Thursday, January 12, 2012
Keputusan Kes Liwat Anwar Bukti Kebebasan Badan Kehakiman Di Malaysia
Pembebasan dan pelepasan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya membuktikan bahawa badan kehakiman Malaysia adalah sebuah badan bebas, kata penganalisis politik Ong Kian Ming yang dipetik oleh Asia News Network.
Ong, yang juga pakar analisis pilihan raya, berkata keputusan itu membuktikan kerajaan tidak campur tangan dalam urusan badan kehakiman.
Katanya keputusan itu juga akan membantu memulihkan kewibawaan Barisan Nasional (BN) dan menaikkan lagi imej Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai reformis yang bersikap sederhana.
Asia News Network memetik Ong sebagai berkata kini Najib boleh meneruskan usaha membina momentum sedia ada dengan menunaikan janji beliau untuk memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri di Parlimen, Mac ini.
Katanya pengumuman tentang pemansuhan undang-undang tidak popular itu yang dibuat September lepas, membawa banyak pujian terhadap Najib.
"Berikutan perkembangan yang ada sekarang, eloklah pilihan raya tidak dilewat-lewatkan lagi," kata Ong.
Mahkamah Tinggi di sini pada Isnin melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Sementara itu, asiancorrespondent.com memetik para penganalisis politik sebagai berkata pembebasan Anwar adalah sesuatu yang "memeranjatkan" dan mereka percaya perkembangan ini akan memberi kemenangan moral yang begitu penting kepada BN dan pakatan pembangkang ketika pilihan raya umum ke-13 negara ini dijangka diadakan tidak lama lagi.
"Pembebasan ini berkemungkinan menaikkan nama baik Najib. Memandangkan Anwar telah dibebaskan, Najib boleh mendakwa bahawa program transformasinya (terutama Program Transformasi Kerajaan) sedang membuahkan hasil," kata Shaun Levine, penganalisis hal ehwal Asia di Eurasia Group, sebuah firma penasihat politik berpejabat di Washington DC.
-Bernama
Wednesday, January 11, 2012
Hassan Ali Di Korbankan Untuk Survival Aktiviti Rumah Urut, Jualan Arak
Pergerakan Pemuda UMNO Hulu Selangor melihat tindakan memecat bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr Hassan Ali sebagai usaha menjaga kepentingan Pas bagi survival politik mereka dalam meraih undi kaum bukan Melayu selain terus menumpang kuasa dari DAP dan PKR khususnya di Selangor ini.
Ketuanya, Mahmud Karim berkata, Dr Hassan Ali juga adalah pemimpin Pas yang tegas dalam isu arak, judi dan gejala sosial lain termasuk isu murtad di Selangor, perlu dinyahkan dari Pas bagi memberikan kerjasama yang lebih erat kepada PKR dan DAP.
“Kita tahu sejak kes Dr Hassan Ali menegur Ronie Liu (DAP) berhubung isu penjualan arak dan juga judi di Selangor satu ketika dulu, hubungan di antara Pas dan DAP retak dan ianya bukan sahaja di Selangor malah keretakan itu merebak seluruh negara.
“Apa yang terjadi hari ini, dengan ketiadaan Dr Hassan Ali dalam kepimpinan Pas dan kerajaan negeri, tidak mustahil selepas ini, tiada lagi masalah penjualan arak dan judi secara terbuka, malah kita yakin dengan berlambaknya rumah-rumah urut di Selangor sejak pakatan pembangkang ini memerintah, ia akan bertambah lagi selepas ini,” ujarnya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.
Tambahnya, inilah pengorbanan terbesar yang dibuat oleh Pas dalam cita-cita mereka mendirikan kerajaan berkebajikan di Malaysia, sehingga cita-cita mendirikan sebuah kerajaan Islam dan pelaksanaan hukum hudud Pas hanya tinggal impian dan kenangan sahaja kini.
