islam sudah pun rosak oleh mereka sendiri," katanya ketika ditemui pada program ceramah di Shah Alam semalam.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar semalam menyifatkan dakwaan Hadi bahawa PAS akan keluar Pakatan Rakyat tidak mungkin berlaku.

Beliau berpandangan parti itu hanya mahu mengaburi mata para penyokongnya kerana menyedari sokongan kepada PAS semakin terjejas akibat isu agama yang dicetuskan DAP dilihat kini semakin membelit.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dalam ucapannya di majlis sambutan Hari Krismas Disember lalu mendesak kerajaan persekutuan untuk membenarkan terjemah kalimah Allah dalam Bible Bahasa Melayu di Semenanjung.

Tuntutan itu disokong oleh Hadi yang membuat pengumuman mewakili Majlis Presiden Pakatan Rakyat membenarkan orang bukan Islam menggunakan kalimah Allah asalkan ia tidak disalahguna.

Namun ketetapan itu disanggah Majlis Syura Ulama PAS yang menyifatkan kalimah Allah eksklusif untuk orang Islam.

Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din dalam ceramahnya agama di masjid-masjid seluruh negara menegaskan bahawa umat Islam wajib mempertahankan prinsip agama justeru mempersoalkan tujuan DAP menuntut perkara sedemikian.

Pengerusi DAP Karpal Singh sebelum ini menuntut PAS agar lebih bersikap terbuka dan menerima pendirian gabungan Pakatan Rakyat bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

PKR Mempersendakan Isu Pengikut Sultan Sulu Di Lahad Datu


Tian Chua dengan bongkak mempertikai serta mempersenda isu pencerobohan pengikut Sultan Sulu di Lahad Datu, Sabah. Naib Presiden PKR itu turut mengesa kerajaan menjawab persoalan yang timbul tentang ‘keaslian’ insiden tersebut.

Dalam satu sidang media, Tian Chua membuat provokasi terhadap pihak berkuasa dengan mendakwa tidak berusaha untuk melucutkan senjata penceroboh berkenaan.

Sikap yang ditunjukkan Tian Chua bukan saja tidak sensitif terhadap keselamatan penduduk Lahad Datu, malah dengan bongkak menganggap diri sebagai serba tahu.

Memang inilah gaya politik Anwar Ibrahim yang sudah menjadi darah daging orang PKR, apa saja yang dilakukan pihak kerajaan dan pasukan keselamatan akan dinafikan dengan mudah.

Kerana bagi orang PKR hanya Anwar saja mampu melakukan perkara betul, ini turut disahkan para ulama PAS yang lurus bendul.

Kenyataan Tian Chua bukan yang pertama dari kalangan pemimpin PKR, sebelum ini pun sudah ada pemimpin PKR yang mempersenda rundingan yang dibuat pihak berkuasa dengan penceroboh tersebut.

Pihak berkuasa akan dianggap cerdik dan bijaksana jika mereka mengumumkan sokongan terhadap Anwar atau PKR. Itu saja prinsip perjuangan Pakatan Rakyat...

Inikah gaya pemimpin yang ingin kita pilih untuk menjaga kepentingan rakyat, sedangkan isu berkaitan konflik keselamatan dengan mudah dijadikan 'persendaan' dan modal politik...

Cakap banyak pun tak guna kalau terer sangat pergilah selesaikan masalah di Lahad Datu... Ini semua taktik murahan Pakatan Haram... Bila kerajaan bertindak dikatanya kerajaan zalim, bla... bla... bla... Macam biasa ayat pembangkang!

Krisis PKR-DAP Semakin Panas.... Anwar-Guan Eng Arah Tutup Mulut


Krisis antara PKR dan DAP di Johor berhubung pembahagian kerusi yang tengah hangat sekarang membuka satu lagi pekong ibarat gunung berapi yang menunggu masa untuk meletop dalam pakatan pembangkang.

Jenuh juga bos PKR negeri itu Datuk Chua Jui Meng ( gambar) kena bersilat berdepan dengan hentaman puak DAP yang secara terbuka meragui tindak tanduknya.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak terkejut melihat dua parti itu bergasak.

"Saya dah andai dah. Cerita ni sudah lama, agaknya ia sudah menggelegak. Chua, dia PKR tetapi orang dalam PKR pun tak berapa yakin dengan dia.

"Orang DAP macam Karpal kata dia (Chua) bekas pemimpin MCA yang telah meninggalkan parti, lepas tu nak masuk PKR, dia tak berapa yakin," katanya.

