Thursday, January 19, 2012

Shahrizat Saman Zuraida Dan Rafizi RM100Juta


Terbaek dari ladang! nah ambik kau Rafizi, Zuraida!
Lawan Tetap Lawan!

Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil memfailkan saman ke atas Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dan Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli sebanyak RM100juta berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Saman itu difailkan oleh peguam yang mewakili Shahrizat, Datuk Seri Dr Shafee Abdullah.

Bard Jangan Hina Perayaan Kaum India @chegubard


Hina kah menjadi klass bawahan bagi kaum India . Apakah di Malaysia masih ada kasta kasta kelas bawahan bagi kaum India. Itulah sebabnya 1 Malaysia memeritkan kepimpinan Anwar Ibrahim kerana 1 Malaysia yang berjaya menyatukan semua kaum tanpa mengira kulit dan warna apatah lagi kasta telah lama di lupakan oleh kaum India di Malaysia.

Chegu Bard terdahulu menghina kaum India dengan merendahkan kasta mereka dengan mengatakan bahawa pesta pungai adalah bagi kaum India bawahan. (Paria) apakah kaum India kelas atasan tidak merayakan pesta ponggal. Penghinanan Chegu Bard ini menyinggung perasaan kaum India khususnya di negeri sembilan apabila sebuah blog Putera MIC telah mengecam kenyataan Chegu Bard ini.

Seharusnya Chegu Bard jangan kurang ajar dan mempersendakan perayaan bangsa lain jika mahu dihormati.

Berita terdahulu: Chegu Bard Perlu Mohon Maaf Kerana Menghina Petani India Pariah!

-N9kini

Chegu Bard Perlu Mohon Maaf Kerana Menghina Petani India Pariah! @chegubard


Macam mana Chegu Bard boleh hina kaum India sebegini rupa, jelas ini lah wajah PKR yang sebenarnya! Bard perlu memohon maaf di atas kebiadapannya ini!

di bawah petikan dari blog Prince Of Pilah

Chegubard Hina Petani India


Inilah kata kata @chegubard sempena Sambutan Perayaan Ponggal,beliau menyatakan sambutan tersebut merupakan perayaan kelas bawah alias kelas pariah,apakah @chegubard menyatakan semua yang menyambut perayaan ini merupakan pariah? Apakah yang @chegubard tau tentang Perayaan Ponggal?
Sebenarnya,kata kata @chegubard menunjukkan beliau tidak pernah mengetahui erti sebenar sambutan Ponggal,dan seperti biasa menjadikannya sebagai ajang politik beliau bagi memperbodohkan masyarakat,dan cuba mempermainkan sentimen kaum India.

Persoalannya adalah,apa yang @chegubard maksudkan dengan 'seharusnya melambangkan penyatuan kaum tani'? Mungkin beliau sendiri tidak tau erti kata kata tersebut. Sejak turun temurun sambutan Ponggal diadakan sebagai sambutan penyatuan kaum petani dan orang ramai yang akan berkumpul beramai ramai bagi memasak 'Ponggal' sebagai persembahan kepada Dewa Matahari dikawasan terbuka secara bebas,dan ianya turut diadakan di Malaysia dengan cara yang sama. Kata 'seharusnya' pada tulisan @chegubard seolah olah menunjukkan kerajaan Malaysia menghalang sambutan ini diadakan secara beramai ramai dikawasan terbuka,dan jika menurut saya, kata ' seharusnya' dalam tulisan @chegubard tidak seharusnya digunakan kerana ianya merupakan suatu pembohongan @chegubard kerana sambutan Ponggal memang diraikan sebagai penyatuan kaum petani dan orang ramai dikawasan terbuka dan secara bebas di Malaysia. Mungkin beliau tidak pernah menghadiri sambutan Ponggal sebelumnya.

Tapi apakah kaum India akan menikmati kebebasan yang sama jika Pakatan Rakyat yang diketui oleh PAS memerintah Malaysia? Jangan mudah terpengaruh dengan kata kata ataupun tulisan pemimpin pembangkang,kebanyakan dari mereka tidak tau apa erti sebenar tulisan mereka,dan @chegubard merupakan salah seorang dari mereka.

Adam Adli Lucah... Tayang Spender Di Chow Kit @AdamAdli


Halamak.. terserlah perangai kebudak-budakan mahasewel ni... Kau ingat anak dara terpikat ke dengan trendy kau tu bro.. Aku boleh beri jaminan... paling kuat yang akan tergoda pun, bapok-bapok kat lorong Haji Taib tu...

Opps ke... ko singgah kat sana dulu sebelum berdemo bro?

Tengok lah... Spender Adam warna keadilan... tah-tah hadiah dari Anwar kot, tu pasal Adam sibuk nak tayang!

Pak lebai Pas semua tengok je, kelakuan tak senonoh anak buah Anwar ni... nak tegur tak berani.. HamPas lah korang semua ni!