“Dr Hassan Ali wajar dikorbankan demi menyelamatkan ikatan rumahtangga di antara Pas, DAP dan PKR. Apatah lagi dengan kepimpinan Pas yang baru di anggotai 95 peratus mereka yang liberal dan golongan Anwarinas ini, Dr Hassan Ali memang dilihat sebagai penghalang kepada usahasama Pas, DAP dan PKR.
“Terbukti apa yang di perjuangkan Hassan Ali selama ini dengan membawa kekuatan Pas masuk ke Selangor menjadi sia sia apabila beliau sendiri menjadi korban dalam percaturan kuasa politik DAP dan PKR. Pemecatan keahlian Hassan Ali ini memberikan mesej jelas bahawa Pas bukanlah memperjuangkan rakyat apatah lagi memperjuangkan Islam sebaliknya agenda kuasa politik menjadi keutamaan mereka,” tambahnya lagi.
Wang Zakat: Kenyataan Mufti Wilayah Persekutuan Kantoikan Nik Nazmi
Jelas wang zakat untuk kos guaman dikategorikan dalam bab asnaf fi sabilillah. Penjelasan Mufti Wilayah di atas pada 9 Jan 2012 perlu diterima semua pihak. Ia sudah disediakan sejak 1993. Tidak timbul ia disalahguna.
Kecuali diputarbelit oleh Nik Nazmi dan Pakatan demi memburukkan Menteri yang jaga Agama Islam.
Semua tahu jawapan yang dijawab di Parlimen oleh Datuk Dr Mashitah pada 21 Jun 2011, mungkin tidak tepat kerana disediakan oleh pegawai tertentu yang mungkin tidak memahami bab asnaf zakat sepenuhnya.
Jika mahu dibuat andaian ia disabotaj pihak tertentu yang menyediakan jawapan Panglima fikir mungkin ada kebenarannya. Ramai penyokong Pakatan terutama Pas berada di dalam JAKIM.
Sebenarnya ia bukan wang zakat tetapi wang kerajaan sedia untuk kos guaman. Peruntukan RM 700 ribu sememangnya disediakan untuk kos guaman.
Tidak timbul sedikitpun masalah menyalahguna wang zakat dalam hal ini.
Tolong sebarkan agar orang yang difitnah oleh Pakatan Haram akan terbela berkat tangan berbisa kita di alam maya.
Tolong jangan buat dosa percuma dengan menyebarkan fitnah tidak berasas. -PPC
Keterangan penggunaan kos guaman Datuk Jamil Khir diberi penerangan di perenggan 2,3 dan 4
Perenggan 2
Jawatankuasa Perundingan Syarak 2000 telah meluluskan RM 205,000 sebagai perbelanjaan undang undang di bawah asnaf fiisabilillah
Perenggan 3
Peruntukan diwujudkan berdasarkan Akta pentadbiran Undang Undang Islam (Wilayah Persekutuan 1993) (Akta 55) Bahagian ii Perkara 5(2) yang menyatakan
" Majlis boleh mendakwa dan didakwa atas nama perbadannya " dan dalam melaksanakan tanggungjawabnya Majlid perlu mendapatkan keptusan mahkamah dalam kes tuntutan jenazah muaallaf yang dituntut keluarga bukan Islam.
Oleh itu dalam bahasa pasar Majlis (MAIWP) telah memperuntukkan sejumlah wang yang HALAL dari asnaf fiisabillah untuk membelanjakan bagi kos guaman
Perenggan 4
Tafsiran asnaf fiisabillah diberi tafsiran yang lebih LUAS oleh Imam Fakrul Radzi dan Syeikh Rashid Rida dalam Tafsir Al Manar. Menurut Syeikh Rashid Rida "PENDAPAT YANG BENAR MENGENAI FIISABILLAH IALAH SEGALA YANG MENYENTUH KEPENTINGAN UMAT ISLAM DALAM MENEGAKKAN URUSAN UGAMA DAN PEMERINTAHAN"
Bapa Saiful Mohon Peguam Negara Rayu Keputusan liwat II
Bapa Mohd Saiful Bukhari Azlan pada Rabu merayu Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Isnin lalu yang membebas dan melepaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada dakwaan meliwat anaknya.