Bagi Muhyiddin konflik yang berlaku antara DAP dan PKR di Johor membuktikan tiada muafakat dan persefahaman dalam pakatan pembangkang.

Beliau berkata konflik yang mencetuskan perbalahan terbuka di kalangan parti pembangkang itu memberi gambaran yang tidak baik dan akan menjejaskan keyakinan rakyat terhadap mereka.

"Soal kerusi pun tak boleh selesai kalau esok ada pilihan raya dia (pakatan pembangkang) akan bergaduh dan tentu tidak ada kesepakatan dari segi kerusi.

"Dari segi hala tuju dan dasar pun mereka tidak ada dalam haluan yang sama. Ini hakikat yang ada dalan pakatan pembangkang," katanya kepada wartawan selepas menghadiri Perhimpunan Rakyat 1Malaysia di Pusat Kegiatan Kemas Sungai Siput di Selasa.

Muhyiddin diminta mengulas mengenai konflik yang berlaku dalam pakatan pembangkang di Johor sehingga menyebabkan Pengerusi DAP Kebangsaan Karpal Singh menyuarakan kebimbangannya dalam satu kenyataan semalam.

Karpal dilaporkan berkata konflik antara DAP dan PKR di Johor kini mencetus perbalahan terbuka dan boleh menggugat persefahaman mengenai peruntukan kerusi dalam kalangan pakatan pembangkang bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Beliau dilaporkan berkata DAP memandang berat penegasan pengerusi DAP Johor Dr Boo Cheng Hau bahawa pengerusi PKR Johor Chua Jui Meng sedang melancarkan kempen secara rahsia terhadap DAP di Johor.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau telah mengandaikan bahawa konflik seperti itu akan akan berlaku di kalangan parti dalam pakatan pembangkang.

Sementara itu dalam perkembangan terbaru,Setiausaha Agung DAP Lim Guang Eng telah mengeluarkan satu kenyataan khas Selasa memberitahu beliau dan Datuk Seri Anwar Ibrahim setuju keluar arahan tutup mulut kepada Chua dan Boo.

Katanya ini selepas beliau menghubungi Anwar mengenai hal berkenaan.

Menurut beliau kChua dan Boo diminta merujuk kepada pimpinan atasan sebelum buat sebarang kenyataan mengenai pembahagian kerusi.

Guan Eng menilai persengketaan itu boleh menncetus publisiti tidak baik kepada pakatan itu menjelang pilihanraya umum.

Katanya soal pembahagian kerusi antara kedua parti masih dalam proses rundingan.

-Agendadaily

Kes Kebebasan Agama... VT Singham Beri Kemenangan Kepada Nurul Izzah?


Pengurusan kes saman fitnah Nurul Izzah Anwar terhadap Utusan Malaysia telah ditetapkan pada 15 Mac 2013. Saman tersebut adalah berhubung artikel berkaitan hak kebebasan beragama yang disiarkan oleh akhbar itu antara 5 – 7 November tahun lalu, yang didakwa Nurul Izzah sebagai memfitnah beliau.

Sebenarnya, berita mengenai pembangkang menyaman akhbar bukanlah berita yang mengejutkan. Malah, pembangkang sudah begitu terkenal sebagai tidak mengamalkan kebebasan bersuara. Tindakan pembangkang yang gemar membakar akhbar, memboikot akhbar, menghalang pemberita dari membuat liputan, mengherdik pemberita apabila tidak dapat menjawab soalan, adalah antara bukti kukuh bahawa pembangkang mengamalkan prinsip tertutup, tidak bebas dan berat sebelah.

Berbeza dengan Barisan Nasional yang lebih selesa membiarkan media bebas melaporkan apa saja mengenai parti dan pemimpin parti, walaupun ia merupakan fitnah, kerana parti ini percaya kepada kebebasan bersuara. Apabila difitnah oleh media pembangkang, BN lebih suka memilih cara menjawab dan memberi penerangan kepada rakyat kerana yakin yang rakyat adalah jauh lebih bijak dan matang untuk menilai sesuatu berita.

Sikap ‘tidak serupa bikin’ pembangkang bukan sahaja terserlah dalam isu kebebasan media atau kebebasan bersuara tetapi juga berkenaan sistem kehakiman negara. Antara alasan utama bagi pembangkang menyeru rakyat untuk menolak BN ialah kononnya sistem kehakiman negara ini tidak adil dan tidak telus.