Petang tadi budak-budak ahlul ni mengadakan bantahan di luar ibupejabat PAS yang kononnya sebagai membantah tindakan parti itu yang membisu berhubung tindakan menggantung lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kedah.

Pas buat bodoh je.. almaklum la.. sape yang berani nak bersuara, silap-silap kena pecat macam Hasan Ali.

Kalau berani turun la PWTC Adam! Oook! OOkk! Oookkk!

Wednesday, January 18, 2012

Rayuan Blogger Pembangkang Ditolak, Tetap Kena Bayar RM300,000 @DinSharpshooter


Apa boleh buat Din... Dah salah kau juga.. sapa suruh sebar fitnah... Nah sekarang terima lah padahnya... cuma ada lagi sekor blogger anjing besar masih belum di dakwa kerana menyebarkan fitnah keatas Rais (kabel dia besar kot).

Nama Din Sharpshooter! Tapi tembak pakai peluru kapur lepas merata-rata... keh keh keh.. apa celop Din!

Tag line Din Sharpshooter (Kalau Takut Dipukul Ombak... Usah Berumah Ditepi Pantai...) Tapi bila dah kena tsunami dengan pantai-pantai sekali hanyut Din hahaha....

Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan penulis blog, Amizudin Ahmat, 42, membayar ganti rugi RM300,000 kepada Datuk Seri Dr. Rais Yatim berhubung penyiaran artikel yang memfitnah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Jeffrey Tan Kok Wha yang bersidang bersama Hakim Datuk Seri Mohamed Apandi Ali dan Hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin memutus demikian selepas menolak rayuan Amizudin.

Mahkamah bagaimanapun memerintahkan Amizudin yang merupakan ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK) membayar kos RM50,000 selepas mengurangkan separuh daripada kos yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Ketika mengurangkan kos tersebut, Hakim Jeffrey berpendapat, kos RM100,00 itu terlalu tinggi sedangkan kes itu sama pentingnya dengan kes sivil yang lain.

Pada 5 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Amizudin bertanggungjawab memfitnah Rais, 69, menerusi sebuah artikel yang dipaparkan dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com.

Perayu diwakili oleh peguam R. Sivarasa manakala Datuk Seri Dr. Muhammad Shafee Abdullah mewakili Rais.

Hasan Ali 'Pertikai' Lantikan Exco Baru


Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau telah menerima surat daripada Datuk Dr Hasan Ali yang menyifatkan pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang, Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai exco baru terlalu awal kerana beliau masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

"Saya ada menerima surat bertarikh 10 dan 11 Jan daripada Datuk Dr Hasan Ali...beliau (Hasan) berkata bahawa pelantikan ini terlalu awal kerana beliau (Hasan) masih mempunyai ruang untuk merayu kepada Majlis Syura Pas.

"Saya telah menjawab surat Hasan dengan menyatakan bahawa keputusan saya menggugurkan beliau (Hasan) adalah lanjutan daripada keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat yang melucutkannya sebagai anggota Pas pada 8 Januari lepas dan isu rayuan tidak dinyatakan dalam surat berkenaan," kata Khalid kepada pemberita selepas upacara angkat sumpah oleh Adun Sijangkang Dr Ahmad Yunus Hairi sebagai anggota exco Selangor yang baru di Istana Bukit Kayangan di sini.

Hasan dipecat daripada Pas kerana didakwa bertindak bertentangan dengan kepentingan parti dan telah diberikan sehingga 7 Feb untuk merayu penyingkirannya.

Sebelum digugurkan, Hasan memegang jawatan sebagai Exco Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam.

Abdul Khalid berkata Hasan mempertikaikan tarikh pemecatannya sebagai anggota Exco kerajaan Selangor kerana mendakwa ia bercanggah dengan kuatkuasa keanggotaannya sebagai anggota Pas yang sepatutnya tamat pada hari akhir tempoh rayuan.

Dengan pemecatan Hassan, Ahmad Yunus akan bertanggungjawab terhadap portfolio Adat Resam Melayu, Belia dan Sukan manakala portfolio Hal Ehwal Islam, Infrastuktur dan Kemudahan Awam, kini dipengang oleh Abdul Khalid.

"Pertimbangan kita ke atas pelantikan ini adalah atas dasar kerja...proses rayuan adalah amalan yang dipraktikkan oleh Pas sebagai sebuah parti politik dan saya percaya ia tidak bermaksud memberi sebarang prasangka kepada kelangsungan pentadbiran kerajaan negeri.

"Saya berharap Dr Hasan dapat menerima keputusan ini dengan berlapang dada dan saya mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih di atas peranan beliau ketika berkhidmat sebagai ahli MMKN (Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri)," kata Abdul Khalid.

Sementara itu, ketika diminta mengulas mengenai kedudukan Hasan yang masih memegang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Abdul Khalid berkata itu terpulang kepada budi bicara Sultan untuk menentukannya. - Bernama