Azlan Mohd Lazim, 58, berkata, beliau akan terus bersama anaknya itu menuntut keadilan bagi mengembalikan nama dan maruah Mohd Saiful serta seluruh ahli keluarganya.
“Demi anak saya, saya merayu agar pihak Peguam Negara memfailkan rayuan.
“Sebagai bapa, saya akan terus bersama anak saya dan berjuang untuk memastikan aduan anak saya ini mendapat pengadilan seadil-adilnya,” katanya pada sidang media di kediamannya di Bandar Utama di sini.
Dalam pada itu Azlan turut melahirkan rasa kecewa dengan kenyataan Majlis Peguam yang menyarankan agar Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan.
Jelas beliau, tindakan berkenaan dilihat sebagai langkah bagi menidakkan hak seorang warganegara untuk mendapatkan keadilan sehingga ke peringkat tertinggi berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.
“Majlis Peguam seharusnya bersikap natural dalam melihat suatu proses keadilan berlangsung dan bukannya dengan menghalang proses keadilan berlangsung.
“Mengapa Majlis Peguam selama ini tidak pernah bantah tertuduh dalam kes ini yang mengikut rekod telah mengemukakan rayuan atau permohonan sebanyak 36 kali? Ini baru pertama kali pihak kami mohon untuk buat rayuan sudah mahu dihalang.
“Mengapa ‘double standard? Adakah kerana anak saya hanya seorang insan kerdil, bukan seorang VIP atau ahli politik, maka hak beliau dinafikan begitua sahaja,” katanya.
Sementara itu Azlan berkata, pihaknya akan mempertimbangkan langkah seterusnya termasuk kemungkinan membuat saman sivil sekiranya Peguam Negara memutuskan untuk tidak mengemukakan rayuan.
Dianya mengenai keadaan Mohd Saiful ketika ini, Azlan berkata anak lelakinya itu tabah dan menerima keputusan mahkamah dengan tenang.
“Saiful tenang sahaja, beliau kini sedang bekerja di suatu tempat di Kuala Lumpur. Kehidupannya mesti diteruskan.
“Kami sekeluarga profesional dalam perkara ini, hakim telah menjalankan tugasnya dengan membuat keputusan berkenaan,” katanya.
Isnin lalu Mahkamah Tinggi melepaskan dan membebaskan Anwar atas tuduhan meliwat Mohd Saiful yang juga bekas pembantu peribadinya pada 2008 atas alasan tiada keterangan yang menyokong keterangan mangsa.
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, keputusan tersebut dibuat kerana dalam kes seksual, mahkamah keberatan untuk menyabitkan tertuduh hanya berdasarkan keterangan mangsa.-Mstar
AMK Tuduh PERKASA Dalangi Letupan Bom
Dah mula dah... kalau tak buat fitnah memang bukan Anak Muda Keliru namanya... pertuduhan dibuat secara tembak merata... harap-harap PERKASA di sabitkan dengan kes letupan bom di Mahkamah tempophari... Itulah yang bermain dalam fikiran Ketua AMK Shamsul Iskandar yang mendahului siasatan PDRM....
Tidak mustahil juga letupan bom tersebut di lakukan kerana mahu mencari publisiti murahan untuk menagih simpati rakyat...
Mengikut laporan polis Tiga butir bom buatan sendiri yang meletup sehingga mencederakan lima individu di pekarangan Kompleks Mahkamah Jalan Duta di sini semalam, dipercayai dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan Kempen Bebas Anwar 901.