Namun, masalah tersebut juga kini semakin lama semakin jelas, bukanlah berpunca dari BN tetapi pembangkang sendiri. Mana tidaknya, jika pembangkang telah berkali-kali menang dalam menentang kerajaan mahkamah. Malah, kes liwat 2 Anwar Ibrahim yang begitu jelas, konkrit dan sahih buktinya dalam bentuk DNA, CCTV di lif, keterangan saksi, kronologi peristiwa serta sejarah tertuduh juga telah dimenangi oleh Anwar, iaitu pihak pembangkang. Kemenangan Anwar membuatkan penyokong-penyokong pembangkang sendiri terdiam seketika kerana tidak menyangka yang beliau boleh menang dengan bukti yang sebegitu kukuh terhadapnya.

Anwar juga memenangi saman Utusan Malaysia mengenai temubualnya di BBC yang didakwanya sebagai berniat jahat. Sedangkan Utusan hanya bertindak sebagai penyampai dengan melaporkan kata-kata Anwar sendiri, tanpa mengubah walau satu ayatpun kerana menyedari bahawa pembaca boleh mengakses sendiri wawancara Anwar itu yang dimuat-turun di Youtube untuk mengesahkan laporan mereka. Utusan telah diperintahkan oleh Hakim VT Singham untuk membayar RM50,000 kepada Anwar.

Justeru, kita tidak hairan, malah yakin dan pasti bahawa Nurul Izzah juga akan memenangi kes samannya terhadap Utusan Malaysia. Keyakinan ini adalah berdasarkan kebebasan mahkamah yang diragui berat sebelah kepada pembangkang, terutama apabila ia melibatkan hakim-hakim tertentu. Dan nampaknya, hakim yang bakal mengendalikan kes Izzah juga adalah termasuk dalam senarai tersebut, iaitu Hakim VT Singham yang telah memenangkan Anwar dalam kes saman Utusan seperti yang disebut di atas.

Hakim VT Singham, berusia hampir separuh abad tetapi entah kenapa masih masih bujang, telah sebenarnya banyak menimbulkan kontroversi, bukan sahaja dalam kes yang melibatkan pemimpin politik tetapi juga kes-kes jenayah. Antaranya:

1.Kes saman fitnah RM10 juta oleh Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr. P. Ramasamy terhadap seorang wartawan The Star dan syarikat akhbar yang berakhir dengan saman tersebut ditarik balik.

2.Kes Bunuh seorang pemuda dimana Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk V T Singham, melepas dan membebaskan Azman Ismail, 25, atau `Man Datuk, anak bekas Datuk Bandar Ipoh, Datuk Ismail Shahbodin dan empat rakannya daripada tuduhan membunuh seorang pelajar kejuruteraan mekanikal pada 2003 tanpa dipanggil membela diri. Empat rakannya itu ialah Mohd Shafiq Azren Salleh, 24 (Boy TC); Mohd Hafiz Ibrahim, 23 (Tony); Mohd Faizal Radzali, 26 (Jambu) dan Mohamad Rizal Abu Hassan, 23 (Adik).

Mereka dituduh bersama seorang lagi yang masih bebas (Mohd Nizam Ariffin atau Tok Mat Crane) membelasah, menendang dan memijak Mohd Hosni Fadzli Mohd Amin, 21, di Ikhwan Auto, No 19, Hala Rapat Baru 20, Kawasan Perindustrian Ringan Kinta di Ipoh, antara jam 3 hingga 10 pagi, 22 Disember 2003, sehingga menyebabkan mangsa mati.

3.Kes Menteri Dalam Negeri menyaman Anwar pada 26 April 2011 melalui Tetuan Zul Rafique & Partners kerana mendakwa Anwar telah mengeluarkan kata-kata fitnah itu semasa wawancara dengan media selepas membuat laporan polis pada 22 Mac lepas di luar Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi, dimana Hakim VT Singham juga menjadi hakimnya. Dan seperti yang dijangka, Anwar telah menang mudah.

Antara teori yang dikatakan mempengaruhi kecenderungan penghakiman VT Singham untuk memihak kepada pembangkang adalah kerana beliau menyokong aspirasi pembangkang yang terbuka terhadap LGBT. Syak wasangka ini berkait rapat dengan hakikat yang beliau masih belum berkahwin walaupun sudah berusia dan berjaya, yang mana tentunya menjadi rebutan wanita.

Berdasarkan teori ini, maka usahlah kita membuang masa mendengar hujah perbicaraan kes saman Nurul Izzah terhadap Utusan Malaysia, kerana jika hakimnya VT Singham, maka Nurul Izzah pasti menang.