Ini kerana, polis yang membuat pemeriksaan ketat di seluruh kawasan perhimpunan sebelum membenarkan peserta memasuki lokasi itu seawal pukul 4 pagi, tidak menemui sebarang objek berbahaya.
Sumber polis berkata, siasatan awal percaya, bom-bom tersebut dibawa oleh mereka yang menyertai perhimpunan itu.
Kawasan tersebut telah dikawal oleh anggota polis sehari sebelum perhimpunan selain pemeriksaan dibuat secara rapi.
Malah, pemeriksaan terakhir turut dilakukan sebelum peserta perhimpunan dibenar berkumpul di kawasan itu dan tiada objek berbahaya ditemui.
Oleh itu pihak polis percaya bom buatan sendiri yang lengkap dengan jam jangka itu dibawa oleh peserta perhimpunan.
Sudah-sudah lah Shamsul.. Sendiri yang buat taik, lepas tu nak tuduh orang lain pula... Inilah taktik murahan Pakatan Pembangkang...
Menurut sumber lain, mereka telah merancang untuk membuat kecoh sekiranya Anwar di dapati bersalah tempohari, namun tanpa diduga, Anwar di bebaskan di atas tuduhan meliwat pembantunya Saiful....
Bayangkan sekiranya semuanya berjalan dengan lancar... Anwar di dapati bersalah kemudian di susuli dengan letupan bom... pastinya ia akan menimbulkan kemarahan rakyat, dan akan berlaku rusuhan (Riot) di sekitar ibu kota.
Berikut adalah kenyataan, Angkatan Muda Keadilan (AMK) hari ini mencabar Pertubuhan Perkasa Pribumi Malaysia (Perkasa) membuat penafian bahawa Perkasa terlibat dengan tiga letupan bom di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 9 Januari lalu.
“Sebelum ini, Presiden Perkasa (Dato’ Ibrahim Ali) pernah membuat kenyataan kepada pihak media bahawa Perkasa akan turun untuk melakukan provokasi pada perhimpunan Bebas Anwar 901.
“Apakah wujud kemungkinan bahawa insiden letupan tersebut didalangi oleh ahli Perkasa?,” soal Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu kenyataan media hari ini.
Selaku ketua AMK, Shamsul sepatutnya berasa malu kerana membuat tuduhan yang tidak berasas dan tidak mempunyai bukti yang kukuh! Macam ni kah cara AMK nak tawan Putrajaya? sangat memalukan...
Khabarnya Hasan Ali Umum Sertai UMNO Esok?
Desas desus mengenai Exco Agama kerajaan Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menyertai Umno semakin semakin kedengaran.
Bagaimanapun, Ketua Penerangan Umno Selangor, Syukor Idrus menafikan perkara tersebut.
“Saya tidak mendengar apa-apa lagi. Tetapi jika berminat, dia perlu mengikut prosedur yang ditetapkan parti
.
“Pertama, dia kena isi borang dan kemudian serahkan kepada pejabat Umno negeri di Shah Alam.
“Kedua, kami akan panjangkan borang permohonan tersebut kepada majlis tertinggi (MT) Umno,” katanya.
Sidang media esok
Dr Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS Selangor akan mengadakan sidang media di rumahnya di pinggiran Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur esok.
PAS memecat beliau Ahad lalu ekoran beberapa kenyataan kontroversi dan yang terbaru terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau menentang sokongan rakyat kepada perhimpunan di mahkamah tinggi Kuala Lumpur di hari keputusan kes liwat Anwar kerana menganggap ia kes peribadi tokoh pembangkang itu.
Mahkamah, Isnin lalu membebaskan Anwar dari tuduhan tersebut.
Syukor menambah, Umno Selangor mengalu-alukan kemasukan Dr Hasan ke dalam Umno.
“Sebagai tokoh politik yang berpengalaman, Dr Hasan boleh membantu Umno negeri merampas balik Selangor,” tambahnya. -FMT
Subscribe to:
Posts (Atom)